Pages

20 September 2011

Terima kasih daun keladi…

lain kali datanglah lagi…. ditujukan khas untuk birasku terchenta, Siti Nurhaliza dan Sarah Raisudin.

IMG_7025
Dania Balqis
Geng baik Nadhirah. Geng bermain, geng berangan dan geng tido.

IMG_7024Damia Insyirah
Nampak lasak, tapi dalam hati ada taman. Malam-malam mesti nak tido dengan Mama. Yappada…

IMG_7022Dahlia Sofea
Budak garang. Tengok la tu, muka gangster habis. Apapun, dia ni manja sebenarnya. Garang mungkin berpunca dari ‘pembawakan adik’. Yeah…Sofea bakal menjadi kakak tahun hadapan, Insya Allah.

IMG_7027Muhammad Haikal
Ohh! Budak ni diam-diam berisi. Mulut senyap tak banyak bunyi. Tapi lasak boleh tahan. Mummy kena take care Harith lebih sikit, takut kena gusti dengan abang Haikal. Kecian nanti pipi tembam Harith kena lenyek….hehehe.

IMG_7039Muhammad Harith
OMG! Sangat comel. Mempunyai pipi yang gebu bak telur di kupas. Tak banyak ragam. Bole tido di mana sahaja, di tilam hatta di pangkuan sesaper. Issh… rindu kat Harith. Bila jumpa lagi agaknya Harith dah pandai lari…. Eh, Harith dah rasa BBQ hari tu. Sedap tak Harith?? Tu semua Mak ET punya kerja… hahahaahha.. (amicu sebenarnya… :P)

bila dah ramai-ramai, ape lagi aktiviti yang sesuai jika tidak makan / mangan / mencekik…...

antara menu yang sempat di rakam:

IMG_7051
sosej dengan 75% kesan terbakar. kritikal. walaubagaimanapun semua sosej itu licin dikerjakan kanak-kanak ribena yang kelaparan.

IMG_7074
WGS kata ayam BBQ ini marbeles. Mana tak, di masak dengan hati yang ikhlas dan sucimurni…. cahayanya terpancar di ayam tersebut. haha..

IMG_7073
Cubaan pertama mem-BBQ sotong.
Sempurna! Perfecto! Menu ini pasti berulang di masa akan datang.

IMG_7069
tukang cucuk

IMG_7058
tukang bako

IMG_7063
tukang kacau

Malam pulak, pekena nasi arab di restoran Half Moon.

IMG_6612

Semoga tetamu semua bergumbira dengan layanan yang kami berikan. Segala kekurangan sila maafkan. Kami akan perbaiki dari semasa ke semasa.

Sekian.

2 comments:

HazlisaNoor said...

siang malam menu ayam bakar ni..thn ni takder open house ke sue?

Mami-Sue said...

Kak ieja, dah itu je yang kitorang tahu buat. Hehehe... nasib la.

Open house takde, tapi kalau nak datang bagitau jer... menu on the spot dari dapur bsp. :)