Mood membako sudah mari. Maka terhasillah resipi yang agak top di myresipi. Seperti namanya, kek + puding karamel = kek karamel.
Resipi dari dapur kak Azlita Masam Manis. Terima kasih kak Ita kerana sudi berkongsi resipi dan tips.
Selepas keluar oven. Tepi kek dah regang, tandanya dah masak.
Selepas di terbalikkan… rupa tidak mengiurkan ye? Takpe.. Practise make perfect! Len kali pasti lebih baik…
Tada…
Kelihatan kek yang gebu. Segebu tangan yang mengacau kek itu juga…
Sedap, sehingga ke gigitan terakhir.
^_^
Berminat? Resipi dan cara2 ada di SINI.
Tak susah pun nak buat. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Eh, tapi kan, tapi kan… kalo la ada benda magic macam kat bawah ni, kerja2 membako pasti lebih mudah….
Agak2 WGS nak layan ke permintaan mem dia ni? Harga ketul alat magic itu, boleh dapat sebuah sangkar burung yang besar bersama 4 ekor burung di dalamnya… huhuhu.
Nampaknya, saya kena sediakan siap2 101 alasan, kenapa saya patut memilikinya. Any idea? Doakan saya berjaya ye…
2 comments:
Hahaha... awal2 je rajin kang, percayalahhh....
Madam Soyaree,
Macam ada pengalaman je? Hehehe...
Post a Comment