Rupa sebenar moist choc cake yang dibuat semalam untuk Danial bawa ke tadika beliau.
Resipi ni aku jumpa kat internet, lebih kurang 12 tahun yang lepas. Lama gila. Tak ingat sumber dari mana, tapi resipi tu dah lekat dalam kepala sebab selalu sangat buat. Kadang² ada office mate tempah. Dapat gak le duit poket. :)
Meh aku share resipi dengan korang. Omputeh kata sharing is caring.
Resipi moist choc cake
Bahan:
250 butter
300 gm gula castor
200 gm tpg gandum
3 st baking powder
6 bj telur (asing putih dan kuning)
Esen vanilla
*1 cwn serbuk koko
*1 cwn air
*½ cwn gula castor
Cara:
Masak bahan * sampai pekat. Ketepikan.
Pukul putih telur sampai kembang & bertanduk. Ketepikan.
Ayak tpg gndum dan baking powder.
Dlm bekas lain, pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan kuning telur satu per satu. Letak esen vanilla.
Masukkan tepung sedikit² berselang seli dengan bancuhan koko. Kaup balik.
Last skali masukkan putih telur, kaup balik hingga rata.
Bakar dlm loyang yg dah di alas baking paper.
Tunggu sampai masak.
*kek akan lebih moist selepas dibiarkan semalaman.