Pages

23 August 2011

Ujian Ramadhan

Sejak Sabtu lepas, ku diserang sakit kepala yang teramat sangat. Selsema dan batuk dah baik, sakit kepala pulak mendatang. Nasib baik masa tu bendera jepon berkibar, maka boleh la makan ubat tahan sakit (ponstan).

Satu hari tu, dah bole puasa. Takde la makan ubat waktu sahur. Konon rasa dah sihat. Rupa2 nya belum lagi. Pukul 8am kepala rasa nak pecah. Sakit tu rasa di belakang kepala. Bermula dari rahang, membawa ke telinga. Uii.. susah nak cakap. Menanges menahan sakit. (Biasalah, me adalah sensitif type. Lagi2 bila sakit… emo lebih. haha.) Sudahnya, kantoi puasa hari tu. Nak telan ubat punya pasal. T T

Hasil carian di Google, jumpa info ni:

image
Doktor kata kemungkinan besar, sakit kepala ku adalah sebab SINUS. Lendir (hingus) masih belom hilang sepenuhnya. Hidung dah clear, dia nyorok dalam kepala pulak… Adui.

Keradangan Sinus
• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender
berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau  kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang
untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan aokohol, perubahan
suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang
sejuk ke kawasan luar yang panas.
• Mempunyai sejarah ‘demam hay’ (rhinitis alergik) dan alahan.



Doktor bagi hadiah ni:

image
Spray 3 kali sehari, pagi, tengahari dan malam.
Berharap sangat sakit ku ini sembuh sebelum raya. Taknak makan ponstan lama-lama. Kalau tak makan pulak, rasa nak melempang orang aje…. sakit takleh tahan.

Btw, artikel ini bagus untuk semua. Selamat membaca.

Jenis-jenis sakit kepala dan cirinya

No comments: