Pages

05 August 2011

Perjuangan ini belum selesai…

Aktiviti kami pada 1 Ramadhan: balik kampung semata-mata nak memancing. Gila kentang! Macam dekat aje kan? Tapi, tula.. mancing punya pasal, memang berhantu.

Dapat la aku naikkan 2 ekor ikan (sepat kot?) pada hari itu. Abg Lan pun dapat 2 ekor, tapi WGS dapat habuk… hahaha. Sangat la suka sebab berjaya menewaskan WGS. Dan WGS pula sangatla tensi sebab dia dapat habuk, tapi aku dapat 2 ekor. Well, see my leg lah… :p

4 ekor ikan tersebut, kitorang bawak balik.. masuk dalam kolam. Buat kenang-kenangan dan buat modal sakitkan hati WGS. Hehehe…


2011-08-02 00.00.05
Gambar kabur, sbb guna hp. Lagipun dah tengah malam masa nih. Gelap.

2011-08-02 00.15.46
Antara hasil pancingan Abg Lan pada hari sebelumnya, diberikan kepada kami… Separuh buat goreng berlada (sahur), separuh lagi buat masak lemak cili api (buka). Memang mengancam rasanya… sedap. Manis. Isi halus…

Maka dengan itu, kami telah berikrar… bahawa kami akan balik kampung malam ini @ esok. Perjuangan memburu sepat akan diteruskan. Harap2 dapat lah 20kg…. jimat, tak payah beli ikan seminggu. hehe

No comments: