Pages

26 August 2011

Selamat Hari Raya


Saya, Sang Rusa Yang Hensem mewakili tuan tanah, ingin mengucapkan:

Selamat menyambut lebaran. Sambutlah hari kemenangan kita dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tersayang.

Untuk yang memandu pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelom memulakan pemanduan. Mem besar yang dok kat sebelah tu, jgn tahu nak membute aje. Temankan cik abe memandu. Penumpang di belakang, jgn buat2 lupa nak pakai talipinggang keledar. Kena saman nanti, padan muke.

Berhati-hati menikmati makanan di pagi raya. Jangan makan x igt dunia. Perut meragam, satu sen tak guna. Bekalan ubat-ubatan jangan dilupa. Charcoal dan buscopan antaranya.... eh! Rhyme lah...hehe.

Pastikan keselamatan harta benda yg ditinggalkan. Kunci semua pintu dan tingkap. Guna mangga yg berkualiti. Pasang sensor pada lampu porch/belakang. Supaya bila gelap, lampu nyala sendiri. Jangan lupa isi borang balik kampung di balai polis berhampiran.

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari mami-sue.blogspot.com.

posted from Bloggeroid

25 August 2011

Amaran keras

Satu hari, Danish ternampak Daddynya merokok.

Daddy ni asyik isap rokok aje! Nanti Danish tampal papan tanda DILARANG MEROKOK baru tahu.

Sepantas kilat Nadhirah mencari buku, pensel warna dan gunting dan gam bagi menyokong usul Danish.

Hasilnya, 2 poster larangan di tampal di pintu masuk dan dinding.



DILARANG MEROKOK DISINI.
KALO NAK MEROKOK PERGI DISINUN (Mummy tambah.. hehe)



Larangan bermain mercun, walaupun cuma mercun pop-pop. Setakat ini mereka masih patuh pada arahan yang mereka kuatkuasakan sendiri. Bagus! Selamat $Mummy dan Daddy!

Eh, tapiiii kan, arahan larangan merokok tu dengan selamber dilanggar oleh Daddy. Hampeh betul. Cis!

posted from Bloggeroid

23 August 2011

Ujian Ramadhan

Sejak Sabtu lepas, ku diserang sakit kepala yang teramat sangat. Selsema dan batuk dah baik, sakit kepala pulak mendatang. Nasib baik masa tu bendera jepon berkibar, maka boleh la makan ubat tahan sakit (ponstan).

Satu hari tu, dah bole puasa. Takde la makan ubat waktu sahur. Konon rasa dah sihat. Rupa2 nya belum lagi. Pukul 8am kepala rasa nak pecah. Sakit tu rasa di belakang kepala. Bermula dari rahang, membawa ke telinga. Uii.. susah nak cakap. Menanges menahan sakit. (Biasalah, me adalah sensitif type. Lagi2 bila sakit… emo lebih. haha.) Sudahnya, kantoi puasa hari tu. Nak telan ubat punya pasal. T T

Hasil carian di Google, jumpa info ni:

image
Doktor kata kemungkinan besar, sakit kepala ku adalah sebab SINUS. Lendir (hingus) masih belom hilang sepenuhnya. Hidung dah clear, dia nyorok dalam kepala pulak… Adui.

Keradangan Sinus
• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender
berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau  kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang
untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan aokohol, perubahan
suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang
sejuk ke kawasan luar yang panas.
• Mempunyai sejarah ‘demam hay’ (rhinitis alergik) dan alahan.



Doktor bagi hadiah ni:

image
Spray 3 kali sehari, pagi, tengahari dan malam.
Berharap sangat sakit ku ini sembuh sebelum raya. Taknak makan ponstan lama-lama. Kalau tak makan pulak, rasa nak melempang orang aje…. sakit takleh tahan.

Btw, artikel ini bagus untuk semua. Selamat membaca.

Jenis-jenis sakit kepala dan cirinya

Bila Danial men-Google

image
YUTYUPRESELING

Yang sebenarnya dia nak cari:

YOUTUBE WRESTLING.

^_^
Okla tu. Ada usaha.
Dah tahu menggunakan search engine.
Cuma ejaan asal boleh aje, dia hentam.
Nasib baik, jumpa… nasib tak baik, ke Astonia perginya…
hehe

19 August 2011

Pertama kali...


...tengok Daddy potongkan kuku anak. Macam tak percaya. So sweet...

(Ni kalo dia tahu aku masukkan citer ni dalam blog, naya.. hahaha.)

posted from Bloggeroid

18 August 2011

Projek mengukis

Coklat cip

Nestum berkismis



Pembakaran pertama yang sedikit rentung. Kira sesi suai kenal la. Setahun sekali je guna oven, oven pun dah tak kenal camana rupa tuan dia.

Selingan. Mujur masih ada tailor yang masih menerima tempahan. Untung Danial dan Danish, tahun ni baju ditempah khas. Mummy sendiri dah 5 tahun beli baju ready made nak oiii....


Selingan 2. Baby cik olin. Sangat gebu. Ntah ape namanya. MOHD JIM??? Hehehe

posted from Bloggeroid

05 August 2011

Perjuangan ini belum selesai…

Aktiviti kami pada 1 Ramadhan: balik kampung semata-mata nak memancing. Gila kentang! Macam dekat aje kan? Tapi, tula.. mancing punya pasal, memang berhantu.

Dapat la aku naikkan 2 ekor ikan (sepat kot?) pada hari itu. Abg Lan pun dapat 2 ekor, tapi WGS dapat habuk… hahaha. Sangat la suka sebab berjaya menewaskan WGS. Dan WGS pula sangatla tensi sebab dia dapat habuk, tapi aku dapat 2 ekor. Well, see my leg lah… :p

4 ekor ikan tersebut, kitorang bawak balik.. masuk dalam kolam. Buat kenang-kenangan dan buat modal sakitkan hati WGS. Hehehe…


2011-08-02 00.00.05
Gambar kabur, sbb guna hp. Lagipun dah tengah malam masa nih. Gelap.

2011-08-02 00.15.46
Antara hasil pancingan Abg Lan pada hari sebelumnya, diberikan kepada kami… Separuh buat goreng berlada (sahur), separuh lagi buat masak lemak cili api (buka). Memang mengancam rasanya… sedap. Manis. Isi halus…

Maka dengan itu, kami telah berikrar… bahawa kami akan balik kampung malam ini @ esok. Perjuangan memburu sepat akan diteruskan. Harap2 dapat lah 20kg…. jimat, tak payah beli ikan seminggu. hehe