Assalamualaikum. Berjumpa lagi di hari Isnin yang damai dan tenang. Walaupun pagi tadi tak berapa tenang, sebab si lipas durjana itu berterbangan ke sana ke mari. Menakutkan. Menggelikan. Menyusahkan. Menyampah!!
Rojak. Ini bukan nak cerita pasal resipi rojak. Saya tak pernah dan tak pandai buat rojak. Ini adalah entri rojak.
Kuih bakar.
Buat hari Jumaat lepas. Air pandan dah siap prepare dari Selayang. Cepat le sikit siapnya, sebab dah skip proses menyediakan air pandan. Resepi yang senang, mudah, murah. Sumber dari MyResipi.
Ini pulak aktiviti hari Sabtu. Berbasikal di KUIS. Di tapak parking yang kosong, berhampiran tasik.
Tanpa disedari, Danial telah memetik sekuntum bunga raya yang terdapat di tepi tasik. Bila ditegur, dia kata “Ala… kan kat sana tu ada lagi. Abang ambik satuuuuuuuuuuu je!”
Iskk.
Burung ni rajin singgah cari makan kat laman. Kadang2 tersasar sampai masuk umah. Eh, apa motif citer pasal burung pulak.
Kan dah kata, entri rojak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment