Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Semoga hari yang mulia ini membawa rahmat untuk kita semua.
Minggu lepas kitorang ke Alamanda. Singgah makan kat Johnny, sebab Nadhirah dah lama minta nak makan Mee Ikan. Memang kegemaran dia sejak kecik. Eh, macam dah besar sangat pulak sekarang ni..
Pilihan steamboat yang ada.
Gambar dari Johnny’s Website.
Nasib baik le Gapar ikut sekali. Kalau tak jenuh nak menghabiskan kesemua hampir 30 bekas bermacam jenis macam dalam gambar atas tu.. tak pasti ini acara makan atau mentekedarah. hahah
Makan kat sini, tahap kesabaran kena up lagi 50%. Sebab, anak2 akan sibuk sama nak memegang senduk. Kita pulak taknak dia kena periuk panas dan sup yang sedang mendidih tu.. Tapi dia se-boleh2nya nak buat sendiri.
Maka, ada yang kena marah dengan Daddy. Heheh.. nangis ko. Daddy gertak je, dia dah takut. Danial ni nampak je lasak. Tapi hati dia lembut..
Lagi dia nangis, lagi dia kena sakat.. nak2 dengan Mummy.
Comel je kalau tengok Danial marah2. Dengan pipi botoks (gelaran dari Cik Olin) dia tu…
Gambar makanan, tak sempat nak snap. Bz.. Paham2 le kalo dah stramboat tu. Kejap2 tambah suhu, kejap2 kurangkan suhu. Mana nak cedok masuk mangkuk, suap masuk mulut. Kalo tak sabar, memang melecur la mulut.
Habis makan, jalan2 dalam Alamanda. Jumpa cekak rambut comel ni untuk Nadhirah. Suka sangat dia. Perasan comel macam Minnie Mouse.
Danial tak puas hati.
“Kenapa Mummy tak beli cekak untuk Abang jugak. Abang nak cekak untuk Mickey Mouse tu…” komen Danial.
Haa?? Abang nak jugak ke? Adeh.. salah pahaman dia nih.
Di situasi lain.
Kat kedai gambar. Ambil gambar Danial untuk kegunaan daftar sekolah nanti. Danial duduk di bangku tinggi, sambil kameraman mengarahkan gaya kepadanya. Ok, satu… dua… tiiiiiii…..
Cepat2 Danial buat jari peace. Semua tergelak.
Abang oii.. mana ada orang ambil gambar pasport sambil buat peace….
2 comments:
Suka tgk Danish tu...cool je menghisap susu dlm botol
Kalau tengok Danial hisap susu dalam botol, leboh COOL.. hehehe.
Post a Comment