Balik dari Selayang, singgah sekejap ke Planetarium Negara. Edisi terjah. Tak tahu pun berapa harga tiket dan ape benda yang menarik kat sana.
Sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. Parking sikit punye jauh ke bawah. Terpaksa mendaki lebih kurang 1/3 dari tangga Batu Caves. Err, mungkin kurang sikit. Bagus jugak, kasi longgar sikit sendi2 yang lama tak diregangkan ni.
Sampai-sampai terus tuju ke kaunter tiket. Sesampai di depan kaunter tiket, bahu WGS ditepuk oleh seorang lelaki Cina. Terkejut jugak, apehal?
Rupa-rupanya dia nak bagi tiket kat kitorang. Tiket ke ruang pameran dan juga tayangan filem pendek di Space Theathre. Dia kata tak jadi masuk sebab ada hal dengan anak dia. Tak pasti le kenapa. Dia pun nampak tergesa-gesa. WGS nak bayar kat dia, tapi dia taknak… Terima kasih la ye, Encik Wong (bukan nama sebenar). Inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia. =)
7 tiket kesemuanya. Terlebih 2 pulak. Rejeki, rejeki.
Danish bersama model Nasa Space Shuttle. Sebijik sejibon macam mainan yang WGS belikan untuk dia kat Taiwan. Kelihatan Danial di belakang itu sedang berusaha mencabut salah satu enjiin pelancar untuk dibawa pulang ke rumah. Namun gagal.
Atas sekali: Jejaka Idaman Malaya, Dr. SMS. ketika baru menjejaki bumi selepas pulang dari misi ke angkasa lepas.
Model sedang menggayakan suit angkasawan.
Model robot yang dihantar ke Marikh untuk mengambil gambar permukaan planet tersebut.
Terdapat beberapa games untuk kanak-kanak
Seronok bermain di gelongsor anti-graviti.
Selaku jurugambar, keadaan begini adalah biasa. Sering ditinggalkan di belakang. Dan gambar sendiri pun tak ada. Nak self-capture, malu le pulak. Huhu.. sedih.
Di ruang pameran lukisan murid sekolah berkenaan Angkasa.
Keadaan di dalam Space Theatre. Tgk wayang sambil separuh baring. Pancaran projektor di syiling yang melengkung kat atas tu. Satu pengalaman baru. Korang mesti cuba.
Seronok betul budak ber-3 tu datang ke sini. Lagi-lagi Danish yang memang bercita-cita menjadi Angkasawan. Tapi rugi sebab ada banyak lagi section yang kitorang tak pergi. Eh, rugi ke? Kata tiket free… hehe
What's in Planetarium:
- Outdoor Ancient Observatory Park
- Picnic Area with Space Theme
- Exhibition Gallery –dah pergi
- Viewing Gallery with Binoculars
- Theatrette
- Space Theatre –dah pergi
- Observatory With Telescope and Accessories
- Large Format Film
Nadhirah memang bengang sebab tak dapat nak teropong bintang. Lepas ni kita pergi lagi ye, kakak.
Target lepas ni, Pusat Sains Negara pulak. WGS jangan marah ye? Layan kan aje la. Oh, tahun ni tak dapat dah bonus dari Pak Najib. Sedih… =(
3 comments:
Wow bestnya g planetarium..bilalh geng kojek nak pg ni?dapat tiket free lagi..
Lama dah tak pergi sana....harap² bahan² pameran berfungsi dengan baik.
Berapa harga tiketnya?
KakJie, Sue pun tak tahu harga tiketnya berapa. Sebab dapat tiket free. :)
Post a Comment