Alhamdulillah, memory card dan jumpa. Otomatik, mood nak menulis pun meresap dalam diri. =)
Hujung minggu lepas balik Selayang. Lepas rindu kat Abah dan kampung halaman. Lebih best bila Kaklong pun join sekali. Sempat la selebret besday Azim secara kecil-kecilan. Kek kecil, hadiah pun kecil. Jadi la kan.. dari tak ada.
Jom tengok gambar…
Malam tu Kaklong masak mee hailam. Sedap tak terkira lagi2 mee kuning tu buat sendiri. Perut masing2 tak tahan bila mkn mee kuning yg beli kat kedai. Thanks Mak sebab tinggalkan ilmu dan resepi membuat mee kat kitorang…
…. bawang goreng & cili jeruk. Juga sendiri bikin.
Halal dan toyyiba.
Sungguh rajin mereka berdua menyiapkan cream-puff itu.
Aku pun rajin jugak.. rajin-makan le.
|
Kek untuk Azim. Sponsor oleh ibubapa beliau. Yang lain tukang habiskan.
Makan time!!!
Eh, silau pulak dahi Incik Drebar… len kali pakai kopiah ye? Takde la cameraman rasa bersalah nak guna flash.
Sebahagian kanak-kanak ribena yang meriuhkan suasana.
Mata masing2 dah melekat je kat kek.. cepatla potong Azim oi..
Yang pakai baju kotak2 kat belakang tu, telah dilantik menjadi Pengurus Kanak-kanak Tidak Bergaji.. Kak N. Especially anak-anak Sidek. heheh.
Syukur dapat berkumpul beramai-ramai. Insya Allah nanti kita jumpa lagi selepas anak2 selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Mulai sekarang sila pikirkan menu lain yang lebih gempak dan menyihatkan..
Sekian.
No comments:
Post a Comment