Pages

30 October 2010

Jika Di Zaman P. Ramlee Dah Ada Facebook…

Rajin betul sape yang reka cerita nih. Memang kelakar. Kredit kepada: FunnyProfileStory.

=D

 image

image

Satu masa dulu…

…lagu ni pernah jadi fav aku. Masa tu study kat UTMKL. Syam bagi pinjam dia punya CD player, masa nak balik Selayang. Time tu balik naik bas no. 16 dari UTM. Turun kat Central Market, tunggu bas no 10 pulak untuk ke Selayang.

Dalam player tu ada CD Britney-Baby One More Time. Sampai ke Selayang la aku leka dengar CD Britney tu..

Bukan nak citer pasal Britney. Cuma bile terdengar lagu ni mesti teringat kenangan naik bas mini. TAPI, itu sebelum kenal kekasih hati. Lepas ada kekasih hati, dia lah yang jadi drebar aku ke hulu ke hilir. Tak naik bas mini lagi…hohoho. I like!!!

29 October 2010

kEJUTAN DI PORCH

IMG_2645

Terkejut apabila terlihatkan si comel ini terbaring kaku di lantai porch. Tidak dapat dipastikan apakah punca kejadian ini. Mangsa tidak menampakkan sebarang kesan pukul. Kemungkinan besar mangsa mati akibat kecederaan dalaman. Sehingga kini suspect masih lagi diburu.

Nasib baik la Danial & Danish tak perasan. Kalau tak dah selamat dibuat main. Hari tu elok je Danish pegang cicak hidup2. Puncanya Cicak tu jatuh dalam kolam, buat terjun tiruk agaknya. Lunyai cicak tu dikerjakan oleh Danial & Danish. Adoii.. ni dah sah-sah genetik Daddy dia. Lipas pun selamber je dia pegang ngan tangan.. Yewww…!

27 October 2010

Terima kasih daun keladi

Terima kasih WGS kerana telah menghadiahkan kami D-Link Mobile Wireless Router. Tidak lagi perlu berebut-rebut mengunggu giliran menggunakan USB Modem yang satu itu.

Sekarang kita sudah boleh duduk online sebelah menyebelah, bukan sahaja di rumah, tetapi jugak di Zynga Poker… :p

Sesiapa yang ingin bertandang ke BSP (terutama En. Kojek & family) silalah bawa bersama notebook korang. Malam nanti boleh lawan computer games sehingga tidak tidor pagi dan esoknya semua program berjalan-jalan adalah terbatal dengan sendirinya…. kan Mak Et?? hehe

dlink

Walaupun terpaksa membeli modem USB yang baru kerana router ni tak support modem lama, pelaburan ini sangatlah berbaloi-baloi….
i like!

Sekian. 

26 October 2010

Untuk semua jejaka tampan di luar sana…

smoking3

Pikir-pikirkan lah ye. Cakap banyak pun tak guna. Nilai sendiri.
wakakakakak

18 October 2010

Jom Pi Planetarium Negara

Balik dari Selayang, singgah sekejap ke Planetarium Negara. Edisi terjah. Tak tahu pun berapa harga tiket dan ape benda yang menarik kat sana.

Sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. Parking sikit punye jauh ke bawah. Terpaksa mendaki lebih kurang 1/3 dari tangga Batu Caves. Err, mungkin kurang sikit. Bagus jugak, kasi longgar sikit sendi2 yang lama tak diregangkan ni.

Sampai-sampai terus tuju ke kaunter tiket. Sesampai di depan kaunter tiket, bahu WGS ditepuk oleh seorang lelaki Cina. Terkejut jugak, apehal?

Rupa-rupanya dia nak bagi tiket kat kitorang. Tiket ke ruang pameran dan juga tayangan filem pendek di Space Theathre. Dia kata tak jadi masuk sebab ada hal dengan anak dia. Tak pasti le kenapa. Dia pun nampak tergesa-gesa. WGS nak bayar kat dia, tapi dia taknak… Terima kasih la ye, Encik Wong (bukan nama sebenar). Inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia. =)


IMG_2636

7 tiket kesemuanya. Terlebih 2 pulak. Rejeki, rejeki.


 

IMG_2604  
Danish bersama model Nasa Space Shuttle. Sebijik sejibon macam mainan yang WGS belikan untuk dia kat Taiwan. Kelihatan Danial di belakang itu sedang berusaha mencabut salah satu enjiin pelancar untuk dibawa pulang ke rumah. Namun gagal.

IMG_2613
Atas sekali: Jejaka Idaman Malaya, Dr. SMS. ketika baru menjejaki bumi selepas pulang dari misi ke angkasa lepas.

 

IMG_2611 
Model sedang menggayakan suit angkasawan.

IMG_2625
Model robot yang dihantar ke Marikh untuk mengambil gambar permukaan planet tersebut.

IMG_2614
Terdapat beberapa games untuk kanak-kanak

 
IMG_2616 
IMG_2617 
Seronok bermain di gelongsor anti-graviti.



IMG_2620 
Selaku jurugambar, keadaan begini adalah biasa. Sering ditinggalkan di belakang. Dan gambar sendiri pun tak ada. Nak self-capture, malu le pulak. Huhu.. sedih.  


IMG_2621 
IMG_2623  
Di ruang pameran lukisan murid sekolah berkenaan Angkasa.
 

|IMG_2628

Keadaan di dalam Space Theatre. Tgk wayang sambil separuh baring. Pancaran projektor di syiling yang melengkung kat atas tu. Satu pengalaman baru. Korang mesti cuba.

Seronok betul budak ber-3 tu datang ke sini. Lagi-lagi Danish yang memang bercita-cita menjadi Angkasawan. Tapi rugi sebab ada banyak lagi section yang kitorang tak pergi. Eh, rugi ke? Kata tiket free… hehe

What's in Planetarium:

  • Outdoor Ancient Observatory Park
  • Picnic Area with Space Theme
  • Exhibition Gallery –dah pergi
  • Viewing Gallery with Binoculars
  • Theatrette
  • Space Theatre –dah pergi
  • Observatory With Telescope and Accessories
  • Large Format Film

Nadhirah memang bengang sebab tak dapat nak teropong bintang. Lepas ni kita pergi lagi ye, kakak.

Target lepas ni, Pusat Sains Negara pulak. WGS jangan marah ye? Layan kan aje la. Oh, tahun ni tak dapat dah bonus dari Pak Najib. Sedih… =(

Gumbira

Alhamdulillah, memory card dan jumpa. Otomatik, mood nak menulis pun meresap dalam diri. =)

Hujung minggu lepas balik Selayang. Lepas rindu kat Abah dan kampung halaman. Lebih best bila Kaklong pun join sekali. Sempat la selebret besday Azim secara kecil-kecilan. Kek kecil, hadiah pun kecil. Jadi la kan.. dari tak ada.

Jom tengok gambar…

IMG_2568Malam tu Kaklong masak mee hailam. Sedap tak terkira lagi2 mee kuning tu buat sendiri. Perut masing2 tak tahan bila mkn mee kuning yg beli kat kedai. Thanks Mak sebab tinggalkan ilmu dan resepi membuat mee kat kitorang…  

IMG_2573 
…. bawang goreng & cili jeruk. Juga sendiri bikin.
Halal dan toyyiba.


IMG_2571 
Sungguh rajin mereka berdua menyiapkan cream-puff itu.
Aku pun rajin jugak.. rajin-makan le.


IMG_2581 |
Kek untuk Azim. Sponsor oleh ibubapa beliau. Yang lain tukang habiskan.


IMG_2585 
Makan time!!!
Eh, silau pulak dahi Incik Drebar… len kali pakai kopiah ye? Takde la cameraman rasa bersalah nak guna flash.


IMG_2592
Sebahagian kanak-kanak ribena yang meriuhkan suasana.

 

IMG_2596
Mata masing2 dah melekat je kat kek.. cepatla potong Azim oi..


IMG_2593
Yang pakai baju kotak2 kat belakang tu, telah dilantik menjadi Pengurus Kanak-kanak Tidak Bergaji.. Kak N. Especially anak-anak Sidek. heheh.

Syukur dapat berkumpul beramai-ramai. Insya Allah nanti kita jumpa lagi selepas anak2 selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Mulai sekarang sila pikirkan menu lain yang lebih gempak dan menyihatkan..

Sekian.

15 October 2010

Salam Jumaat Semua..

Assalamualaikum. Semoga hari Jumaat yang mulia ini membawa keberkatan untuk kita semua..

Sejak akhir2 ni, semangat untuk memblog jatuh merundum sehingga ke tangga –10. Ditambah pulak lagi dengan kehilangan memory card digital camera. Adeh, time ni le pulak nak hilang. Warranty 10 tahun tu.. tapi hilang. Camno? Cuba korang buat derma kilat untuk hadiahkan aku memory card yang baru. 4 GB at least yer…

Bunga orkid dah ‘selamat’. Dari 6 kuntum dah tinggal 2 jer. Lagi 4 telah di bawa lari oleh seekor kumbang jantan gergasi. Nama dia Danish… Arghhhhhh. Tension! Nak marah pun, tak berbaloi. Benda dah jadi. Lepas ni nak g beli baja bunga.. itu aje la cara terbaik. Biar dia berbunga selalu…

Okeyla, nak g jemput Nadhirah balik sekolah. Nanti ada mood aku update lagi ye. Korang jaga diri bebaik… rindu le kat korang. Iskk.

04 October 2010

Penantian-ku Berbaloi juga…

orkid

Dah lama sebenarnya beli pokok orkid ni. Dah setahun rasanya. Beli kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya sewaktu aku masih lagi bergelar penjawat awam. Sekarang bergelar orang awam..

Masa beli, memang tengah berbunga. Tapi bila habis je bunga tu gugur, terus tak keluar bunga sehinggalah hari ni. Yeayyyy.. seronoknya. Lepas ni nak buat spotcek pokok yang lain pulak. Mana tahu ada bunga tapi terselit kat celah2 daun, tak perasan. 

Eh, sebut pasal pokok ni teringat kisah semalam. Sampai dari Muar dah malam. Kebiasaannya  sebelum masuk rumah,aku dan WGS akan ambil angin kat luar dulu sambil membelai pokok2 hiasan kitorang. Eceh, macam bagus je. hehe. Tiba2 aku ternampak benda kaler coklat seakan siput ba-bi kat atas daun helicornia.

Setelah di amati betul-betul, rupanya bukan siput, tapi seekor burung. Jarak muka aku dengan muka burung tu lebih kurang sejengkal je. Tapi burung tu tak perasan… seronok nya.. Mungkin penglihatan burung tu waktu malam tak berapa bagus. Aku pun cepat2 bgtau kat WGS, dia pun nampak. Tapi ntah ape hal, WGS pegi pegang pulak burung tu. Apelagi.. member pun terbang le.

Cisss… kalo tak dapat gak snap pic burung tido kat laman umah kitorang. WGS ni kaco daun betul lah… hish.

:P

02 October 2010

Trip Jejak Kasih: Bersantai

Ahad, hari terakhir di Sabak Bernam. Awal pagi dah check-out keluar hoteluntuk bersarapan di pekan Sungai Besar. 

page 
Singgah sebentar di gerai berdekatan hotel yang menjual produk hasil laut. Yang atas kiri tu kalau tak silap namanya Mentarang. Adik beradik angkat dengan Kupang. Tak tahu macam mana rasanya sebab tak penah makan.

 

IMG_2339  Di taman permainan berdekatan gerai sarapan kami


 IMG_2349 IMG_2351 IMG_2357
1. Adeh, kantoi. Tengok tapak selipar Danial. Kasut raya sampai 2 pasang, tapi selipar tu jugak yang menjadi phojaan hatinya.

2. Buai memang mainan fav Nadhirah sejak lahir. Menangisssss sepanjang malam, rupa2nya mintak buai. Tak hairan le sampai besar pun masih suka berbuai..

3. Danish yang masam mencuka. Mood nak bersukan hilang sebab dia tengah menghasilkan baja di dalam diapers beliau. Daddy!!! Kasi setel….

IMG_2359 Kasih seorang bapa
kasi jekk sikit, sebab dia sudah tolong cebok itu budak Hagemaru


IMG_2353
Kasih Sepanjang Zaman
pheeewit!


Beberapa gambar ketika bersiar-siar di perkampungan nelayan 


IMG_2379

IMG_2377

IMG_2325 


…. dan destinasi seterusnya …



MENARA CONDONG, TELUK INTAN.

  IMG_2430

IMG_2431 

 

 IMG_2435

IMG_2434

 

IMG_2426

 

IMG_2442

 

IMG_2421

Dah balik rumah, baru perasan. Rupa-rupanya aku amik gambar dari arah belakang menara. Sebelah hadapan ada JAM kat atas menara tu. Adeh.. hampagas betul.