Pages

28 February 2009

Sihat sudah..

Salam,

Dah hampir setahun Kelisa aku mengalami masalah air-cond. Time g keje pagi, okla. Sejuk jer. Tapi bila masa kuar lunch atau balik keje, mak aih... panas gila. Kadang2 bila balik lunch kat luar, opismate tanya apahal muka aku merah cam udang kena bakar? huhuh.. kulit mek nih sensitip. Silap sket merahla, gatal2 la, bintat la.. tak cukup vitamin gamaknya..

Ops, terlebih sudah. Nak citer pasal kelisa sebenarnya. Tadi kitorang konvoi 2 kereta sbb nak hantar kereta daddy g workshop. Air-cond prob. Alang2 dah ada kat workshop, daddy pun suruhla apek tu cek kan apesal air-cond Kelisa aku tak sejuk. Takat angin je.. Rupanya sbb kurang GAS. Hangguk betul.. Kalu tau pasal gas, dah lama aku repair sendiri. Takder la tangguh sampai setahun.. (repair sendiri=hantar g kedai sendiri. Bukan isi gas sendiri.. gas memasak pulak aku taruk nanti)

Sebenarnya dulu Daddy pernah ajukan masalah air-cond kelisa aku ni kat bengkel lain. Org tu kata bukan pasal gas. Gas cukup. Masalah apebenda ntah. Yang kalo nak buat melibatkan kos yg besar. Jadi oleh sebab itulah aku tangguhkan dulu nak repair. Takperla panas sikit, janji poket aku tak 'panas' nanti.. huhuhu. Rupa2 nya kitorang kena tipu idup2 ngan org bengkel tu. Cis, tak guna betul. Kena tuntut ganti rugi teladan nih... menitis2 peluh aku bila drive time matahari mencanak atas kepala..

Kasi cek betul2 ye brader. Kalo tak gua kuntau sama lu!


"Hmm, jantung ok. Buah pinggang sihat. Paru2 clear. Apesal panas je ehh..? Ler, demam rupanya!" kata brader bengkel itu.


Yeah, sihat sudah. Kembali ceria. Lalala...

27 February 2009

Microsoft Office Day

Baca betul-betul, bukan MS Office Family Day yer.. :P

Max office day ni bertujuan untuk memberikan tips, and tricks bagaimana menggunakan aplikasi MS Office dengan lebih berkesan. Kiranya masa ceramah tu nanti kita akan " Oooooo... macam tu pun boleh ye?, Eeeee...., Aaaaa...." Melopong aje la sebab tak tahu selama kita guna MS Off ni ada cara yang lebih senang dan efisyen rupanya.

Seronok banget, sebab ada token utk mereka yang boleh menjawab soalan. Dan aku telah dilarang oleh penceramah untuk menjawab. Sebab dah dpt token, notebook dari Microsoft. Best kan? Boleh ke korang dapat notebook free?? Jangan jeles, aku dah dapat!

Tak aci betul penceramah tu tak bagi aku jawab. Aku ngan Kavi adalah peserta yang paling excellent. Banyak sangat bagi soalan.. dah tu bermurah hati pulak tolong bagi jawapan kat orang lain. Dan org tu pulak dapat hadiah t-shirt. Argh, tidak.. aku tertekan di sini.

Jom tengok gambar kitorang




Dari kiri (depan): Kak Jariah, Mami-Sue, Kavi, Kak Zaini, Kak Pah
Belakang: Madona, Fiza, Amy


Vendor yang telah menganjurkan kursus nih "Prestariang".
Duduk di sebelah kiri adalah penceramah dari Microsoft.


Ni masa acara main rebut kerusi. Kavi adalah pemenangnya..hehehe.
Sesungguhnya ini adalah dusta semata-mata



Bersama penceramah yang Comel Gila. Miss Karen. Suka beno dia ngan words GILA. huhuhu



Nak tengok hadiah yang aku dapat? Notebook tu la.. Ishh. Nanti korang jeles pulak. Hmm, takperla. Kang kecik ati pulak tak dpt tengok.. aku tunjuk gak la.

Siap ada cop Microsoft tuh... Sila kagum.



Rupa sebenar notebook aku. Best kan?? hehehe

26 February 2009

24 February 2009

Fogging

Rumah kami telah di fogging pada Sabtu yang lepas. Bih kurang kul 6.30 petang. Kitorang diarahkan utk membuka semua pintu dan tingkap. Dalam umah pun diorang masuk. Habis lantai basah + licin. Jenuh gak nak mengemop lantai mlm tu. Tak aper la kan... Janji nyamuk semua mati.

Dengar cerita, daerah Hulu Langat ni jer, 4 orang mati disebabkan Denggi. Nauzubillah. Harap2 lepas ni dah takder lagi kes denggi.


Oleh itu, duduk lah kami 4 beranak di dalam kereta menyelamatkan diri dari semburan itu. :P Husband standby kat umah, jadi kameraman.


En. Fogging sedang memulakan langkah memasuki singgahsana nyamuk.. eh, singgahsana aku la.. hehe


Tu dia.. ke taman astakona pulak


Kesian pokok limau aku. Semput takleh bernapas, kene asap.. Bleh mkn lagi ke limau tu? Kan dah kene asap? Tak pening ke kalo makan? Buat sambal belacan bleh ke?

Akhirnya..

Salam,

Sabtu lepas kitorang sekeluarga akhirnya berjaya jugak menonton movie Gang The Movie. Last minute beli ticket online, hari Jumaat petang. Dapat untuk show hari Sabtu 10.30 pagi kat GSC Alamanda. hehehe.. riang tak terkira. Nadhirah yang paling excited. Dok provok Danial, kata ni kali ke-3 dia tgk wayang... eksen sungguh. Bengang je Danial.

Danish takleh lepa, asyik nak lari jer.


Nadhirah: Pasni kita tgk Ice Age 3 pulak yer Mummy?
Mummy: OK. Kalo kakak rajin buat homework Mummy bawak ler.





Sebelum masuk hall..


Danish kagum tgk poster yang bersar gedabak tu


Danial: Uiii.. ape yang bergayut tu Mummy??
Mummy: Ntah la. Tupai kot. Takpun musang..


Pemandangan kat luar Alamanda.


Keseluruhan cerita memang menarik. Tak sangka Malaysia boleh hasilkan animasi mcm tu. Bangga lah ngan Les Copaque. Nanti buatlah lagi yg best2 yer. Member aku yg dah g tgk, kata anak diorang nangis masa part seram (kena kejar ular).. risau gak takut2 Danish terkejut. Rupa2nya dia rilex jer. Mata tak berkelip tgk skrin yg besar tu. Lagi 15 min nak habis, Danish dah tak boleh duduk diam. Dalam gelap pun selamber je nak jalan sana-sini. Last2 husband bawak dia keluar dulu....



*Ada sejarah sebenarnya kat kolam (gambar yg last tu). Satu petang kitorang lepak2 kat situ. Aku kat bawah pokok, duduk mkn donut. Husband lak bawak anak2 g tepi kolam. Mula2 Danish meniarap sambil tepuk2 air kat dalam kolam. Pastu dia duduk pulak sambil rendam2 kaki. Aku tengok aje la dari jauh, sbb husband ada kat situ. Tiba2 aku tgk Danish dah berlari ke tengah kolam. Nak taknak husband terpaksa gak masuk dlm kolam tu selamatkan Danish. hehehe. Sudahnya 2 beranak basah seluar + kasut. Orang lain teruja tengok aksi Danish dan Daddy. Dah basah, tak dapek la nak jalan2 lagi. Terus g amik kereta, balik rumah. Rupa2 pergi alamanda semata-mata nak beli donut dah masuk kolam jer.. cess!

23 February 2009

Berehat sebentar


Hari ni kursus lagi. Asas Kejurulatihan. Agak seronok, tak boring dan yang paling penting aku tak mengantok sepanjang kelas berjalan. Tak macam minggu lepas. Sangap manjang... gula2 ngan asam boi pun tak berkesan ilangkan ngantuk.

Byk story masa ujung minggu lepas. Will update later. Rindu2 lah kat aku selalu yer.. bye!

20 February 2009

Bercuti

Saya sangat teringin nak pergi bercuti bersama keluarga saya. Perancangan dari Oktober 2008 yang gagal masih belum tertunai. Minggu ini saya terasa sangat penat, fizikal dan mental.

Saya nak pergi tempat macam kat bawah nie... boleh tengok sunset. Boleh buat sand castle bersama anak-anak saya. Boleh makan sea food yang sedap2.

Okla. Saya nak berangan kejap. Berangan melancong ke Langkawi pun jadila... Da..


Sepang Gold Coast

Pesanan untuk anda

Ala.. aku tak tahu la apesal gambar ni senget pulak. Korang sengetkanlah kepada korang ehh..



Salam,

Lama pulak rasanya tak hapdet. Sibuk dengan kursus. Bukan kursuskan orang, tapi kursus untuk diri sendiri. Bagus gak, kalo awal2 tahun leh cukupkan 7 hari kursus. Tak payah pikir dah ujung tahun nanti.. (org gomen sure paham kenapa..)

Rasa nak hapdet, tapi takder modal. Teringat pulak gambar kat atas tu. Actually gambar tu aku capture dari dalam surat khabar. Dalam banyak2 iklan berhenti merokok oleh Kementerian Kesihatan, gambar yang ni paling memberi kesan kepada aku. Tak tau la kepada perokok itu sendiri... terkesan ke tak? Yang pasti poket diorang tu sikit pun tak terkesan bila membeli rokok.

Pesanan ini aku tujukan ikhlas buat perokok2 tegar di luar sana. Sejak usia bila korang mula merokok? Let say 21 tahunla.. (habis belajar, dah keje dan ada duit sendiri beli rokok). Sehari sekotak=14 batang. And now usia korang katakanlah dah 37 tahun. So dah berapa puntung rokok korang habiskan sepanjang 16 tahun tu? 12 btg x 365 hari x 16 tahun = 70,080 batang. Humangaihh.. untung gila syarikat rokok tu weh..

Udah2 le tu. Aku paham sangat tabiat perokok ni. Diorang ni cukup menyampah kalo kita suruh dia berhenti. Lagilah kalo cakap banyak2 kali. Silap hari bulan mau makan penampar. Walaupun rokok tu dinaikkan harga setinggi mana sekalipun, takkan adanya diorang ni nak berhenti.

Aku nak pesan sikit ajela. Kalo pun korang tak kisah akan kesan2 penyakit akibat merokok yang saban hari dipaparkan di media massa... tapi pikirkanlah kesannya terhadap anak, isteri, ibubapa korang. Tak kesian ke kat diorang andaikata satu hari korang terlantar sakit akibat rokok tu. Hish.. aku nak bayangkan pun ngeri. Mintak dijauhkan Allah.

Di hari Jumaat yang mulia nih, cuba pasangkan niat at least utk kurangkan merokok. Tak kisah la rokok apa.. rokok daun ke, batang kayu ke, ape ke. Mudah2 an Allah akan bukakan hati korang untuk berhenti satu hari nanti. Bukan untuk org lain pun, utk diri sendiri dan keluarga ko juga.

*Aku kena belajar dari member kat S.Alam. Camana dia pujuk husband dia sampai bleh berhenti merokok 99%. 1% tu curi2 isap masa wife dia takder. Hehehe.. takperla. Kesyian..

17 February 2009

Tada..

Kepada yang menantikan kemunculan si cilik Nadhirah...









Embekk...embek!

Salam,

Saper suka mkn kambing? Aku suker.... Tapi, hanya kambing yang disembelih dan di masak di kg husband aku kat Muar. Takder bau kambing langsung. Heh, ngada2 eh aku?

Dulu2 aku benci betul ngan kambing. Bila suap je daging kambing dlm mulut, bau kambing menusuk-nusuk ke lobang idong aku yg agak besar nih.. nak termun*** rasanya.

Tapi magic betul la. Kenapa kambing yg aku mkn kat kg. ok jer? Takder bau pun. Sodap lagi ada.. Adakah kerana kambing2 kat Muar diberi mandi 3x sehari? Hmm, pikir, pikir, pikir. (gaya super sleuth). Walaubagaimanapun, aku selalu terkejut bila sedang memilih part kambing yg best kat dlm periuk beso tu, alih2 timbul pulak tengkorak kambing siap ngan gigi kambing yang berkarat-karat tu.. eiii.




Ini kambing yang sudah siap di masak beriani. 2 pinggan aku habiskan sorang.. pergh.
Sungguh sedap sehingga menjilat jari.


Tukang masak, tukang potong, tukang cuci kambing.
Cik Amin (pakcik husband). Kalo korang nak panggil dia masak, bgtau aku. Aku tolong arrangekan. :)


16 February 2009

Alkisah Danial...


Salam,

Maka selesailah sudah majlis perkahwinan adik ipar aku. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Untuk intro aku bg korang tgk gambar anak bujang aku dulu yer.

Gambar tu diambil masa Danial baru je bangun tido. Merengek-rengek nak pakai flower kakak dia. Aku pakaikan le. Sikit punya happy Danial. hehehe.. lawak betul la.

Masa majlis nikah pagi Sabtu, Danial buat kecoh. Orang sumer tengah diam khusyuk dengar doa tok imam, tiba2 Danial dengan selamber dan penuh machonya, dari luar rumah masuk ke dalam...dan duduk betul2 depan tok imam. Sambil berkata "Abang nak mikrofon..." heheheheh.. pastu tak lama tu dengar la suara dia kat corong speaker. Walahei.. sibb baik dia tak nyanyi twinkle-twinkle little star. kalo tak mau tok imam ulang balik doa dia.. aku pun dengan tersipu2 malu terpaksa la naik dok depan tok imam gak sebab nak pujuk danial suruh turun bawah. macam2 aku pujuk, tak layan gak. dia tetap nak amik mikrofon tok imam tu. last2 aku kelentong kata ada 1 lagi mikrofon kat bawah.. hehehe. menjadi akhirnya. tapi sampai je kat bawah, sekali lagi danial mengamuk setelah tahu dirinya ditipu...

tak habis disitu, habis je majlis akad nikah.. selawat pun dibaca, dan bersalam-salaman la diorang. nak tau org pertama yg salam tok imam sape? DANIAL la.. sape lagi. aku pun tak perasan camana dia leh telepas naik lagi sekali. dia siap tarik baju tok imam yang tgh berdiri. pastu dia mintak salam... dan lagi sekali, dia nak mintak mikrofon tok imam... hehehe. masa tu aku tatau sape yang selamatkan keadaan. rasanya adik ipar aku kot.. sbb dia ada kat temp kejadian masa tu.

petang, habis majlis.. bersantai2 lah kitorang kat depan pelamin. tiba danial datang kat aku dan cakap kat aku sebaris ayat yang aku tak sangka langsung akan keluar dari mulut dia.. "MUMMY, ABANG NAK KAHWIN LA....."

Selamat pagi


Salam..

Mengantuk nya. Malas betul nak pergi kerja pagi ni. Rasa nak tido ajer. Huarghh!!!

Kepada yang menantikan gambar flower girl dan majlis kahwin Ayu, tunggu jap eh.. nanti bila dah tak mengantuk aku buatlah entry tu..

Sekian.

11 February 2009

Snail Noodle @ Mee Siput

Korang pernah makan mee siput? Kalo tak pernah, meh sini aku perkenalkan. Mee siput ni femes kat muar. Org jawa kalo tak kenal mee siput ni tak sah la.. Mee siput boleh disediakan dalam dua cara. 1. di goreng mcm keropok, dan makan sambil cicah sambal.. 2. direbus sebentar dan masak macam mee biasa.



Ni la rupa mee siput yang belum dimasak. Dikilangkan oleh usahawan melayu. Dijamin halal, insya Allah.


Rupa mee siput yang sedang digoreng


Ni pulak dah siap goreng.


Sambal pencicah. Dibuat oleh kompeni yang sama..

Dan mee siput jugak adalah dinner husband aku semalam. hehehehe.. zalim ke? Tak ler, dia yang request nak makan mee siput. Aku dah siap prepare ayam percik lagi, tapi dia yang takmo. ayam percik beli kat pasar malam..huhuhu

Dinner semalam

Tahu tak apa kat atas tu. Ni la aku punyer peberet. Ubi rebus cicah ngan sambal ikan bilis. Sedapnya... Walaupun aku dilahirkan di bandar, tapi ubi rebus tetap menjadi pojaan hatiku. Ape kelas la makan McDogol tu kan.. tak menyihatkan langsung.

Silalah terliur....

Entry rahsia

10 February 2009

06 February 2009

Selamat bercuti


Selamat bercuti kepada semua. Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan merempit dan jauhi diri anda dari najis dadah. Pesanan ikhlas dari manager mami-sue.blogspot.com.

Gambar cute girl kat atas ni adalah anak buah aku. Nama Putri Humairah.. Suka sgt aku tgk gambar ni.. nampak innocent jer... Okaylah yer. Nak balik dulu. Cambiasa la. Aktiviti aku dihari Jumaat yang mulia.. tak lain tak bukan.. mengemas. huhuhu

04 February 2009

Alahai Danish..


Salam,

Semalam Danish tak sihat lagi. Demam + asma. Baru bulan lepas keluar wad, ni dah kena lagi. Teruk jugak. Doktor kata kalo tak kurang lepas mkn antibiotik, kena refer ke hospital.

Alhamdulillah, lepas mkn ubat semalam, nampak Danish dah semakin kurang batuk & semput. Aku terpaksa El smlm sebab kena bagi nebuliser kat Danish setiap 3 jam. Macam kat hospital aritu. Sib baik normasaline banyak lagi. Doktor tu pun dah tak kisah nak bagi aku combivent nebules banyak2, sebab asma Danish memang teruk. Kalo tak dulu, kena ambik nebuliser kat klinik. Leceh betul. Dah le mask dia keras. Ada sekali sampai berdarah bibir Danish sebab bergesel ngan nebuliser mask dia.. ni kes meronta2 takmo ambik gas le nih...

Doakan Danish sihat yer, takmo la sakit2 lagi.. susah hati betul kalo tgk dia sakit. Hilang semangat aku nak buat kerja..

02 February 2009

Selamat Panjang Umur

UKE sekali lagi menjadi host untuk majlis keraian harijadi utk geng2 KE. Bab nak gi beli kek tak yah risau. UKE dah ada petugas rasmi utk beli kek. Dilantik pada ujung tahun lepas dan telah memenangi undi majoriti 6,320 undi. Beliau adalah Cik Kavi. Yeah.. berikan tepukan gemuruh kepada beliau... clap! clap! clap!

Majlis ini dibuat khas untuk Pn. Jariah dan En. Amir. Semoga kalian berdua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan lebih berjaya di masa akan datang. Umur? Ops.. biarlah rahsia.

Terima kasih kepada anda yang sudi hadir memeriahkan majlis yang sederhana tapi meriah ini. Nantikan majlis yang seterusnya di masa akan datang.. sekian!

Rumah lama

Semalam kitorang sempat singgah ke rumah lama kat P.Alam. Dalam proses untuk dijual. Sayang jugak kat rumah nih. Banyak kenangan tercipta kat sini. Majoriti penduduk P.Alam adalah Melayu. Lengkap dengan kemudahan sekolah rendah dan menengah. Kedai2 pun banyak. Petronas betul2 depan rumah. Cuma bank aje yg takder. Anak2 aku kata, "Rumah ni dah sedih!! Sebab dah kosong dan kita dah tak duduk sini lagi.."
Pandangan hadapan


Porch


Ruang tamu. Ada 2 pintu masuk. 1 yang ada langsir tu, 1 lagi belah kanan yang Danial tgh pegang tu.


Tangga ke tingkat atas. Dulu kitorang letak TV kat kabinet coklat tu. Bawah tangga ada stor kecik, tapi takder pintu.


Dining area. Meja makan aku dulu betul2 bawah lampu yg tergantung tu. Pintu hijau sebelah kiri adalah bilik utiliti aka bilik bibik. Belah kanan tu pulak dapur.


Ni la dapur. Kecik jer. Sempat buat top aje. Kabinet tak sempat pasang. Tu bibik baju merah sedang sebok mop lantai..hehe


Bhgn belakang umah. Boleh bercucuk tanam dibalik tembok yg rendah tu. Ada tanah. Dulu pokok pandan, kunyit, daun kesum aku hidup subur kat sini.


Ayahanda tersayang. Rock kan?? Pakai topi beb...


Pandangan tangga dari tingkat atas. Anak tangga tu husband aku cat kaler putih supaya nampak terang. Tapi lepas cat baru perasan BUGHOK BENOR.. hehe. 3 hari gak le takleh naik atas sebab cat tak kering2.