Pages

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

02 February 2011

^_^

Macam biasa, ini adalah cerita minggu lepas. Bukan cerita terkini, lebih kepada cerita basi..

Jumaat-Ahad Daddy ada meeting di Equatorial Hotel, Bangi. Maka, kitorang pun mengambil kesempatan untuk tumpang bermalam di sana. Sementara Daddy bermesyuarat, kami membuat aktiviti sendiri.. 


 IMG_4324
IMG_4333 IMG_4325
Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bangi.



Penat berlari, memanjat, melompat di taman permainan.. balik hotel berendam dalam kolam renang pulak.

IMG_4349 IMG_4343
IMG_4385
IMG_4372 IMG_4381



Lihatlah aksi terjun tiruk yang dihasilkan oleh Danial…
Macam-macam aksi yang dipertontonkan oleh beliau. Aksi lompat pagar, lompat katak, lompat kijang, lompat tikam dan sebagainya….

IMG_4407 IMG_4353 IMG_4359 IMG_4370    IMG_4388 IMG_4393IMG_4403 *Najwa, Kaklong… inilah budak 3 beradik yang aku citerkan tu. Yang gaduh dengan Danial, yang kiri sekali tu…  Err, Danial yang cari pasal dulu sebenarnya.. hehehe.


Lepas tu, sambung pesta buih di bilik pulak..

IMG_4451
IMG_4463 IMG_4445 IMG_4446
 IMG_4447
IMG_4449

Alhamdulillah.. anak2 sangat seronok. Walaupun Daddy semakin sibuk di pejabat baru.. masih berpeluang menghadiah kami percutian singkat ini. Mummy pun happy, tak payah masak.. hehe. We love u Daddy.

Sekian.

02 March 2009

Sekolah lama Daddy

Hari Sabtu kami dipenuhi dengan macam2 aktiviti.

Pukul 11.00 pg kitorang dah keluar. Menuju ke Sri Serdang, repair kereta Daddy.Asalnya nak repair air-cond. Last minit ada tambahan masalah baru pulak. Duit syiling sangkut kat CD-Player. Baru je seminggu tukar radio baru. Angkara saper? Danish!!! Tu pun dalam perjalanan, Danish gigih berusaha nak masukkan kad touch n go pulak kat dalam Cd-Player tuh.. Adoi.. sabar je lah.

Pas hantar kereta Daddy kat bengkel, kitorang jalan2 ke tempat belajar Daddy dulu masa muda-muda. Skrg dah tua ke? heheh Daddy nak kenalkan kat anak2 kat mana fakulti, asrama, tempat lepak dan tempat2 lain yang menarik. Tempat? UPM la.. dulu dikenali Universiti Pertanian Malaysia. No wonder daddy skrg ni handal bab bercucuk tanam dan mecantas pokok.

Besar betul UPM rupanya. Tak habis kitorang pusing. Suasana damai dan tenang jer, mana taknya banyak betul pokok2 dan tumbuh2an yang hidup subur. Semuanya di jaga rapi. Yang bagusnya, kat pokok tu di tag nama pokok tu sendiri. Bagus untuk pengetahuan kita. Terutama anak2 yang sedang membesar.

Jalan punyer jalan, sampai le kitorang kat Bukit Ekspo. Tempat nih bz masa ada expo konvo jer. Masa kitorang pergi tu, tak ramai org pun. Tempat tu bersih, luas, ada kemudahan awam yang baik. Yg penting ada playground besar utk budak2 bermain. Di tepi2nya pulak ada tasik yg ramai org memancing. Dari kejauhan, boleh nampak ERL melintas laju ulang alik ke KLIA. Best gila budak 3 orang tu berlari kesana sini.

Suka betul tgk gambar nih..


Ku lihat hijau...


Bab panjat memanjat, bagilah kat dia. Pakar!

Rasanya ada dekat 20 kali Danial dok ulang tayang camana nak turun guna tiang tu. Yea, Danial mmg pandai...

Buai laju2, sampai pokok Ru, Apa dalam baju, Sekor katak puru...
Eiiii, can't imagine la.


Danish takut nak turun. Nangis mintak tolong Daddy


"Jom, kita fire Mummy. Zassssssssss!!!" Daddy


Danish khusyuk mengira daun2 kering yang berguguran. 1, 2, 3, 4, 16, 20...


Aiik, Danish main ngelat. Mummy baru kira sampai 2 dia dah lari dulu..

Amboi, seronoknya Nadhirah.


Love this pic too.

Daddy tengah gigih memujuk Nadhirah. Dia tergolek jatuh lepas Daddy takutkan dia ngan daun kering yg bentuk cam ular. Masa tu Nadhirah tengah nak ambil gambar aku. Dia tergolek ngan kamera aku sekali tercampak.. Aiyak, my kamera!!! Are u okay?? Sib baik atas rumput. Ops.. terlebih sudah. Nadhirah sakit tak??? hehehe

30 January 2009

Port lepak baru

Pandangan dari jauh, port melepak kami. Ni bukan di tepi jalan besar yer. Kat depan umah jer. Jalan tu telah di tar sampai ke dalam. Gilo hape nak lepak kat tepi jalan besar.. ape kejadah?? heheh

Apis sedang khusyuk mengaler tapak 'Dam Aji' setelah di paksa oleh abang2 beliau. Basenya adalah batang pokok rambutan yang baru ditebang.


Ni tapak dam aji yang telah disiapkan oleh kojek. Actually ni adalah tiles lebihan renovate anjung rumah..


Yeah.. itu dia perlawanan antara Geng Kuda Itam (Kojek) dan Geng Kuda Belang (Abg Mamat)


Kojek: "Apesal aku kira buah dam aku tak cukup nih..?? Weh, sape sabotaj aku nih??
Abg Mamat: Oii.. aji aku dan makan askar ko la. Hahaha.. Dah nak kalah la tu!! :P


Ramai betul penonton pertandingan nih. Siap dijamu limau mandarin lagi.. Gong Hey Fat Choyy!


Tangan kiri main dam, tangan kanan dokong anak.. huhu. Mithali sungguh.
Main, main gak.. anak jangan lupe ye bang..?? ;)

Menuai Hasil

Ini lah rupa pokok nanas.


Buah ni hampir2 nak masak. Mungkin lagi sehari dua masak le kot.


Yang ni dah masak ranum. Memang superb manis.. macam disira ngan gula. Nyum..nyum


Pelik tapi benar, sebiji nanas tapi ada dua mahkota.


Ini lagi pelik. Takder buah, takder mahkota. Ciput jer.. dah kena makan ngan CikKin-zir agaknya..


Ini la rupa nanas yang baru berputik. Ni jenis nanas mokhriz kot. Kulit dia kaler merah.
Balqis & Insyirah. Penyeri di kebun nanas.. :)


Pencantas nanas berjaya dengan hasil tuaian..


Err.. Ni lubang yang digali oleh CikKinzir... Kalo dapat tangkap gambar dia, sure masuk blog punyer lah.. hehehe