Pages

Showing posts with label nanas. Show all posts
Showing posts with label nanas. Show all posts

03 December 2010

Sodapnya kalau dapat ni… isskkk.

 

IMG_0238

IMG_0243
Dah lama rasanya tak pekena nanas Air Hitam. Nanas yang masak ranum, boleh di makan begitu sahaja… sangat juicy dan manis. Tak percaya, meh datang Air Hitam, rasa sendiri. Ini betul-betul, bukan cobaan..

Adeh, sangat teringin le. Mana nak cari ye. Esok balik kampung sekejap, beli nanas. Boleh? Mahu makan pelempang dengan WGS… huhuhu.

Ha.. ni jap lagi ada la pulak yg speku. Kata ada orang dalam pulak.. macam le aku tak tahu. Kasi can le aku rehat kejap. :)

Selingan:

IMG_0254
“Daddy, jom la balik. Kakak tak suka la dok sini. Banyak nyamuk. Tengok ni, kakak dah tergaru-garu dah!” keluh Nadhirah yang sememangnya tidak gemar aktiviti begini.



IMG_0256 
Tapi, budak berdua ni lain pulak cerita. Makin diorang suka dok kat kebun lama-lama. Indah bagaikan di syurga. Lagi-lagi kalau Mummy & Daddy buat-buat tak nampak je projek terlarang diorang tu.. Habis di isi pasir dalam kasut cukang tu.. Duh! Anak bapak betul la.

17 March 2009

Khasiat Nenas


Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.


Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah




Korang pernah potong nenas mcm nih? Aku bet mesti tak pernah punyer!.. Macam makan eskrim jer, sonang sangat. Aku suka kalo cik abe yg potong kan nenas. Sap sap soi dah siap. Kalo aku, alamat lagi 2 jam baru dpt mkn. Terhegeh2..


Demo cara makan nenas yang masih bertangkai. huhu


Manisnyaa... nyum! Nyum! Macam direndam dlm air gula..


Tada... licin sudah!!