Pages

Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

06 May 2009

Lama nya tak hapdet..

Salam,

Kali ini saya bersiaran di Negeri Perak. Exact location, Pusat Latihan Felcra Seberang Perak. Line streamyx disini baru je pulih dari masalah teknikal. Baru le kitorang merasa ber'tenet'.. lain betul rasa jika tak online.. rasa tak lengkap hidup. heheh.. over disitu.

Banyak betul saya berhutang dengan korang yer? Entry Terengganu jer rasanya ada 2/3 bab.. ni campur pulak dengan entry Perak.. Hadui.. Takper, pelan pelan kayuh. Harap korang jangan bosan masuk sini. Takder new entry, still boleh chit chat kat chat box sebelah kanan tu.. terjah ajer...

Err, nak tanya sket. Korang penah tak makan biji teratai?? Boleh makan tau, rasanya macam kacang gitu. Lemak.. Saya dah makan dah!!! Hehe.. gambar??? Sabar yer???

Sekian.

08 April 2009

Makan-makan

Masa malam terakhir di Kem Al-Azhar, kitorang diberi hidangan istimewa. Masakan BBQ atau bahasa kesatnya adalah Babi Beratur.. heheh. Rasa so-so ajer, semua dah sejuk macam hidung kucing (pinjam ayat Hj Azri). Tapi air asam yang makcik tu buat memang power, sedap betul. Tepung_dedak makan sampai bertambah2... :P

Malangnya selama seminggu di sana aku demam..isk, isk. Jadi tak dapatlah nak santap habis2an.Rasa macam ada kertas suratkhabar tersangkut kat tekak aku jer.. nak telan air pun payah. Dugaan betul.


Jom tgk gambar...

Daging bakar.. rasa?? Ntah, aku tak makan. Kurang suka makan lembu.


Udang goreng tepung. Sedap! Udang segar..


Ayam panggang..


Sotong Goreng Tepung Liat... Sotong yang besar2 tu mmg kureng sedap.


Salad.. apesal aku asyik dapat timun jer?? Cheh.. tipah tertipu. Igtkan kaler ijau tu guava.. hampes...

Ikan jacket yang rentung terbakar. Mcm mangsa kebakaran ajer.. huhuh


Cuba kita kira bape tongkol jagung telah dibelasah oleh tepung_dedak? Tu tak termasuk tulang ikan/ayam yang telah disorok di bawak tongkol2 jagung itu... hahaha.


Amboi, satu hidang utk diorang bertiga ajer ke?? Sorgaa....


Lauk yang masih penuh di hidangan kami.. Makan penuh tertib la katakan..


Penulis blog pun nak enterprem jugak... :)

02 April 2009

Episod 2: Outdoor Activities

Hari ke-3 kami dipenuhi dengan aktiviti luar. High-rope, flying-fox dan berkayak.
Jom tgk gambar.


Snake head fish. Lauk aku masa dlm pantang. Tepung dedak berjaya juga akhirnya menjinakkan ikan ini.


Topi kerja Phua Chu Kang adalah antara peralatan asas utk aktiviti lasak..


Benda ni di panggil abah-abah ataupun bapak-bapak ataupun daddy-daddy.
hehehehe


Ni yang paling mencabar. Mana nak jaga kaki melangkah, dengan ketiak aku yg dah ter'kepak'2.. huhu. Kancil potong spring kata org itu... adusss.


Ni kacang jer.. pejam mata leh buat...


Kan dah kata, senang jer. Aku tgh pejam mata kat atas tu.. percaya tak??


Kontrol ayu...ececeh..


Mak kata, mesti mulakan dengan langkah kanan...


Masa nak melangkah kayu tu makin ke depan. Tensen gila.


Ni lagi susah. Next step makin tinggi pulak. Ish.. gabra sudah!


Selesai sudah, peluk pokok dulu utk kuatkan semangat... :)



Ni pulak sedang meniti palang kayu. Silap pijak, kayu tu senget dan ko pun jatuh la gedebuk!!


Yg ni senang sket. Jln cam ketam... antara tali yg disilang2kan tu..


Ok. Sampai di stesen flying fox.. tinggi tau tempat nih.


Sedang diberi penerangan oleh instructor. Soh mengucapla.. insapla.. ish..tolong..


Get ready utk turun. Masa ni aku dah takut gila. Bila tgk bawah.. gayat sei.. angin kuat pulak tu. Instructor tu gagal utk pujuk aku turun... aku keep on cakap "Eh, jap la.. nanti la. Jap lagi la.. takut la.."

Akhirnya instructor sendiri meng offer kan diri beliau untuk menemankan aku yg penakut ni turun. hehehe.. Kalo nak tahu, detik nak turun tu yg paling aku gerun seumur hidup aku. Nak operate bersalin pun aku leh senyum2 lagi.. tapi part ni, sori la. Naik buai kat playground pun aku dah senak2 perut... tolong!!!!



Tu dia.. akhirnya aku turun jua setelah di paksa oleh instructor. Sepanjang flying fox tu aku menjerit gila babi kuat... ingat mati aje dah time tuh. Aku tak paham betul saper yg buat flying fox tu boleh senyum2 tanpa ada sedikit pun suara.. kononnya sambil menikmati panorama alam yg indah... piiiirah!

Episod 1: Pengenalan Kem el-Azhar, Banting.

Chalet, kediaman kami urusetia dan penceramah. Peserta dok asrama...hehehe


Pemandangan tepi pantai.. tak berapa cantik, tapi masih mampu mendatangkan ketenangan. Syukur.


Ni la dewan makan.. kalo air pasang, leh sampai kat tiang2 bawah tu.


Lorong ni menuju je pantai, tapi takleh mandi manda sbb ada byk pokok bakau..


Kiri: orang yang bertanggungjawab menghantar aku ke sini..
Kanan: Adik ipar yang menemankan husband kat umah. Baru abes SPM.


Ni la tempat aktiviti outdoor. Nampak tak high rope tu?? Eii, gayat...

Dewan seminar. Ni masa air pasang, bestnyer. Bleh campak mata kail dari tingkap jer..

Struktur ni nampak cantik. Tapi agak merbahaya kepada kanak2. Almaklumla, dah jadi mak org ni kena pikir mcm tu la.. :)


Kavi kata dia nampak udang dalam air tu. Err, udang ke umang2 Kavi oiii...! Ko biar betol...


Takat ni dulu. Nanti sambung episod seterusnya pulak.