dah macam chef pulak ko dik... |
Hihii. Okla, janji ditunaikan. Meh sini aku cerita serba sedikit pengalaman melahirkan Adam.
History kelahiran terdahulu :
2003: Nadhirah czer sbb poor progress walaupun selepas induce. Sakitnya induce nauzubillah... 😖😖😖. Masa czer baru tahu yg baby muka ke atas (occiput posterior).
2005: Danial lahir secara normal dengan bantuan vacum sbb terbelit talipusat. Ambik epidural, rilex habis.. Tau2 je kena teran.
2007: Danish lahir secara czer jugak. Bukaan lambat, doc tak berani nak tunggu utk normal sbb dah pernah czer. Masa czer, Danish pun sama jugak mcm Nadhirah dulu, muka ke atas. Tu salah satu sbb baby susah nak turun.
2016: Adam, no choice terpaksa czer sbb dah 2x czer. Aku ok je, hadap je la. Terus ikat sekali, dah alang2 czer.
7.41am dah sampai hospital |
Oleh kerana kali ni plan czer, kitorang pilih date siap2. Doc bagi tempoh sampai minggu ke 37 sahaja. Pilih punya pilih, ambik hari Isnin 27 Jun 2016. Senang nak plan cuti raya sekali.. 😁
Hari Ahad sebelum czer tu la baru kitorg kelam kabut mengemas bilik. Lap tingkap, buang habuk.. Nak sambut org baru kan. X larat nak masak, berbuka kat luar je. IOI City Mall.
Berbuka di Sakae Sushi. Sushi lagi untuk ke sekian kalinya. Sejak pregnant Adam, aku sgt suka Sushi. Padahal sebelum tu, x suka betul. X pernah makan pun. Betulla kuasa ibu mengandung, boleh terbalik 360°. Hehe
Besok paginya, bersiap2 ke hosp. Anak2 semua di pontengkan sbb takde org yg nak hantar/ ambik, jaga diorg kat rumah. Berkampung la kat hosp sementara mak korang dilapah.. Btw 12 tgh malam dah start puasa makan.. Minum air kosong je boleh.
Sampai hosp KPJ Kajang, daftar dan terus ke wad bersalin. Di wad bersalin, nurse preparekan kira. Cukurkan apa yg patut, pasang tiub kencing.. Dan disorong ke dewan bedah. Anak2 semua tinggal di ruang menunggu wad bersalin. Berbekalkan seketul laptop dan ipad. Biar diorg leka...
bersama doktor.. tapi doktor cinta. hehehe |
Kat dewan bedah nurse semua dah standby.. Doc bius pun datang perkenalkan diri. Pasang iv drip sambil borak2.. Ramah betul doc tu. Mungkin dia nak elakkan kita takut.. Nak kena lapah kot... Haha.
doc cuba pasang line di tangan kiri, tapi agak susah nak dpt line.so aku mintak tukar ke tangan kanan. agak terbatas la pergerakkan tangan kanan, ada drip kan.. |
Then aku ditransfer ke katil bedah, yg ada byk lampu kat atas tu.. Nak cucuk bius kat spine pulak. Inilah saat yg paling mengerikan. Yg aku igt, kena duduk tepi katil. Pastu sorang male nurse berdiri depan aku dan aku kena tunduk untuk doc bius cucuk belakang badan. So nurse tu kena tahan badan aku, dan aku seakan berpaut kat dia..
Huiii.. Menggigil jugak menahan sakit tu. Alhamdulillah sekali cucuk je, terus rasa sejuk ubat bius tu menjalar dlm badan. Tak lama tu kebas dari pinggang sampai ke kaki. Tangan kanan ada drip, tangan kiri ade dilekatkan sepit di jari telunjuk untuk kesan nadi (kot?). So kiranya kiri kanan tangan didepangkan atas stand.
Atas perut diletak kain hijau yg ditegakkan, buat bidai utk halang pandangan perut yg akan dibedah. Atas dada pulak diletakkan 2 lapis selimut, dan bawah selimut tu pulak ada blower angin panas utk elakkan kita sejuk. Harus di ingat, bilik bedah ni sejuk gila. Kira kalo ko tak tahan, boleh mengigil tahap bergegar katil. Serius tak tipu.
Diorang buat kerja pantas betul, masing2 dah tau nak buat apa. Bagusla camtu kan, aku pun x sabar nak cepat2 siap, boleh masuk ward. X tahan dok dlm ot lama2. Perasaan bercampur baur.
Oh, lupa nak bgtau, sepanjang di ot tu, husband ade temankan. Dia kena pakai uniform bilik bedah siap mask sekali. Dah mcm doctor. Hehe. Dia la mangsa tukang garu muka aku, tukang betulkan anak rambut yg terkeluar dari cap, tukang layan aku borak utk hilangkan takut, utk alih perhatian.. Thank you husband. Jasamu ku kenang hingga akhir hayat.
Bila doc mula potong perut, bau bbq pun bermula. Asap2 sket. Bau daging terbakar.. Hehe. Bbq yg tak menyelerakan. Tak sampai 30min rasanya, baby pun diangkat keluar. Terus menangis.. Alhamdulillah. Lega rasanya dpt dengar suara Adam. Doc lap baby lebih kurang dan terus letakkan atas dada aku utk skin to skin contact. Daripada menangis menjerit2, dia terus diam. Kuasa Allah kan, baby sekecil tu tau dia ada dekat mak dia. Golden moment betul masa tu.
ni masa dah dibersihkan oleh nursery. hari kedua kot ni.. suci murni je kan muka baby. |
Then, baby pun diambil utk dibersihkan, ukur berat dan tinggi kemudian dibawa ke nursery. Husband ikut sekali sbb nak azankan baby. Bila husband takde kat sebelah, mulalah x keruan. Rasa serba x kena. Rasa helpless, rasa sejuk, rasa gatal2.. Semua bercampur aduk.
Lama juga masa yg diambil utk tutup semula perut. Plus aku pun diikat peranakan sekali.. Rasa lambat betul siap. Bukak senang, potong je. Nak tutup, kena susun balik organ dalaman aku betul2.. Hehhe. Kena pastikan takde barang tertinggal dlm perut aku. Ujung2 nak siap tu, aku dah mula menggigil. Sejukkk tahap sampai ke tulang. Tak boleh nak describe sejuk tu mcm mana, org yg pernah czer je kot tahu rasanya.
Siap jahit semua, aku ditolak ke ruangan pemulihan. Kat situ ada warmer. Diorg dah set kan full blast kot warmer tu, still tasa sejuk lagi. Aku mintak panaskan lagi, budak tu kata takleh kak, terbakar kulit satgi... Hahha.
alolo.. rambut pacak ye dik.senyum pulak tu. sampai sekarang murah senyuman Adam ni. semoga terus memberi kebahagian kepada kami sekeluarga ye Adam |
Haus satu hal.. Kering betul tekak, tapi takleh minum sbb takut komplikasi lepas bedah. Mmg ada rasa loya sket, tapi tak muntah. Atas ihsan nurse kat situ, dia titiskan beberapa titis air kosong dlm mulut aku. Alhamdulillah, lega sikit...
Bila dah stabil, tak gigil lagi barula aku dihantar ke wad. Kat sana anak2 n husband dah tunggu. Masing2 tanya baby mana.. Manalah aku tau, aku pun tak jumpa lagi sincr skin to skin contact tadi...
3x czer, kali ni rasa kuat sikit. Bermalam sorang kat hosp, husband balik sbb temankan anak2 di rumah. Bulan puasa kan.
makanan hospital,sedap2 semuanya. ayam blackpepper rasanya tu, dengan sayur kobis goreng. puding dan yoghurt ice cream sebagai dessert. sapa tak suka.. semua aku bedal.hahaha |
Alhamdulillah ok je dok sorang2 kat bilik. Single room lagi. Tak sempat nak rasa seram sbb sakit czer pun belum hilang. Masih belum boleh bangun, ubat bius masih ada lagi sikit2. Apa2 kena minta bantuan nurse. Ape susah, picit je bell, datanglah adik2 manis tu... 😁
Hari ke 2 petang tu baru belajar2 bangun. Doc kata selagi belum stabil berdiri dan berjalan sendiri, tiub kencing takkan dicabut. Gigih la aku bangun jugak, slowly duduk kat sofa, jalan ke toilet.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Hari ke 3,boleh balik. Yahuuuuu..
Tamat. Hahaha. Gitu je, boleh?
No comments:
Post a Comment