Pages

08 August 2017

Bersiaran Kembali

Assalamualaikum.. Lama menyepi. Kes  langgar babi, terus senyap blog ni. Haha..
Terimalah senyuman manis dari kami.. 

Waktu terasa sangat singkat sekarang ni. Lagi2 bila dah ada si kecik ni. Sebok melayan dia, sedar2 dah masa menyupir. Pastu kejap kang dah malam. Bila kita pegang hp, nak dirampas nya. Dah tu camana la mami nak hapdet blog ni secara konsisten Adam oii.. 

Adam dah 1y1m... Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat. 

03 April 2017

Babi Betul

Assalamualaikum. 

Seram tak baca tajuk tu? 😊 Jom tengok gambar dulu. 



Kejadian yg berlaku malam semalam. Kami dalam perjalanan balik ke Bangi, dari Kesang. Sebaik sahaja sampai di Pt. Bunga (tak jauh dari flyover ke jambatan baru Muar), kereta kami disondol babi yg sedang melintas. 

Allahu... Menggigil rasa. Yg nampak babi tu cuma aku, husband pun tak perasan. Kalau tengok dari kesan hentaman, babi tu sondol ngam2 kat bucu kereta. Means masa kitorang sampai, dia pun nak melintas. Tak tengok kiri kanan... Dah berdentum! So korang kalo melintas tak tengok kiri kanan, serupa mcm babi la ye. 😄😄😄

Husband berhenti tepi dan tengok kerosakan, nampak radiator dah pecah. Nak taknak kena patah balik ke Kesang. Mujur masih dekat. Otw nak uturn tu, kereta langsung tak bergerak.. Mujur la kami bukan di tengah jalan raya. Kami stuck di susur uturn.. 

Risau nya Allah je yg tahu. Kereta terhenti di tengah jalan, waktu malam. Dengan anak2 kat dlm kereta. Doa je dlm hati moga2 takde kereta yg nak uturn waktu ni. Lepas hidupkan signal kecemasan, aku terus turun ke belakang kereta utk bg isyarat kepada kereta yg datang.. Guna cahaya  dari skrin handphone je. 

Dari jauh nampak ada kereta datang. Tapi dia berhenti agak jauh dari kami. Rupa2nya geng tarik kereta, kebetulan diorg lalu sebaik sahaja kemalangan berlaku. Alhamdulillah, budak2 Melayu, baik budi bahasanya. Dia tawarkan utk tarik kereta ke bengkel mereka dan hantarkan husband buat report di Balai Polis. 

Kami setuju, dan terus call bapa mertua utk ambik aku anak beranak balik ke rumah Kesang. Hari ni semua terpaksa cuti kecemasan... 

Pagi ni, husband tukar fikiran. Tak jadi repair di bengkel luar, kami nak repair di Nissan. Kereta baru 9 bulan. Kalau repair diluar, warranty akan terbatal. Jika ada masalah akan datang, dah susah. Jenuh jugakla org bengkel tu pujuk husband supaya repair kat bengkel mereka. Tapi husband cakap elok2.. Lama2 diorg terpaksa terima. Kos towing malam semalam RM700. Nissan bayarkan RM600, selebihnya kitorg bayar. 

Apa aku rasa? 

Bersyukur. Itu je. Syukur sebab :

1. Tiada kemalangan jiwa. Kereta boleh repair, nyawa takde spare. 

2. Kereta kami tidak terbabas ke kiri atau kanan selepas hentaman. Masih boleh kawal stereng. Mungkin sbb kami pun tak laju. 

3. Airbag tak keluar. Kalau keluar, lagi panjang cerita. Yela, bila Airbag dah hentam muka, mcm mana kita nak nampak jalan dan kawal stereng.. 

4. Kami semua pakai seatbelt dan Adam di dalam car seat. Kalau korang masih liat nak pakai seat belt, tolonglah berubah mulai hari ini. Tak rugi apa pun jika pakai. 

5. Elok je berdentum, terkeluar kalimah ALLAHU AKBAR! dari mulut aku n Danial. Syukur disaat kecemasan macam ni kalimah agung tu yg kami sebut. 

6. Babi yg dilanggar tak masuk ke bawah kereta.. Rasanya dia melambong ke tepi jalan. Andai masuk bawah kereta, keadaan mungkin lebih buruk. Kereta kami mungkin terbalik, sbb babi tu besar.. Babi dewasa. 

Alhamdulillah. Allah masih pelihara keselamatan kami dan permudahkan urusan kami malam semalam. Syukur banyak2. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.... 

Wallahua'lam. 

02 April 2017

Mari Berkebun Bhgn 2

Assalamualaikum. 

Bersiaran secara langsung dari Taman Kesang Idaman, Tangkak. Jom tengok tanaman kat Kesang ni pulak.. 

Hampir kesemuanya ditanam oleh mak mertuaku. Sejuk tangannya, apa yg ditanam semua menjadi. Tanah kat sini pulak noleh tahan subur, gemuk2 pokoknya. 


01 April 2017

Mari Berkebun

En Suami dah siapkan kotak sayur seperti yang diidamkan. Terima kasih ya, doakan kita berjaya menikmati hasil kebun sendiri nanti. 

Untuk permulaan, aku cuba tanam jagung. Kelakar ke? Tgk kat fb kebun bandar, ramai je yg tanam jagung tepi rumah. Dalam pasu pun ada ya.. So kira aku ok lagi la kan sbb tanam atas tanah terus.. 😁.

Husband bgtau kat org nursery masa dia beli tanah,  yg aku nak tanam jagung, org nursery tu terus buat muka pelik. Choi la u uncle. Org skrg kalau boleh pokok balak tu nak tanam tepi rumah tau.. Kau apa tau.... 😆😆😆

Inilah barisan kitaa... 


Semoga membesar dengan subur dan sihat 

Jagung je yg tanam dari biji benih. Pokok herba lain semua instant. Beli kat  nursery, senang kerja mak. 


Pokol delima. Tak tahula variasi delima apa, merah ka, kuning ka.. Tapi yg pasti delima. 



Haa.. Oleh kerana ada peminat tomyam dan  siakap 3 rasa kat rumah ni, pokok ni wajib ada. Limau purut. 



Limau sambal/limau kasturi. Bahan utama sambal belacan. Eh, tomyam pun guna jugak. Buat air pun sedap.. 



Haa.. Ni pokok kari, bagi siapa yg tak kenal. Tak semestinya guna dlm masakan kari, guna juga dlm masakan lain, contohnya ketam telur masin, ayam goreng  rempah, kuih vadey.. Byk lagi kot. 



Ni fav kitorang sekeluarga. Kategori buah eksotik kot ni. Buah Nona. Abah ada tanam kat selayang, dulu punya la lebat berbuah. Manis.. Skrg dah jarang2 berbuah. Tanah dah tak subur agaknya. Mudah2an pokok ni berhasil nanti.. Dpt bagi abah rasa pulak buah nona dari bsp.😁 



Daun sup lebihan masakan. 


Beginilah rupa kotak sayurku. 

Kunyit dah tanam, belum bercambah lagi. Tinggal nak cari pokok pandan dan semai daun kesum. Cukuplah tu kot. Tanaman herba basic yg kena ada... 

Bye! 

30 March 2017

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum...

dah macam chef pulak ko dik... 


Hihii. Okla, janji ditunaikan. Meh sini aku cerita serba sedikit pengalaman melahirkan Adam.

History kelahiran terdahulu :

2003: Nadhirah czer sbb poor progress walaupun selepas induce. Sakitnya induce nauzubillah... 😖😖😖. Masa czer baru tahu yg baby muka ke atas (occiput posterior).

2005: Danial lahir secara normal dengan bantuan vacum sbb terbelit talipusat. Ambik epidural, rilex habis.. Tau2 je kena teran.

2007: Danish lahir secara czer jugak. Bukaan lambat, doc tak berani nak tunggu utk normal sbb dah pernah  czer. Masa czer, Danish pun sama jugak mcm Nadhirah dulu, muka ke atas. Tu salah satu sbb baby susah nak turun.

2016: Adam, no choice terpaksa czer sbb dah 2x czer. Aku ok je, hadap je la. Terus ikat sekali, dah alang2 czer.

7.41am dah sampai hospital




Oleh kerana kali ni plan czer, kitorang pilih date siap2. Doc bagi tempoh sampai minggu ke  37 sahaja. Pilih punya pilih, ambik hari Isnin 27 Jun 2016. Senang nak plan cuti raya sekali.. 😁

Hari Ahad sebelum czer tu la baru kitorg kelam kabut mengemas bilik. Lap tingkap, buang habuk.. Nak sambut org baru kan. X larat nak masak, berbuka kat luar je. IOI City Mall.

Berbuka di Sakae Sushi. Sushi lagi untuk ke sekian kalinya. Sejak pregnant Adam, aku sgt suka Sushi. Padahal sebelum tu, x suka betul. X pernah  makan pun. Betulla kuasa ibu mengandung, boleh terbalik 360°. Hehe

Besok paginya,  bersiap2 ke hosp. Anak2 semua di pontengkan sbb takde org yg nak hantar/ ambik, jaga diorg kat rumah. Berkampung la kat hosp sementara mak korang dilapah.. Btw 12 tgh malam dah start puasa makan.. Minum air kosong je boleh.

Sampai hosp KPJ Kajang, daftar dan terus ke wad bersalin. Di wad bersalin, nurse preparekan kira. Cukurkan apa yg patut, pasang tiub kencing.. Dan disorong ke dewan bedah. Anak2 semua tinggal di ruang menunggu wad bersalin. Berbekalkan seketul laptop dan ipad. Biar diorg leka...

bersama doktor.. tapi doktor cinta.
hehehe


Kat dewan bedah nurse semua dah standby.. Doc bius pun datang perkenalkan diri. Pasang iv drip sambil borak2.. Ramah betul doc tu. Mungkin dia nak elakkan kita takut.. Nak kena lapah kot... Haha.

doc cuba pasang line di tangan kiri, tapi agak susah nak dpt line.so aku mintak tukar ke tangan kanan. agak terbatas la pergerakkan tangan kanan, ada drip kan.. 



Then aku ditransfer ke katil bedah, yg ada byk lampu kat atas tu.. Nak cucuk bius kat spine pulak. Inilah saat yg paling mengerikan. Yg aku igt, kena duduk tepi katil. Pastu sorang male nurse berdiri depan aku dan aku kena tunduk untuk doc bius cucuk belakang badan. So nurse tu kena tahan badan aku, dan aku seakan berpaut kat dia..

Huiii.. Menggigil jugak menahan sakit tu. Alhamdulillah sekali cucuk je, terus rasa sejuk ubat bius tu menjalar dlm badan. Tak lama tu kebas dari pinggang sampai ke kaki. Tangan kanan ada drip, tangan kiri ade dilekatkan sepit di jari telunjuk untuk kesan nadi (kot?). So kiranya kiri kanan tangan didepangkan atas stand.

Atas perut diletak kain hijau yg ditegakkan, buat bidai utk halang pandangan perut yg akan dibedah. Atas dada pulak diletakkan 2 lapis selimut, dan bawah selimut tu pulak ada blower angin panas utk elakkan kita sejuk. Harus di ingat, bilik bedah ni sejuk gila. Kira kalo ko tak tahan, boleh mengigil tahap bergegar katil. Serius tak tipu.

Diorang buat kerja pantas betul, masing2 dah tau nak buat apa. Bagusla camtu kan, aku pun x sabar nak cepat2 siap, boleh masuk ward. X tahan dok dlm ot lama2. Perasaan bercampur baur.

Oh, lupa nak bgtau, sepanjang di ot tu, husband ade temankan. Dia kena pakai uniform bilik bedah siap mask sekali. Dah mcm doctor. Hehe. Dia la mangsa tukang garu muka aku, tukang betulkan anak rambut yg terkeluar dari cap, tukang layan aku borak utk hilangkan takut, utk alih perhatian.. Thank you husband. Jasamu ku kenang hingga akhir hayat.

Bila doc mula potong perut, bau bbq pun bermula. Asap2 sket. Bau daging terbakar.. Hehe. Bbq yg tak menyelerakan. Tak sampai 30min rasanya, baby pun diangkat keluar. Terus menangis.. Alhamdulillah. Lega rasanya dpt dengar suara Adam. Doc lap baby lebih kurang dan terus letakkan atas dada aku utk skin to skin contact. Daripada menangis menjerit2, dia terus diam. Kuasa Allah kan, baby sekecil tu tau dia ada dekat mak dia. Golden moment betul masa tu.

ni masa dah dibersihkan oleh nursery. hari kedua kot ni.. suci murni je kan muka baby.


Then, baby pun diambil utk dibersihkan, ukur berat dan tinggi kemudian dibawa ke nursery. Husband ikut sekali sbb nak azankan baby. Bila husband takde kat sebelah, mulalah x keruan. Rasa serba x kena. Rasa helpless, rasa sejuk, rasa gatal2.. Semua bercampur aduk.

Lama juga masa yg diambil utk tutup semula perut. Plus aku pun diikat peranakan sekali.. Rasa lambat betul siap. Bukak senang, potong je. Nak tutup, kena  susun balik organ dalaman aku betul2.. Hehhe. Kena pastikan takde barang tertinggal dlm perut aku. Ujung2 nak siap tu, aku dah mula menggigil. Sejukkk tahap sampai ke tulang. Tak boleh nak describe sejuk tu mcm mana, org yg pernah czer je kot tahu rasanya.

Siap jahit semua, aku ditolak ke ruangan pemulihan. Kat situ ada warmer. Diorg dah set kan full blast kot warmer tu, still tasa sejuk lagi. Aku mintak panaskan lagi, budak tu kata takleh kak, terbakar kulit satgi... Hahha.
alolo.. rambut pacak ye dik.senyum pulak tu. sampai sekarang murah senyuman Adam ni. semoga terus memberi kebahagian kepada kami sekeluarga ye Adam


Haus satu hal.. Kering betul tekak, tapi takleh minum sbb takut komplikasi lepas bedah. Mmg ada rasa loya sket, tapi tak muntah. Atas ihsan nurse kat situ, dia titiskan beberapa titis air kosong dlm mulut aku. Alhamdulillah, lega sikit...

Bila dah stabil, tak gigil lagi barula aku dihantar ke wad. Kat sana anak2 n husband dah tunggu. Masing2 tanya baby mana.. Manalah aku tau, aku pun  tak jumpa  lagi sincr skin to skin contact tadi...

3x czer, kali ni rasa kuat sikit. Bermalam sorang kat hosp, husband balik sbb temankan anak2 di rumah. Bulan puasa kan.

makanan hospital,sedap2 semuanya. ayam blackpepper rasanya tu, dengan sayur kobis goreng. puding dan yoghurt ice cream sebagai dessert. sapa tak suka.. semua aku bedal.hahaha


Alhamdulillah ok je dok sorang2 kat bilik. Single room lagi. Tak sempat nak rasa seram sbb sakit czer pun belum hilang. Masih belum boleh bangun, ubat bius masih ada lagi  sikit2. Apa2 kena minta bantuan nurse. Ape susah, picit je bell, datanglah adik2 manis tu... 😁

Hari ke 2 petang tu baru belajar2 bangun. Doc kata selagi belum stabil berdiri dan berjalan sendiri, tiub kencing takkan dicabut. Gigih la aku bangun jugak, slowly duduk kat sofa, jalan ke toilet.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Hari ke 3,boleh balik. Yahuuuuu..

Tamat. Hahaha. Gitu je, boleh?






29 March 2017

Ya Ampun.. 😁 😁

Banyak juga komen beliau rupanya...hehehhe. Sorry doc singa, saya tak perasan. Tolong jangan baham saya. Saya akan menjadi lebih prihatin selepas ini. 

Seronok pulak bila ada yg respon dengan apa yg kita tulis. Walaupun cuma merapu.. Hahha. Ok. Ok. Nanti jumpa di entry lain yg lebih ilmiah ye...? 

Insya Allah. 


Support mami Adam ye. Biar dia rajin berblog semua. Nanti banyakla gambar Adam kat sini. 😙❤️

Sekali dia sound daaa...

Assalamualaikum.

Janji dicapati. Hehehe. Bukan orang lain, aku la tu. Konon nak cerita pengalaman bersalinkan Adam. Ni Adam dah masuk 9 bulan, nan hado.

Almaklum le, dah beranak kecik ni. Nak curi2 masa dok depan pc tu agak susah. Ni pun guna hp je, tapi nak letak gambar nanti kena juga guna pc sbb semua gambar dah transfer ke pc.

Aku tgh seronok buat photobook pulak skrg ni. Malam semalam baru upload satu, yg kecik je.. 6"x6". Jadila untuk permulaan.. Murah je wei, cuma rm2.90. 😁


Murah je kan? Beli mcm biasa kat Lazada,  nanti photobook akan emailkan voucher code. Design la photobook kita tu ikut kepala otak kita, pastu proceed to order. Final step nanti dia mintak kita masukkan voucher code jika ada. Harga tanpa voucher code adelah RM79. Gila mahei

Eh, tadi kata nak citer pasal kelahiran Adam. Melalut ke lain pulak. Next  post la ye pasal Adam. Nak kena refresh semula otak ni, almaklum dah 9 bulan berlalu. 

Punca aku update ni, sebab dah kena sound. Dengan dia ni.. Hahaha. Takde la kenal personally, tapi suka baca blog dia yg suka travel sana sini. Aku nak pergi tak dpt, baca pengalaman org pun seronok jugak. Lagi2 la penuh gambar yg cantik2. Hi doc! Saya dah update ni. Jgn x baca pulak.. 🙊🙊🙊

Ok, sehingga berjumla lagi. Semoga ini bukan entry terakhir pada tahun ini. 😁