Pages

08 September 2015

1st day

Alhamdulillah,  selesai sudah hari pertama UPSR. Kertas BM 1 (Pemahaman),  BM 2 (Penulisan)  dan Matematik 2 dah selamat dijawab. 

Usah dikenang perkara yg lalu,  ayuh fokus untuk hari esok. Hehe

Besok Matematik 1. 40 soalan objektif perlu dijawab dalam masa 1 jam.  Ini memang cabaran buat Nadhirah. Selalu kesuntukkan masa utk jawab semua soalan.

Mudah2 an besok kakak boleh jawab dengan pantas dan tenang. Jangan lupa istighfar,  selawat dan al-fatihah.  Semoga kejayaan menjadi milik kakak. 

Tahun ni ada 370 calon upsr.  Tak muat utk tempatkan semua di dalam dewan. Sebahagian murid ditempatkan di dalam 5 buah kelas. Nadhirah dpt duduk kat kelas.  Suka je dia.  Dia kata if duduk kat kelas,  relax sikit..  Kalau dalam dewan nanti nervous.  Hmm,  betul jugak kan. 

Hari ni jerebu agak teruk.  Bacaan ipu 134, paling tinggi setakat ini.  Alhamdulillah tengahari tadi tadi hujan turun agak lebat,  kurangla sikit kesan jerebu.

Tapi kesian pulak kat calon upsr,  kena hujan. Harap2 semua sihat walafiat,  takde yg demam.  Ok,  jumpa lagi besok.  Wassalam.

Nadhirah with her bff,  Ezza &  Bella. 

No comments: