Pages

20 November 2014

Donut gebu gebas

Assalamualaikum...



Hari ni cuaca baik.. Panas terang benderang. Syukur, Alhamdulillah.

Sementara cuaca cerah ni, marilah kita mendonut. Panas2 ni kalau buat roti atau donut atau something yg menggunakan yis memang best. Sebab adunan cepat naik.. insya Allah gebu gebas nanti kalau betul resepinya.




Tu dia.. gebu tak macam pipi kak ton?

Aku tak rajin nak menguli. Dengan adanya breadmaker, kerja2 menguli kita sub pada dia je. Mudah kerja kak ton. Masuk bahan, tekan button. Siap uli nanti dia bunyi. Roll kan doh, terap dengan acuan donut. Setel.

Nah resepi:

500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
11gm Yis Segera
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan (penuh) Shortening
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

*Sumber resepi dari blog internet. Mungkin my resipi, blog hasue dan balog lain yg tak dapat dikenalpasti. Resepi ni dah lama tersimpan dalam hp. ;)

2 comments:

Dr Singa said...

nak dua dozen!!
pos laju ke KL boleh?!

MamiSue said...

Ehhh.. Dr. Singa lah. Hehehe. Mekasih datang bertandang ye Doc. Bak mai alamat, nak poslaju ni..

:)