Pages

20 November 2014

Donut gebu gebas

Assalamualaikum...



Hari ni cuaca baik.. Panas terang benderang. Syukur, Alhamdulillah.

Sementara cuaca cerah ni, marilah kita mendonut. Panas2 ni kalau buat roti atau donut atau something yg menggunakan yis memang best. Sebab adunan cepat naik.. insya Allah gebu gebas nanti kalau betul resepinya.




Tu dia.. gebu tak macam pipi kak ton?

Aku tak rajin nak menguli. Dengan adanya breadmaker, kerja2 menguli kita sub pada dia je. Mudah kerja kak ton. Masuk bahan, tekan button. Siap uli nanti dia bunyi. Roll kan doh, terap dengan acuan donut. Setel.

Nah resepi:

500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
11gm Yis Segera
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan (penuh) Shortening
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

*Sumber resepi dari blog internet. Mungkin my resipi, blog hasue dan balog lain yg tak dapat dikenalpasti. Resepi ni dah lama tersimpan dalam hp. ;)

16 November 2014

Menyibuk menyelit bersama

Boss ada hal kat KL, dpt stay 1 malam kat Quality Hotel Jln Raja Laut. Dengan muka welfare aku kata, "nak ikut??".. maka dengan berat hati boss kata OK. Berat hati sbb anak2 terpaksa ponteng skolah besok (isnin).

Yeay, thanks boss! Maka berangkatlah kami ke sana.


Bilik kecik comel. Takpa, dah biasa. Tido himpit2 bertambah mesra. Sleeping bag ada 2, standby dalam kereta.

Apa yg best hotel di dekat dengan syurga beli belah. Mengimbau kembali zaman2 belajar dulu. Sogo, Pertama Complex, Medan Mara, Jalan TAR, Pustaka Minerva, Popular Bookstore.


Dengan budak bertiga ni, jangan mimpilah aku dapat ke Jalan Tar tu. Mungkin cuma ke Sogo aje. Jadikla.. daripada terperuk kat rumah menghadap gajet, mari mak kenalkan korang dengan suasana hiruk pikuk KL. Tempak apak ngan mak korang blind date dulu. Eh?




Macam biasa, kalau dah menumpang hotel boss, kena pandai2 nak isi perut sendiri. Makan provided hanya utk boss. Not a big deal, maggi ada.. munchys biskut ada, nescafe 3 in 1 ada. Dapatla bertahan sampai besok.. agak2 boring jom kita menapak ke Sogo.

Kawan2 Mak masa kat Bkt Keramat dulu suka nau menapau sushi kat Sogo. Taktau la ade lagi ke tidak skrg ni.



Aktiviti wajib kalau ke hotel. Ingatkan malas nak mandi, tapi kolam ni agak dalam juga untuk kanak2. Nadhirah dan Danial boleh berjengket, Danish memang tenggelam. Nak taknak terpaksa la join sekali berkubang bersama kanak2 ini. Mujur la tak ada orang lain. Takde la malu sangat nak berenang ala2 pandalelah rinong.

Kekenyangan. Baru lepas belasah maggi. Sememangnya maggi terasa 10x lebih sedap ketila di hotel di mana anda tiada pilihan makanan lain.



Pemandangan di luar. Haih.. sogo seakan memanggil2 aku ke sana. Nasib baik tengah bulan. Kalo ujung bulan alamat kempis wallet mak.

15 November 2014

Wadihana Steakhouse

Alhamdulillah, boss bermurah hati ajak lunch kat sini. Sayang boss banyak2.

Antara menu yang dipesan:


BBQ Beef Ribs
Daging sedap, tapi sos BBQ agak manis. Lebih enak dimakan bersama sos blackpeper.



Combo Avanza
Portion besar, bole makan 2 atau 3 orang. Sedap. Bole order lagi jika ke sini.




Pencuci mulut, Jelly Ice Cream.
Makan kongsi2, rebut2.. bertambah sedap. Agak mahal, almost rm10 kot. Bole dpt satu mangkuk besar airksrim kat kedai. ;)

Syukur untuk rezeki hari ini. Sehingga berjumpa lagi.

01 November 2014

♡ Berjaya Akhirnya ♡



Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT menentang Pahang.

Semoga perjalanan kami ke stadium Bkt Jalil besok dipermudahkan dan lancar. Semoga cuaca baik2 sahaja. Semoga tiada sengeketa antara penyokong. Semoga Harimau Selatan berjaya membenamkan tok Gajah.. aummn.