Pages

12 March 2014

11 Mac 2014

Hari ni Danial genap 9 tahun.

10 Mac 2005 dulu aku masih lagi memandu ke pejabat di Putrajaya. Driving alone dari Puncak Alam ke Putrajaya setiap hari. Hehe.. masa tu memang lasak. Kat opis aku borak2 dengan technician Odie, aku kata kalau boleh nak beranak besoknya (11 Mac) sebab nakkan keberkatan hari Jumaat. Dia kata, eh... boleh pulak macam tu ye? Boleh request2 pulak...

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Malam tu dah mula contraction, esoknya selepas sarapan terus ke Hospital DEMC. Since bersalin Nadhirah dulu aku operate sebab OP. So kali ni memang nak try normal. Doktor Norleen pun setuju... so marilah kita mencubanya...

Lepas doktor pecahkan waterbeg, sakit nya masya Allah... tak dapat digambarkan dengan kata2. Hehe.. nurse pulak offer utk ambik epidural. Asben pun bagi green light. Apalagi, seperti orang mengantuk disorongkan bantal..

Memang ajaib betul epidural tu. Sikit pun tak rasa kontraksi. Siap aku boleh tido sementara asben pegi solat jumaat kat masjid. Padahal graph contraction tu dah terlebih dari tahap max dia... hehe. Tak boleh bayangkan kalao takde epidural mcm mana...

Aku manja? Tak tahan sakit? Yela tu kot.. tak kisah apa orang nak kata. Badan kita masing2 tak sama. Pengalaman bersalinkan Nadhirah buatkan aku sedikit trauma. Di induce selepas maghrib, menahan sakit sehingga hampir waktu subuh.. ujung2 kena operate pulak sebab kedudukan baby muka ke atas (OP). Hah kauuu... hazabedah. Induce punye sakit memang mantop la... sape nak rasa silalah try.

Alhamdulillah, berjaya juga bersalinkan Danial secara normal. Walau penuh ranjau berduri. Push punya push, dia susah nak keluar. Rupa2nya terbelit tali pusat. Sampai doktor terpaksa vacum.

Bila dah keluar, dia diam pulak x menangis. Kepala pulak dah luka kena vacum. So Danial terpaksa ditempatkan di wad baby utk diberi antibiotik selama 5 hari. Dikhuatiri mendapat jangkitan kuman sewaktu proses kelahiran tadi..

Maka tinggalkan Danial di Hospital sementara aku dah balik rumah dulu. Hari2 pegi hospital utk susukan dia. Ada satu masa tu, otw pegi hospital, kereta terlanggar anjing. Radiator pecah, anjing punya perut pun pecah... hahaa. Drama betul la...

Oh, waktu hantar susu tu la, aku belasah makan pizza island supreme kat dalam kereta. Ade ke patut asben beli pizza bawak balik, waktu tu dah le aku tgh lapar sbb baru lepas susukan baby. Harusla aku ngap pizza disitu jua. Makan pizza selepas 3 hari bersalin.. ko mampu??? 7 hari lepas tu dah bawak kereta plak... ko hado??? Heheheh. Sila jangan tiru. Ape2 hal tanggung sendiri.

Alhamdulillah, Danial membesar bagai johan.



Tengok pipi la.. dah macam kuih pau.
;)




aku suruh asben beli kek SR 2 slice aje. Rupanya dia pegi kedai kek lain dah beli kek kecik2 yg rasa sama tapi icing je lain warna dan corak. Dia beli jugak pavlova dan red elvet cake. Hehe. Tenkiula daddy... sorry mummy makan 1 sudu je. Tak lalu nak telan semuanya manis2 belaka. I am sweet enough! Hehe..

Semoga Danial menjadi anak yg soleh. Yang sentiasa mendoakan mummy dan daddy, menjaga kakak dan adik, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Amin....

Eh, panjang rupanya entry kali ni.

2 comments:

KaMi said...

Happy Belated Birthday Danial.. Aunty tak sempat nak wish on that day.. Sila membesar sebagai JOHAN dalam semua kategori.

Mami-Sue said...

Semua kategori?? Errr.. seram pulak memikirkannya... ;)