Pages

18 May 2013

Live update from Lexis Hotel, PD.

Assalamualaikum....

sementara encik suami ada seminar disini, 3 hari 2 malam... kitorang anak beranak pun mengekor la. saje kasi fully utilise semua fasiliti hotel. kalau tak rugi je kompeni bayar bilik mahal2, sekadar utk tido beberapa jam. kan?



see? alangkah ruginya jika bilik sebegini besar didiami cuma seorang... hehe

bath tub itu cukup membuatkan budak tiga orang ini gumbira riang. takde private pool pun takpela. kita pegi public pool sudah.

bila dah masuk air, masing2 lupa daratan... and takmo naik ke daratan. mak pun tompang sekali mandi. dah tua baru pandai berenang, agaknya sebab dah ada pelampung semulajadi. :)

pemandangan dari balkoni, hotel grand lexis yang terletak bersebelahan. ada private pool, memang menarik. menarik duit keluar dari poket pun iye jugak. silalah booking jika berminat. aku tak minat, sbb kecik sangat pool tu. tak boleh nak buat kuak lentang. hehe. kata2 penyedap hati.

bekalan wajib ketika menginap di hotel. tak kira hotel berapa bintang pun. makan megi di hotel adalah 15 kali lebih sedap berbanding di rumah. tak caya boleh try. sekian laporan dari pd. nak membute jap. petang kang nak berendam lagi.

No comments: