Pages

18 May 2013

Live update from Lexis Hotel, PD.

Assalamualaikum....

sementara encik suami ada seminar disini, 3 hari 2 malam... kitorang anak beranak pun mengekor la. saje kasi fully utilise semua fasiliti hotel. kalau tak rugi je kompeni bayar bilik mahal2, sekadar utk tido beberapa jam. kan?



see? alangkah ruginya jika bilik sebegini besar didiami cuma seorang... hehe

bath tub itu cukup membuatkan budak tiga orang ini gumbira riang. takde private pool pun takpela. kita pegi public pool sudah.

bila dah masuk air, masing2 lupa daratan... and takmo naik ke daratan. mak pun tompang sekali mandi. dah tua baru pandai berenang, agaknya sebab dah ada pelampung semulajadi. :)

pemandangan dari balkoni, hotel grand lexis yang terletak bersebelahan. ada private pool, memang menarik. menarik duit keluar dari poket pun iye jugak. silalah booking jika berminat. aku tak minat, sbb kecik sangat pool tu. tak boleh nak buat kuak lentang. hehe. kata2 penyedap hati.

bekalan wajib ketika menginap di hotel. tak kira hotel berapa bintang pun. makan megi di hotel adalah 15 kali lebih sedap berbanding di rumah. tak caya boleh try. sekian laporan dari pd. nak membute jap. petang kang nak berendam lagi.

17 May 2013

Salam Jumaat

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas olehNya. Hari ni Jumaat 17 Mei 2013, dah masuk bulan Rejab. Tak lama lagi Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu...

Hari ini juga, hp rosak. Lepas terjatuh kat dalam kereta tadi, terus off... gegaran otak agaknya. Maka terpaksalah guna hp lama:

Nokia 6220 classic
MORE PICTURES
no more pesbuking, no more googling thru hp.
pasrah
 
 
Lama betul blog tak berhapdet. Blog ni sekadar batu loncatan utk ke blog2 lain.
kesian dia. doa2 semoga blog ni tak berkubur. amin...
 
Photo: Wall of art
 
lukisan kami sekeluarga
paling atas sekali tu, mem punye. gila kuasa, memang dia dok atas sekali... haha.
baris kedua kiri, Danish. mak luliskan, dia warna. sebelah tu pulak , daddy.
baris ketiga kiri, nadhirah. sebelahnya, gunung berapi Danial.
 
lukisan ni semua terhasil waktu nadhirah praktis melukis utk exam. sekarang ni, soalan exam utk pendidikan sendi dapat seminggu lebih awal. jadi, murid ada masa nak prepare. mak bapak pun time ni lah nak tunjukkan bakat terendam masing2.
 
 
ok, mak nak pegi kedai beli ikan. apelagi tugasan hakiki seorang surirumah. kang kalo aku kata nak g main golf, korang bukan percaya pun kan.
 
bye, selamat berhujung minggu.