Salam.
Percutian singkat ke Cameron Highland (CH) pada 9-10 Mac 2013. Hari Sabtu, mula servis kuda putih. Punye lama servis, dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. 7 jam bertapa kat pusat servis. Sungguh menguji kesabaran.
Oleh itu, lewat petang Sabtu itu barulah kami bergerak ke CH. Berpandukan GPS di kuda putih, kami menaiki CH melalui Tapah. WGS punya syiok layan selekoh (ngepeng- bahasa JAWA). Aku pulak dah pening-mabuk-nak muntah.
Sampai atas lebih kurang 8.30mlm. Berhenti sekejap, sebab nak booking hotel online. Dah cuba call direct ke hotel, tapi kebanyakkannya penuh. Kalau ada pun bilik mahal, RM400/mlm. Fuh, tak mampu…
Sementara WGS setelkan booking hotel, aku dah bluekkkk kat luar. Nasib baik dah stanby plastik. hahahha… dah lama rasanya tak muntah. Sekali muntah, trauma rasanya.
Alhamdulillah, dapat jugak bilik. Family Suites di Iris Guest House
pinjam gambar ye
1 katil king, 1 queen, 2 single.
lebih dari cukup
ada drama masa nak cek in hotel ni.
kitorang booking melalui AGODA. lepas booking online, terus bayar melalui kredit kad secara online jugak.
tapi bila nak cek-in, staf hotel kata bayaran diorang masih belum terima. so takboleh nak cek-in. terpaksa swipe kad manually. WGS bantah jugak, sbb kata dah buat transaction online. tapi staff tu nak jugak swipe kad kredit lagi skali. okla, kitorang pun bagi.
selesai cek-in, masuk bilik… puas hati dengan keadaan bilik yg besar dan selesa.
tapi WGS tak puas hati, takut double charge kad kredit. terus dia call maybank customer servis. dan konfem, memang double charge. ada masalah antara Agoda dan Hotel. procedure tak sama, dan pelanggan jadi mangsa. nasib baik boleh setel.. agoda akan refund dlm masa 10 hari.. terus WGS tobat takmo guna AGODA lagi. taknak pisang berbuah 2 kali.
(*takmo guna agoda lagi? maksudnya ada percutian lain lah lepas ni yer?? hehehehe)
muka teruja
aktiviti wajib ke CH ni tak lain tak bukan, petik stroberi.
penuh satu bekas, lebih kurang sekilo. RM50.
danish main petikkkk je sesuka hati dia. asal nampak merah je, dia petik.
penat jugak nak memanjat, sbb kebun stroberi ni terletak di lereng bukit.
then ke tempat cendawan pula. kat sini tak beli apa2, sekadar melihat.
pelik2 bentuk cendawan diorang tanam. taktahu la untuk dibuat sayur atau untuk buat ubat. kalau masak, ngeri pulak nak makan.
misi diteruskan ke ladang teh
dah namanya nak ke ladang, janganlah korang nak bergaya dengan kasut tumit tinggi. tengok tangga tu, sikit punya curam.
pokok teh dari dekat, utk siapa yang tak kenal.
suka betul dapat petik daun teh
tiap kali berhenti, mesti ada acara isi perut.
tempat sejuk buatkan perut sentiasa lapar.
ceh, alasan.
@ kilang teh BOH.
yeay, dapat beli my fav drink. vanilla teacino
next: cactus point…
dapatlah beli beberapa pasu kaktus. 6 ketul RM10. boleh la… bajet.
mintak WGS bunga ros, tapi tak jumpa. yang jumpa bunga ni… beli la. beli juga tanah dan pasu… balik rumah transfer.
rupa2nya pasu tu pelik. alas pasu dia terlekat. so, air tak bole mengalir keluar. bunga cantik atas tu cuma bertahan selama 3 hari je. lepas tu layu membusuk, sbb akar terendam. (tahu lepas buat post moterm.. )
takpela, dah umur bunga tu tak panjang.. apa nak buat. asalkan kasih sayang orang yang bagi bunga tu berpanjangan, sudah! haha… saje jekk lebih sket. mana tahu dia nak belanja pegi korea ke….. kan? kan? kan?
sekian cerita serba sedikit pasal CH.
4 comments:
dah pegi dah? kami insyaAllah cuti sekolah nanti nak ke cameron..lama dah tak pegi sana..rancang nak mengawan..hahahahahahahahaha
pergh.. nak mengawan tu yg tak tahan tuuu.. hehehe. lawak le akak ni.
lamanya tak p cameron highland.. teringin pulak nak p bila baca entry ni
FzaH@3PiXs,
silakan pergi... memang best. tapi cuti sekolah, sesak sikit la. :)
Post a Comment