Pages

22 February 2013

Wedding WG

WG adalah singkatan untuk Wak Ghani. Adik husband.

Dia ni memang penuh dengan kejutan.

Tiba-tiba bagitau ada Makwe.

Tiba-tiba bagitau nak bertunang.

Tiba-tiba bagitau nak kahwen.

Tiba-tiba bagitau nak pergi Korea balik.

 

Errrrrr….

 

2013-02-17 14.52.58

gambar guna kamera cabuk, macam ni la. pasrah…

 

Apapun, selamat menjalani hidup berumah tangga. Ingat pesan P.Ramlee:

 

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri…”

 

 

Trademark kenduri kat Muar, ada persembahan Kuda Kepang dan Barongan. Memang itu yang dinantikan… best gila.

 

P2180623

Pemuzik gamelan

Semua pangkat super senior. Harap- harap adalah pewaris generasi baru yang akan menggantikan mereka. Sayang jika seni ini terkubur lupus ditelan zaman..

 

 

P2180619

Danial: Mummy, Atok tu tengah buat apa?


Mummy: Atok tu tengah gosok gigi rimau.


 

Danial: Yeke, Mummy? Dia tak guna ubat gigi pun??


Mummy: Memang la, sebab ubat gigi KODOMO LION tu untuk lion je. Belum ada lagi ubat gigi KODOMO TIGER. Tapi TIGER BALM ade la.

. Dialog palsu sebenarnya. Sila jangan percaya

 

 

P2180620

“Gigi aku dah gosok, chantek tak?”

tanya harimau itu kepada Danish.

 

 

P2180615

Amboi, jauh termenung kak? Tengok apa tu….?

 

P2180616

Ohh, akak atas tu tengah tengok ayam pusing la… dia lapo agaknya.

hihihi

(rasa comel pulak gelak macam tu. )

 

 

P2180614

mengintai dari tirai kamar

 

2013-02-17 14.49.21

panji semerang menyambut ketibaan mempelai

 

 

2013-02-17 14.03.59

watak kesukaan aku

aku panggil dia kak TON. mcm serasi pulak dia dengan nama tu.

nama kak TON takde kena mengena dengan kak TON comel yang selalu keluar TV tu ye. sebab kak TON yang ni lagi super duper comel. senyuman menawan. bertahi lalat. tak payah minum kolagen, natural beauty gitu.

 

 

2013-02-17 14.03.31

oh, pakcik ni pun buat show masa aku kahwen dulu… tahun 2003.

alhamdulillah, dapat lagi jumpa pakcik. tapi masa majlis saya dulu, pakcik seksi tak pakai baju. eh, tapi saya tak rasa pakcik seksi. saya rasa pakcik comel.

 

 

2013-02-17 14.17.03

ini hero phojaan malaya. kiranya kalo dalam drama swasta, dia ni macam rosyam noor lah. bila ada adegan penting baru dia perform. kalau tak dia dok belakang tabir.

oh, dia ni tak comel. tapi dia macho. sebab dia pegang tali utk melibas kuda kepang. gila tak macho. risau je aku, takut dia terlibas penonton2 kat tepi dia tu…terus masuk sok khabar hairan metro.

 

 

image

tu dia abang panji semerang tengah melibas barongan…

 

 

 

image

budak kecik tiga orang ni watak baru. sebelum2 ni diorang takde. best jugak budak2 nih. lagi2 yang pakai seluar biru tu. stylo habis. kalo ada award artis harapan, memang dia boleh menang. eh..?

 

 

 

image

Pakcik tu bukan tengah bersenam ye. Tapi dia tengah tak sedar diri tu.. agaknya semangat harimau dah meresap ke dalam badan. punye la dia merangkak, nak mencari kuda kepang.

 

 

image

budak baju putih tu perform tarian kuda kepang. terpaksa panggil dia dan kuda nya sekali. sebab harimau jadian tu nak buat spot cek. aku agak2 aje la...

 

 

image

tengok tu, disondol2 nya kudang kepang budak tu. muka budak tu pucat semacam, agaknya sebab takut dia pulak kena sondol… hehehe.

 

 

image

tetamu kehormat pada hari itu. sapa lagi kalo bukan PAK LAH.

siap disediakan kerusi utk menonton barongan. ko berani nak suruh PAKLAH berdiri?? Kena saman nanti.. takpun kena tumbuk dengan menantu dia yang gangster kampung dusun tu..

 

 

sekian cerita barongan.

 

eh, macam tak selari je ngan tajuk…. patut kena letak tajuk:

 

KAK TON YANG KU SAYANG, KU RINDU PADAMU

 

hahahaha

 

 

 

3 comments:

anoi said...

hahaha..glemer kak Ton.. i like..Pak Lah olso...lebiu.... ;))

ida ibrahim said...

xpernah tgk la tarian kuda kepang & Barongan..siap xsedar diri eh su..

sue said...

kak ton memang glemer. next time kalo jumpa kak ton, aku nak mintak dia sign otograf..

wan, lepas ni kalau ada majlis mcm ni lagi, aku jemput ko ye...