Pages

22 December 2012

Syoknya balik kampung

PC080453

bila dapat bermesra bersama arnab2 atok.

 

 

PC080452

terima kasih atok kerana sudi melayan karenah cucu2 atok.

walaupun atok sebenarnya risau arnab2nya dikerjakan oleh hero berdua itu.

 

 

 

PC080458

yang ni spesel kata atok, sebab ada jambul.

 

 

PC080479

dapat makan buah rambutan sedap.

rambutan gula batu. kecik, comel, manis dan menawan.

sama macam tuan dia, atok.

hehe

 

 

PC080461

pagi2 pergi petik cendawan yang tumbuh meliar di belakang rumah.

atok saje taknak cabut semua, sebab nak bagi aku tengok live.

dia tahu anak dia ni memang eksaited pasal kebun.

pokok kelapa tu kalau boleh dia nak try panjat, tapi atok tak bagi.

percaya ke? kekekeke

 

 

PC080464

seronoknya dapat rasa petik cendawan sendiri.

kitorang masak sup aje. menu sihat dan menyegarkan.

 

 

 

PC080471

sebahagian dari hasil tuaian

hasil sebenar adalah 4 kali ganda dari ini.

banyak sampai tak termakan.

 

 

atok memang suka sangat berkebun. macam2 yang atok tanam. pernah dulu atok tanam sayur2an. sawi, kangkung, bendi, terung, cili. bila dah banyak sangat, atok sedekahkan kat jiran2.

 

dulu atok bela ayam. tapi bila harga dedak ayam melambung2 macam harga rumah, terus atok stop. tak larat nak maintain katanya. now fokus pada burung dan arnab aje. itupun kadang2 atok mengeluh, kata banyak modal nak beli makanan haiwan ternakan dia. tapi bila kita suruh berhenti membela, atok taknak…

 

nak buat mcm mana kan, itu aje cara yang buat atok gembira. takpela. asalkan kesihatan atok tak terganggu, udahle. atok gembira, kami lagi suka.

 

semoga atok sihat selalu, dipanjangkan usia, dan dirahmati Allah…

kami sayang atok!

19 December 2012

Menu Cuti Sekolah

Photo: Kita men-donut hari ini.<br />Jemput makan semua...<br />^_^

donut gebu gebas

resepi chef hanieliza

 

DONUT
Bahan A

600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan
Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener


Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin


Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

 

 

 

Photo: Apple pie resepi cmg.<br />Fav danial. ;)

Apple Pie

resepi CMG

 

BAHAN INTI EPAL :
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula peerang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam


BAHAN LAIN :
Puff pastry secukupnya (mat guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.

 


CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula peerang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan

 

 

 

home made ice cream

resepi dari MyResipi

 

 

Bahan:

2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)

2 cawan coffemate

1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

 

 

 

Cara-cara
  1. masuk semua bahan dalam ice cream maker, tunggu 20 min, siap.. ataupun guna cara di bawah.
  2. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan

 

ice cream maker, hadiah dari WGS

dia lebih rela belikan bini dia gadget dapor daripada DSLR. membazir katanya.

ok, saya yang menurut perintah.

 

I lebiu lah!

 

 

11 December 2012

Aktivit Cuti Sekolah #2

Bersuka ria di kolam renang Precint 16, Putrajaya.

 

PB300389

kanan sekali, BFF Nadhirah, Nabilah. merangkap jiran depan rumah.

tahun depan duduk satu kelas.

lagi lah melekat macam belangkas..

 

 

PB300391

ok juga pool ni, ada slide kecik. bayaran pun murah, cuma RM2 utk dewasa dan kanak2.

 

 

kolam renang dewasa

gambar dari web ppj

 

 

Painting

 

PC060434PC060431PC060433

PC060443

kononnya sarang telur tu nak dibuat caterpillar. tapi terbengkalai.

mak malas nak cari tali dan lain2 tools.

 

 

PC060444

habis mengecat di kertas, kita cat muka pulak.

 

 

PC060437

danial cat tangan toyol katanya

 

 

Water Balloons War

 

PC060413

belon yang sudah diisi air

 

PC060423

seronok sakan, dapat main air.

kasi can lah, mood mak baik hari tu… haha

 

 

 

Movie time: Wreck-it RALPH

 

PC050402

best sangat cerita nih.

nak donlod torrent, nanti boleh tengok banyak kali

06 December 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong

Stadium Shah Alam

 

Kami (kecuali Nadhirah), Amer, Ghani dan Gafar. Stadium lengang, mungkin sebab perlawanan dibuat pada hari kerja.

 

PB150476

Pengalaman pertama menonton perlawanan bola sepak di stadium. Mula2 dulu terfikir, kenapalah orang suka sangat pergi stadium. Bersesak-sesak. Tengok kat rumah kan lebih bagus.

 

Tapi bila sendiri dah rasa, best pulak.. hehe. Seronok dia lain macam tau. Terutama sekali ketika upacara menyanyikan lagi Negaraku di pembukaan. Fuuhh, berdiri bulu roma. Boleh lihat aksi pemain di padang (yang tidak di captured oleh jurukamera tv). Gelagat penonton juga macam2, buat kita tak kering gusi. Selain dari tu, boleh jugak shopping kat stadium. WGS bengang je, sbb dia kata pompuan ni kat stadium pun boleh shopping. Nasibla kan.

 

Pergi pakai baju lain. Sampai sana, semua pakat beli baju bola and tukar. Baru best, seragam je semua. WGS beli juga, tapi dia malas nak tukar.

 

 

 

 

 

 

Piala Suzuki 2012 Malaysia VS Singapura

Stadium Bukit Jalil

 

PB260367

Pengalaman pertama Nadhirah. Sebab masa tengok bola sebelum ni, dia tak ikut. Dia dok kampung seminggu.

 

 

PB260358

Berbeza dengan perlawanan persahabatan dulu, stadium lengang. Tapi kali ni, stadium penuh. Tempat duduk yang view bagus, semua penuh sampai ke tangga. Maka duduk lah kami anak beranak di view yang tak berapa bagus iaitu di belakang gawang. Ok jugak, senang nak ber gambar-gambaran.

 

 

PB260370

Happy je walau duduk kat mana2.

 

 

PB260380

Punyalah ramai umat pada hari itu, sampai parking pun penuh. WGS terpaksa parking nuuun jauh ni depan TPM. Berjalan kaki beramai2 ke stadium. Seronok punya pasal, tak terasa penat pun. Gambar tu waktu balik dari stadium. Seronok je budak bertiga tu, dapat tiup trompet sesuka hati. Takde sape nak marah.

 

Masa kat stadium, ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Bilamana menyaksikan pasangan ibubapa membawa bawi kembar berusia lebih kurang 2-3 bulan ke stadium. Leher pun lembik lagi.. nangis ajeee baby tu. Mana taknya, bising kan… dengan asap rokok sana sini. Paling best, tangan kiri bapak pegang rokok, sementara tangan kanan kendong baby. Hebat lu, multi-tasking. Tapi otak letak kat lutut. Memang aku kagum sangat dengan diorang ni. Macam mana boleh terpikir nak bawak baby menonton bola. Ada sekali tu, budak2 yang duduk dekat dengan baby tu tiup trompet.. tapi kena tegur dengan penonton lain, cakap jangan tiup sbb ada baby (sambil menunjuk ke arah baby kembar itu). Adoilaaa… orang lain pun boleh pikirkan baby tu, tapi mak bapak dia buat muka sardin aje. Patut aku tiup trompet tu bebetul kat lobang telinga makbapak baby tu. Kasi sedar sikit.

 

 

Overall, pengalaman yang best. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

 

1. Keluar awal untuk mendapat parking yang dekat dan strategik

2. Bawa bagpack untuk memudahkan aktiviti penyeludupan jajan. Juga menyumbat hasil shopping di stadium.

3. Kuaci adalah jajan wajib ketika menonton bola.

4. Jika membawa anak2, sila pastikan wet tissue dibawa bersama. Tak payah keluar pegi toilet semata2 nak basuh tangan yang melekit. (Danial lah tu…. tangan dah comot sebab makan cheezles, kecoh ajak pegi toilet. Aku suruh jilat je, dia taknak. haha)

5. Sila bawak duit. Yela, nak beli tiket pakai apa kalo takde duit?? Duit2 lebih tu boleh la laburkan pada peniaga2 di luar stadium. Nak beli jersey ke, mufler ke, payung ke, rambut pelesu pun ada. Mari kita menjana ekonomi peniaga kecil.

 

Sekian.

 

PB150475