Pages

17 November 2012

Hapdet sekali harung, kira halal lah ye?

 

Alhamdulillah, pada 4 Nov 2012 PIL dah selamat tiba ke tanahair pulang dari mengerjakan fardhu Haji. Suasana sayu ketika menyambut ketibaan mereka di rumah, bersama hujan yang turun mencurah.

 

image

 

image

 

image

 

image

 

image

 

Mereka sampai lebih kurang jam 4 petang. Malam tu, selepas isyak FIL dimasukkan ke hospital kerana asma yang agak kronik. Seminggu juga FIL ditahan di wad. Alhamdulillah, sekarang dah balik rumah dan keadaan beliau semakin sihat.

 

 

PA270313

di pagi hari raya aidiladha yang lalu. pertama kali kami beraya di rumah sendiri.

best juga. takde susah2 nak packing baju, packing lauk pauk.

 

PA270314

malam tu abah dan abangah pun sampai. ni meja VIP, tapi siap keluar periuk terus letak atas meja. ko mampu?

 

 

PA270316

kanak-kanak sila makan di luar ditemani kicauan burung. sebab korang pun bising jugak macam burung, asyik berkicau aje.

 

PA280324

hari raya kedua. diorang layan gokart kat litar sepang, lepas tu bowling kat alamanda. sementara aku balik selayang bawak abah sebab abah nak bagi haiwan ternakan dia makan, lepas tu balik bsp semula. abah punya pasal, ku ikut sahaja…

 

 

PA280337

jumlah semua arnab abah hampir mencecah 20 ekor. sangat subur membiak. makan pakai cukup, ape lagi nak buat kan. besarkan keluarga ajela kerjanya.

 

 

PA280333

ko mampu? reban arnab pun berkunci tau…

membuktikan betapa kasih dan sayangnya abah pada haiwan ternakan beliau.

semoga abah dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu.

 

^___^

No comments: