@ Selayang
membuat mee kuning. halal dan toyyiba.
bebas bahan pengawet.
mastercheff adalah kaklong. nak harap aku buat sendiri entah bile. mesin mee dah lama beli. tapi sejak beli benda tu dok bertapa dalam stor, tak pernah keluar kotak pun.
hebat kan. sila kagum.
all time fav. sambal goreng. oleh mastercheff sapa lagi kalau bukan kaklong. kalau dia ada, memang dia la yg masak. dan masakan dia pulak 99% menyamai masakan arwah emak. oohh, rindu nya dengan emak. al-fatihah. moga mak tenang dan damai di sana.
thanx to kaklong yang sudi melayan selera anak tekak aku. cakap je nak makan apa, zassss dia masak. I lap u very much la. aku tau dia pun sayang aku jugak, sbb tu dia layan jeee… keh keh.
so, 2 menu kaklong dah masak. aku masak apa?
menu aku lagi hebat. korang pasti kagum.
nak tahu?
kredit gambar kepada blog INI
lempeng je beb. cicah ngan sambal ikan bilis. fuh, memang larisss. tak sempat sejuk, dah lesap dari pinggan. siap Q lagi… sape nak kena tunggu lempeng masak. sebenarnya lempeng ni permintaan abang ngah. manja kan kitorang? aku nak makan, mintak kaklong masakkan. abang ngah nak makan, mintak aku pulak masakkan.
@ ZOO
berjaya memujuk ayahanda kesayangan ikut sekali ke zoo. yelah, abah tu asyik mengadap arnab dan burung je (bela). sesekali kita tgk haiwan lain pulak. haiwan pemangsa gitu..
menanti mulanya show
oh, kelihatan WGS seperti bertafakur disitu.
alololo… pandai nya dia mengimbang bola guna hidung.
gambar di snap dari atas tram. vontot pun vontot lah.
ewah, santai nampak?
ni bape lama tak syampu haa? kusut masai. meh sini aku sikatkan.
jadi macam ni, ok gak kan?
kuih badak berendam.. kaler ijau
sumber gambar di SINI
rupa sebenar badak berendam. kaler coklat.
sape pencipta kuih tu memang tipu. mana ada badak kaler ijau.
haa.. kan dia dah marah
ini budak bertenaga sepanjang masa. tak tahu penat.
nadhirah kata kude ni mcam pompuan, sebab ada rambut depan.
habis melawat zoo, masing2 dah kelaparan.
vroom kita ke Suzi’s Corner. katanya mereka menghidangkan steak yang sedap dan murah… (mengikut kata survey di gugel).
rupa sebenar restoran yang diperkatakan itu.
selekeh je. kedai mamak pun lebih gempak dari ni.
gambar dari SINI
antara menu kami:
sirloin steak utk nadhirah
ntah hape nama menu ni
masakan lubnan
roti nan for me
jimat.. hehe
abah dan danial makan nasi putih.
tengok belakang tu, punyer ramai mat salleh. 90% pelanggan pada hari itu adalah mat salleh. bakinya rakyat tempatan. memang terkejut kitorang. rasa macam makan kat amerika pulak.
yang lawaknya, yang melayu makan steak. mat salleh pulak makan satey.
pertembungan 2 budaya.
pendapat peribadi aku, takdela best pun tempat ni. memang steak dia murah kalau compare steak kat Victoria Station. tapi, kat VS sana ada salad dan baked potato. kat sini bagi fries and steam vege je. senang kata, not my taste la. for me, biar la mahal sket, asal tempat tu selesa and bersih. bukan selalu pun nak makan makanan barat ni kan. sesekali ubah selera apa salahnya.
abes sudah.
No comments:
Post a Comment