Pages

26 October 2012

Berkorban Apa Sahaja

rayahaji

Selamat meraikan Hari Raya Aidiladha kepada semua sanak saudara, muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Bersama ibu bapa mertua yang ketika ini sedang menunaikan rukun islam ke-5. Semoga emak dan abah diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Amin….

 

Jom baca cerita di bawah…


 

Asal-Usul Aidiladha

 

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

 

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

 

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

 

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

 

 

 

Pengenalan

 

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

 

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

 

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

 

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

 

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

 

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

 

 

*sumber dari SINI

16 October 2012

Live update: Perodua Service BBB


Kuda hitam sedang diservis. Belum pun cukup 10,000km.. baru 8000. Tapi oleh kerana hubby dah komplen bunyi enjin dah kasar, maka saya yg menurut perintah. Malam nanti i bagi u bill ye bang? Esok jgn lupa transfer kat maybank i balik. Kalau transfer mlm ni laaaagi bagus.. i lap u very strong.  ;)

Gambar kat atas tu adalah meter motor kitorang. Jgn tak tahu, kita ada motor tau.. suzuki ego. Skuter da. Tapi untungnya motor tu, sbb saya tak pandai bwk. Silalah gelakkan saya. Saya anak abah, sbb abah pun tak pandai bwk motor. Comel kan abah saya?

Jarak perjalanan motor tu paling jauh adalah dari kedai balik ke umah. (masa beli le tu). Lepas dari tu, motor tu hanya guna pegi pasar malam/ramadhan, pegi kedai, pegi surau dan pegi sekolah. Rasanya motor tu cuma bergerak dalam lingkungan radius 5km dari rumah. 

Kalau nampak mileage motor tu cuma 368km, untuk tempoh 1 tahun 3 bulan. Belum pernah servis pun. Isi minyak pun baru berapa kali, ntah2 tak sampai 10 kali pun.   

Untung ko motor. Kalau tak dah lama cecah 1000km aku bwk pegi selayang. Heh, berani ke? Angan2 je la..

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 October 2012

Percuma Kuasa Dua!

Semua kat atas tu adalah free item dari nescafe (mug), marigold (pinggan plastik) dan HL (towel kecik).

Semua benda kat atas tu aku dapat percuma.. benda percuma yg aku dpt secara percuma. Tanpa perlu beli barang yg sepatutnya melayakkan aku menerima gift tersebut.
Ini semua sebab aku selalu sangat shopping kat kedai dia (or kedai bapak dia, tidaklah aku tahu). Kadang2 tu sehari sampai 2-3 kali ke kedai dia. Dia pun dah cam.


Mula2 dulu, dia jual mug nescafe tu RM2.00/pcs. Aku nak beli and masa nak bayar tu sesaje le cakap kat dia, "benda tu sepatutnya percuma kan?"

Agaknya terkejut dengab soalan berani mati aku tu, terus dia bagi percuma kat aku. Bukan 1, tapi 3.
Now bila aku ke kedai dia, and beli banyak barang, aku akan mintak le apa2 item yg dia boleh bagi percuma. Dah berlebihan nanti, aku lanting2 kan kat orang lain. lanting? hehehe

Sikap budak peniaga tu aku puji, sbb tak lokek. Tapi tindakan dia menjual barang2 percuma tu sangat tak sesuai. Sbb tu selagi boleh, biar aku sapu bersih semua barang percuma kat kedai dia tu. Mug ke, pinggan ke, kain lap ke, ada aku kesah? Orang dah bagi, kita ckp terima kasih sudah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

09 October 2012

Cikgu taknak bagi takpe, aku buat sendiri

Kejadian malam semalam, sewaktu menemani Danial buat kerja sekolah.

 

2012-10-08 20.47.17 Oh, cikgu dah tanda.. bagus. Dapat A lagi…

 

 

2012-10-08 20.47.37

Eh, tapi kenapa sopan sangat A tu? Tak macam tulisan cikgu pun…



”Fuiiyooo, Danial dapat A lah!”

 

“Ha ah..” jawab Danial dengan muka selamba tak boleh blah.

 

“Eh, kenapa macam lain je A ni? Danial tulis sendiri ke?”

 

“Ha ah.. abang yang tulis sendiri” (masih dengan muka selamba, takde rasa bersalah langsung)

 

Haiiiii yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

ini macam pun boleh ka?

05 October 2012

Bengong!


Rajin tak bertempat.
Lokasi di BSP.

04 October 2012

Aktiviti Hujung Minggu

@ Selayang

 

P9300147

membuat mee kuning. halal dan toyyiba.

bebas bahan pengawet.

 

mastercheff adalah kaklong. nak harap aku buat sendiri entah bile. mesin mee dah lama beli. tapi sejak beli benda tu dok bertapa dalam stor, tak pernah keluar kotak pun.

hebat kan. sila kagum.

 

 

P9300145

all time fav. sambal goreng. oleh mastercheff sapa lagi kalau bukan kaklong. kalau dia ada, memang dia la yg masak. dan masakan dia pulak 99% menyamai masakan arwah emak. oohh, rindu nya dengan emak. al-fatihah. moga mak tenang dan damai di sana.

 

thanx to kaklong yang sudi melayan selera anak tekak aku. cakap je nak makan apa, zassss dia masak. I lap u very much la. aku tau dia pun sayang aku jugak, sbb tu dia layan jeee… keh keh.

 

so, 2 menu kaklong dah masak. aku masak apa?

 

menu aku lagi hebat. korang pasti kagum.

 

nak tahu?

 

kredit gambar kepada blog INI

 

lempeng je beb. cicah ngan sambal ikan bilis. fuh, memang larisss. tak sempat sejuk, dah lesap dari pinggan. siap Q lagi… sape nak kena tunggu lempeng masak. sebenarnya lempeng ni permintaan abang ngah. manja kan kitorang? aku nak makan, mintak kaklong masakkan. abang ngah nak makan, mintak aku pulak masakkan.

 

 

@ ZOO

 

PA010177

berjaya memujuk ayahanda kesayangan ikut sekali ke zoo. yelah, abah tu asyik mengadap arnab dan burung je (bela). sesekali kita tgk haiwan lain pulak. haiwan pemangsa gitu..

 

 

 

PA010194

menanti mulanya show

oh, kelihatan WGS seperti bertafakur disitu. 

 

 

PA010206

alololo… pandai nya dia mengimbang bola guna hidung.

 

 

PA010216

gambar di snap dari atas tram. vontot pun vontot lah.

 

 

 

PA010220

ewah, santai nampak?

 

 

PA010226

ni bape lama tak syampu haa? kusut masai. meh sini aku sikatkan.

 

 

Most Epic Shampoo Ad, head and shoulders ad featuring a lion

jadi macam ni, ok gak kan?

 

 

 

kuih badak berendam.. kaler ijau

sumber gambar di SINI

 

 

PA010241

rupa sebenar badak berendam. kaler coklat.

sape pencipta kuih tu memang tipu. mana ada badak kaler ijau.

 

 

PA010242

haa.. kan dia dah marah

 

 

 

PA010245

ini budak bertenaga sepanjang masa. tak tahu penat.

 

 

PA010263

nadhirah kata kude ni mcam pompuan, sebab ada rambut depan.

 

 

habis melawat zoo, masing2 dah kelaparan.

 

vroom kita ke Suzi’s Corner. katanya mereka menghidangkan steak yang sedap dan murah… (mengikut kata survey di gugel).

 

rupa sebenar restoran yang diperkatakan itu.

selekeh je. kedai mamak pun lebih gempak dari ni.

gambar dari SINI

 

 

antara menu kami:

 

PA010267

sirloin steak utk nadhirah

 

 

PA010268

ntah hape nama menu ni

masakan lubnan

 

PA010270

roti nan for me

jimat.. hehe

 

PA010266

abah dan danial makan nasi putih.

 

tengok belakang tu, punyer ramai mat salleh. 90% pelanggan pada hari itu adalah mat salleh. bakinya rakyat tempatan. memang terkejut kitorang. rasa macam makan kat amerika pulak.

 

 

yang lawaknya, yang melayu makan steak. mat salleh pulak makan satey.

pertembungan 2 budaya.

 

pendapat peribadi aku, takdela best pun tempat ni. memang steak dia murah kalau compare steak kat Victoria Station. tapi, kat VS sana ada salad dan baked potato. kat sini bagi fries and steam vege je. senang kata, not my taste la. for me, biar la mahal sket, asal tempat tu selesa and bersih. bukan selalu pun nak makan makanan barat ni kan. sesekali ubah selera apa salahnya.

 

 

abes sudah.