Bangi – Selayang – Perak – Kedah – Pulau Pinang – Bangi
dalam masa lebih kurang satu hari
Bertolak dari Selayang hari Sabtu pukul 9.30 malam.
Sampai Bangi semula pada hari Isnin 2.00 pagi.
memang gila, taubat tak buat trip macam ni lagi. walaupun hubby kata dia ok je nak drive, tapi aku yang dok sebelah ni pun seksa. nak tido, rasa bersalah pulak. tak tido, kepala sakit macam nak pecah (mengantuk punya pasal). ehehe
Apapun terima kasih kepada hubby atas percutian singkat yang tidak dirancang ini. Penat tak penat, jatuh no 2. Yang penting kita habiskan masa bersama2, anak2 pun seronok..
Antara gambar yang sempat di rakam:
deluxe room @ Bukit Merah Laketown Hotel
booking thru agoda website masa otw ke perak (kat hiway je, sib baik ada 3g)
rate Rm220 termasuk cukai ntah hape kebenda
(gambar dari web agoda)
created by waterpark’s staff
itik dan ikan berebut roti yang dicampak oleh anak2 ku..
selambe je budak2 ni masuk dalam café, ambik makanan pastu campak masuk tasik. kira ok la kot, budak2 kena caj RM16/sorang utk sarapan. kita bagi sikit kat ikan dan itik.
jeti ke pulau orang utan. boat disediakan utk mengangkut kita ke pulau tu. kita pula sediakan aje la tambangnya. kitorang tak pergi pun, melainkan benda tu free. setakat orang utan, kat tv berlambak.. (kata2 menyedapkan hati)
harith, suka betul main air. sampaikan nak tertido dalam air.. mengantuk punya pasal
rombongan cik kiah diteruskan ke p.pinang… naik ferri jom!
ataih ferri
muka2 kejakunan, kecuali yang berbaju oren sedondon itu.
nak ambik gambar ferri sendiri tak bole, kita snap pic ferri lain.
hape benda ni ntah? taktau.
pekena pasembor di medan selera padang kota lama.
macam tu je, RM15. hebat.
tengok tu, orang yang nak ambik order lebih ramai dari orang yg nak meng-order.
memang terkejut aku tengok cara diorang ni. sampai konpius aku, tadi order dengan sapa? gerai yang mana? muka dah la lebih kurang je.
char kuey teow, sotong kangkung, sotong bakar, nasi ayam, mee udang..
setel!
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
sapa tak tau ni apa memang la..
traffic light di mana berlakunya kemalangan myvi gani.
kemalangan sebab lampu trafik biol.. agak2 boleh tak kita saman PBT?
rumah cik gani. rumah orang bujang.
asal dari selatan, kerja nunnn jauh di utara..
apakah di harapkan di rumah budak bujang seperti mereka?
benda wajib ada: gitar & ps3
ini punca utama mereka ber-3 tak sabar2 nak ke rumah cik gani.
nak main ps3 rupanya.
sebagai penutup, saksikan gambar ter-mahal abad ini
dan ini juge:
selamat hari raye! peace yoo
2 comments:
kak gambo ke 14 tu mesti tiang letrik berkuasa tinggikan....
Mejik, sangat betul.. seploh markah utk Mejik. :)
Post a Comment