Pages

29 August 2012

Cerita Raya 2012

Tahun ni giliran beraya di Selayang, setelah 2 tahun beraya di Muar atas sebab2 tertentu. Rasa bersemangat pulak sambut raya tahun ni. Siap tempah baju sedondon lagi.. Dah lebih kurang 6 tahun tak menempah baju, beli siap aje…

 

Alhamdulillah, my sis pun raya kat Selayang jugak. Meriah la sikit… mana taknya, adik beradik cuma 4 orang. Sorang dah beraya di Kedah.. tinggal la kitorang bertiga anak beranak beraya bersama abah.

 

Jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam

 

SELAYANG

 

 

P8200048

Anak buah yang semakin membesar. Paling tinggi tu, Hariz. Then, Safwan.. And paling comel (uhukkk,, bluweeek) Farahin. Semua ni anak kaklong. Agaknya masa pregnant Hariz dulu, kaklong mimpi jumpa hantu galah kot. Sbb tu Hariz tinggi mcm galah… hehe.

 

 

P8200053
Yang belakang tu, kakak ipar. Bisneswoman berjaya. Handal dalam aktiviti bakar membakar. Bakar roti, bakar biskut, bakar kuih.. bakar rumah aje tak.

Sila lawati blog beliau di  http://azurabakeryncookies.blogspot.com/

 

 

P8200062

Tuan tanah bersama ayahanda kesayangan ramai.

 

 

P8200064

OTW beraya ke rumah BFF arwah emak, iaitu Makcik Sham. Seronok pulak jalan kaki ramai2 macam ni. Tahun depan kita buat lagi ye. Boleh pergi umah Makcik Nab, Makcik Yam, Makcik Nah… eh??

 

P8200080
Makcik Sham. Dia lah pengubat rindu kitorang pada arwah emak. Mendengar dia bercerita membuatkan kami tidak kering gusi… Err, kain baju berlonggok tu adalah untuk perniagaan beliau. Makcik Sham meniaga pakaian/cadar bundle di pasar Ahad Stadium Shah Alam setiap minggu.

 

P8200081

bukan main khusyuk safwan mendengar celoteh makcik Sham ye?

 

 

P8200127

ohh.. ni waktu beraya ni kampung abah, di Jeram. with Azim and Arisya.

 

 

P8200049
Antara tetamu yang datang beraya.Punyelah ramai tetamu yang datang..  maka terpaksalah saya menjawat jawatan tetap pada hari itu sebagai tukang cuci… huhu.. Apapun, Alhamdulillah, tetamu kan pembawa rezeki.

Banyak agaknya duit raya yang Abah dapat hari tu.. hehe.

 

 

MUAR

 

P8230185

bersama mertua.

 

P8230191

with ipar duai dan biras. masing2 kontrol ayu

 

 

P8230197

alololo… hensem anak bujang mak.

eh, apesal JIM?

 

P8230202

mereka bertiga mempunya kamera canggih. tapi takde sorang pun yang upload gambar raya kat pesbuk. cisss…

 

 

P8230195

rekod terbaik, semua dapat berkumpul pada hari raya kali ini. 39.5 orang kesemuanya. (0.5 tu ada dalam perut ayu…) . dengan gelagat 39 orang ni la, setting tempat duduk je makan masa selama 30min. fuuhh…

 

P8230216

mertua bersama anak2 perempuan dan menantu hantu perempuan mereka yang gojes semuanya

 

 

P8230222

Abah datang beraya ke rumah besan. Yeayyy! Kemeriahan berganda

 

 

P8230226

lagak seorang YB membuat lawatan ke kebun yg sekangkang kera

 

 

P8230232

mereka dipaksa beraya di dalam kebun. kesian umairah, kene gigit nyamuk ye?  lenkali sebelum masuk kebun, lumur badan ngan minyak mastika dulu..

 

 

P8230234

memetik nenas di hari raya.

ko mampu?

 

 

P8230243

sebahagian hasil yang diperolehi

nenas yang manis, hanya di muar.

:)

 

P8230245

keberangkatan pulang ayahanda ke Selayang.

 

 

tamat

No comments: