Pages

22 June 2012

Makan Nenas Ketika Mengandung

 

Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan?

 

Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan.

 

Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahem (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

 

Untuk lebih selamat, elakkan le makan nenas ketika mengandung jika khuatir ianya akan menjejaskan kesihatan kandungan dan siibu. Pengalaman aku, alhamdulillah. Takde apa yang buruk berlaku. Makan banyak pulak tu. Apa nak buat, buah fav. Makan cicah pulak ngan kicap pedas. Fuh, memang makan tak sedar diri..

Err, jus nenas banyak lagi dalam peti sejuk. Bila mau habis daaaa…


image

pinjam gambar mat gebu..

 

 

image

tengok gambar dah cukup buat ailio meleleh… slrrrp.

sumber dari SINI

 

3 comments:

KaMi said...

mmmm.... lain macam je entry nie... danish nak jadi abg ke? kekeke

Sue said...

maklumat berguna untuk semua. sharing is caring namanya. :)

Sarima said...

feveret aku nie nenas cecah kicap...he..he