Bila dah 3 siri ni, baru la ada kesedaran sikit tentang penjagaan kulit muka. Sebelum ni hentam kromo je, since takde masalah. Jerawat seketul dua tu adatlah. Nak2 bila bendera jepun berkibar.
Since dah tukar profesion ni, masuk tahun ke tiga dah pun… kulit muka mula berubah laku. Jerawat sana sini. Dah le kulit muka berbelang, kesan menapak tengah panas hantar anak sekolah. Berjerawat pulak tu. Hoiihh.. tak sanggup nak tengok cermin lama2. Macam nampak monster. Eh, over.. takde la sampai mcm tu.
Oleh sebab itu, langkah berjaga-jaga terpaksa diambil. Dari satu pencuci muka, ke satu pencuci muka. Olay, Fair and Lovely, Simple, Clean and Clear, Biore.. ntah ape brand lagi yg aku try. Semua hampeh.
Tiba2 tergerak hati nak try ni:
Gel Cleanser
Hampir sebulan pakai, alhamdulillah takde kesan buruk kat kulit. Yang penting jerawat2 jahat itu tidak lagi muncul. Kakak ipar pun cerita benda yang sama, sebab dia pun pakai Safi Rania Gold juga.
Banyak review positif dari mereka2 yang menggunakan produk Safi Rania Gold ni. Maka aku pun terpengaruh le jugak dengan mereka… Aku pun borong semua kat bawah nih:
Toner
Serum
Total semua barang kat atas tu lebih kuran RM100 je. Murah kan? Compare dengan produk terkenal yang lain. Ni kira tak cukup lagi. Pasni target nak beli scrub, eye cream dan krim kecantikan. Semoga ada bajet. Dah tak kerja ni, kena la pepandai rancang nak shopping. Uhukkk….
Huh, mcm tak percaya aku bole berkecimpung dalam membeli produk lengkap macam ni. Kagum dengan diri sendiri. Mula2 terkial-kial juga nak pakai. Yela, kena ikut turutan kan. Tapi lama-lama dah ok.
Ini bukan sponsored post. Takde maknanya. Iklan Nuffnang kat sebelah tu pun aku dah NYAH kan. Mak menyampah nyah, bila dah 2 tahun cuma RM33 je.
Sekian. Pesanan khidmat masarakat dari mamisu.
kih kih kih
5 comments:
aku lak nuffnang lasung x pernah dpt walaupun dah Rm50..
letak la pulak testimoni sebelum dan selepas nanti sue..hehehe
i is malu..
>_<
ngelupas tak kulit..?
tak ngelupas...yeay!
tapi masalahnya tak jugak licin seperti telur di kupas... aaaarrghh.
Post a Comment