Pages

20 April 2012

3 Series

Bila dah 3 siri ni, baru la ada kesedaran sikit tentang penjagaan kulit muka. Sebelum ni hentam kromo je, since takde masalah. Jerawat seketul dua tu adatlah. Nak2 bila bendera jepun berkibar.

 

Since dah tukar profesion ni, masuk tahun ke tiga dah pun… kulit muka mula berubah laku. Jerawat sana sini. Dah le kulit muka berbelang, kesan menapak tengah panas hantar anak sekolah. Berjerawat pulak tu. Hoiihh.. tak sanggup nak tengok cermin lama2. Macam nampak monster. Eh, over.. takde la sampai mcm tu.

Oleh sebab itu, langkah berjaga-jaga terpaksa diambil. Dari satu pencuci muka, ke satu pencuci muka. Olay, Fair and Lovely, Simple, Clean and Clear, Biore.. ntah ape brand lagi yg aku try. Semua hampeh.

Tiba2 tergerak hati nak try ni:

 

image

Gel Cleanser

Hampir sebulan pakai, alhamdulillah takde kesan buruk kat kulit. Yang penting jerawat2 jahat itu tidak lagi muncul. Kakak ipar pun cerita benda yang sama, sebab dia pun pakai Safi Rania Gold juga.

 

Banyak review positif dari mereka2 yang menggunakan produk Safi Rania Gold ni. Maka aku pun terpengaruh le jugak dengan mereka… Aku pun borong semua kat bawah nih:

 

image

Toner

 

image

Serum

 

 

image

Total semua barang kat atas tu lebih kuran RM100 je. Murah kan? Compare dengan produk terkenal yang lain. Ni kira tak cukup lagi. Pasni target nak beli scrub, eye cream dan krim kecantikan. Semoga ada bajet. Dah tak kerja ni, kena la pepandai rancang nak shopping. Uhukkk….

 

Huh, mcm tak percaya aku bole berkecimpung dalam membeli produk lengkap macam ni. Kagum dengan diri sendiri. Mula2 terkial-kial juga nak pakai. Yela, kena ikut turutan kan. Tapi lama-lama dah ok.

 

Ini bukan sponsored post. Takde maknanya. Iklan Nuffnang kat sebelah tu pun aku dah NYAH kan. Mak menyampah nyah, bila dah 2 tahun cuma RM33 je.

Sekian. Pesanan khidmat masarakat dari mamisu.
kih kih kih

18 April 2012

Menu

1. Roti Jala Brazil

 

Sebab apa Brazil? Sebab hijau kuning.
Kenapa bukan Kedah? Saje kasi intrnasional sikit.

image
Ada pulak yang kata, rupa bentuk roti jala ni macam penggulung rambut zaman dolu. Betul jugak. hehe

Cicah dengan kari sardin aje.

image
Sedap! Sehingga menjilat jari.
Sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.

Senang sangat membuatnya. Asalkan ada botol ajaib ni:

image
Sumber gambar dari watermark tertera. Terima kasih.

Kita beli botol tu di kedai bakeri RAKAN, Semenyih. Selama ni dok cari kat Daiso tapi tak jumpa. Tak sangka ada kat Semenyih je. Takyah susah2 nak pegi Jepun.

 

Resepi (Sumber dari MyResipi)

Bahan-bahan
  • 1. 1kg tepung gandum
  • 2. 1 tin susu cair  *Bole juga ganti dengan santan.
  • 3. 4 tin air (guna tin susu)
  • 4. 4 biji telur
  • 5. sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • 6. sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara
  1. Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
  2. Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
  3. Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
  4. biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.


*bahagi kepada 2 bahagian dan warnakan. Isi dalam botol dan kemudia boleh la menjala.

 

2. Kuih Jenifer Lopez

 

image
Sumber imej dari RASA
Macam tu le rupa kuih lopes, utk sesape yang tak tahu.

 

Tak pernah berangan nak buat kuih ni pun. Puncanya, terbaca update fb dari seorang rakan mengenai kuih lopez. Terus keinginan membuak2 nak buat. Tambahan lagi masa tu puasa ganti. Bila dah puasa ni, nafsu  makan dah macam bela jin aje. hehe.

 

Gigih meng-gugel. Jumpa satu resepi yang mudah. Sumber dari MyResipi.

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

image
Rupa sebenar j.lo ku.. hehe. Malap aje. Standard la guna kamera hp. Tapi rasanya sangat sedap. Tak tipu punya. Korang kena try, memang tak menyesal.
^_^

 

Insya Allah hari ni kita buat menu lain pula. Sedikit western mungkin?
Jumpa lagi…

12 April 2012

Kartun

Hari ni Danish tak ke tadika. Batuk2, sejak semalam... kejap2 bersin. Inhaler tiap 4 jam, harap berkuranganlah.

Maka, sejak pagi tadi... rancangan tv adalah kartun semata-mata. Mula2 Diego, lepas tu Dora.. lepas tu video clip nyanyi2 pulak..


Dibo dan kawan2.

Kalau bukan sebab pc crash, konfem Danish dok main game Warcraft jugak.


Sib baik la ada hp subsidi. Bole online dari kat hp je.

@_@


Posted via BlogPost

10 April 2012

Esok Cuti



Ini lukisan Danial. Dilukis maghrib tadi. Seronok sangat agaknya srbab esok cuti, tak payah sekolah.

Bangunan dua tu konfemla KLCC. Tapi yang hitam sebelah tu, tak tau apa. Kemungkinan besar puting beliung. Danial ni, selalu lukisan dia memang ada elemen menyeramkan.

Macam kat bawah ni:



Kereta kiri terbakar, yang sebelah kanan pulak eksiden sampai terjongket macam tu.

Adeh, len macam lukisan ko ni Danial.

@_@


Posted via BlogPost

05 April 2012

Ragam

Kejadian tengahari tadi, sewaktu hantar Danial ke Sek. Keb.


Sebahagian murid tahun 1, duduk di dewan sebelum masuk ke kelas. Perhatikan budak berdua tu. Sorang tu pakai t-shirt biasa, bukan t-shirt sukan pon. Tak tahu la kenapa, agaknya baju sekolah tak bawak ke daycare. Atau mungkin baju dia cuma ada selai, dan tak sempat basuh. So pakai aje baju biasa. =(


Yang sorang lagi pulak, selamba aje baring. Cikgu dah tegur sekali, tapi buat lagi. Tengok seluar sekolah dia tu, berlumpur.. sabar aje la. Baru sampai sekolah dah comot mcm ni, balik nanti camana la agaknya. Kalau Danial la macam buat ni, memang dapat habuan la balik nanti. Yes, i is garang okeh. Dont play-play. hehe


Posted via BlogPost

Kenapa Aku Diuji?

image

 

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216

 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286

 

KENAPA RASA FRUST?

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ” – Surah Al-Imran ayat 139

 

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45

 

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?” – Surah At-Taubah ayat 111

 

 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

 

AKU TAK DAPAT TAHAN!!

“.. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. ” – Surah Yusuf ayat 12

03 April 2012

Kongsi Tips #1

Sejak anak dah sekolah ni, merasalah menyental baju putih diorang. Baju Nadhirah biasanya kotor di bahagian siku dan poket. Hitam-hitam gitu. Baju Danial pulak, selalu comot kat leher dan lengan (dia suka lap mulut/peluh) kat lengan/bahu. Tak cukup sapu tangan, tisu aku bekalkan… kat situ gak dia suka lap.

 

Cara mudah nak hilangkan kotoran daki ni ialah dengan menggunakan sabun cap kapak. Ala, sabun zaman mak2 kita dulu. Sabun blok kaler kuning. Kaklong la yang kenalkan sabun ni. Err, kenapa panggil cap kapak tak tahu le, sebab kat plastik dia tulis CAP BURUH. (Tapi buruh pegang kapak… hehe)

Googled tadi terjumpa pic ni:

image
image
sumber
tapi yang ni kaler ijau. sama aje kot, fungsi dia.

 

Basahkan sket baju, then gosokkan sabun ke tempat yang kotor tu, kendian sental sekejap… serius best, sebab sekejapan je kotoran hilang. Selalu aku sental sket2 tempat yang kotor tu, pastu campak masuk mesin basuh utk tugasan seterusnya… heheh. Hasilnya memang memuaskan hati. Tak caya cer cuba, cer cuba.

Itu tips utk laundry, now tips di dapo pulak.

Tips ni amat berguna bagi mereka yang aktif di dapo. Kalau dah dok dapor tu, tak sah le kalau tak pegang pisau kan. Ape perasaan korang kalo pisau tu tumpul? Nak kupas kulit kentang pun tak lepas… sakit hati je kan? Meh sini aku nak share pengasah pisau yang amat berguna…

image
tada,,,, mudah aje, RM5.50 kat billion.

 

gosok aje mata pisau kat tengah2 beli bulat tu. tajam le pisau korang. selamba je boleh hiris nipis bawang utk buat bawang goreng. serius, tak tipu.  nak buat sembelih ayam pun boleh…..

 

Pengasah pisau ni dah sampai ke indonesia tau. Jangan tak percaya, Tahun lepas atok surip (dari Indonesia) datang bercuti kat umah aku, dia berminat pulak dengan pengasah pisau ni, Katanya kat sana tak ada. Maka aku pun hadiahkan pengasah pisau tu kat dia. Hadiah kecil tapi cukup bermakna. Agaknya bila dia tgk pengasah pisau tu, dia teringat tak kat aku…? kehkeh.

 

Sekian tips utk hari ini. Nanti kalau ada tips yang lain2 kita share lagi ye. Selamat bertugas utk semua….

 

01 April 2012

Hagemaru dan Sinchan


Harith


Afiq

Apa kaitan mereka berdua dengan tajuk di atas? Lu pikir la sendiri... hehe

Kepada mommy budak dua orang nih, jgn mara... comel sangat diorang nih. Rasa nak picit2 je. ;)

Update sket:

Saje memain edit gambar budak comel ni.





Kali ni bukan lagi rasa nak picit2, tapi rasa peluk2, gomol2, lambung2 sampai dia nanges tak kuar suara. Kejam eh?

Abesla, mak diorang sue sorokkan baby ni dari jumpa mamicu. Hehehe

Both adalah anak adik husband (anak sedara le tu). Harith anak Faizul, dan Afiq anak Norena.

Hishh.. rindu kat diorang. Bila bole jumpa lagi ehh.




Posted via BlogPost