Hari ni orentasi murid tahun 1. Danial tak terkecuali.. kami pakat hantar beramai-ramai.
Punyela susah budak bertiga ni nak bangun.. pagi2 lagi mummy dah jadi tarzan. Ada pulak yg menangis sebab tension tak boleh sambung tido lagi... siapa?? Hehe. Malu lah dia nanti...
Danial segak bergaya. Harap bertahan sehingga balik nanti...
Keluarkan alatulis, jom kita mewarna... hish, risau pulak. Jangan dia ulang tragedi masa tadika dulu dah le. Warna guna 2 pensel kaler sekaligus supaya cepat siap. Hehe. Sempoi.
Ramai... satu kelas 38-40 orang. Untuk darjah 1 sahaja ada 14 buah kelas. Jumlah satu sekolah pulak 2800 orang!! Sekolah paling ramai pelajar dalam daerah Hulu Langat. Cepatlah sekolah lain siap, kesian anak2 belajar dalam keadaan x selesa.
Okla, nak dengar taklimat dari guru besar pulak... tadi dia kata aktiviti kokurikulum bukan lagi hari Rabu, tapi tukar hari Sabtu pulak... adeh, susah le nak jalan2 lepaa ni. Hehe.
2 comments:
uish ramainyer..nadirah plak baper org kelas dia..depan umah sue nak buat sekolah kan
memang ramai sangat. bayangkan, waktu rehat kantin penuh sampai takde tampat duduk. batch nadhirah pun dulu macam ni jugak. oleh kerana tahun satu 2012 ni terlalu ramai, tahun 3 (nadhirah) terpaksa dipecahkan kepada 2 sesi. sekolah depan umah sue tu, sekolah menengah. dah siap dah pun...
Post a Comment