Punai Tanah. Ada sepasang.
Hadiah dari Abg. Lan. Terima kasih ye! Burung yang cantik, jinak pula… bole dibelai. Sumber gambar dari SINI.
Burung serindit. Tapi kami punya, warna merah di dada belum timbul lagi. Abg Lan kata bila besar nanti, warna tu muncul. Again, thanx Abg. Lan. Sumber gambar dari SINI.
Terkukur. Bunyinya merdu. Suka mandi di kolam yang disediakan WGS. Tapi aku belom pernah tengok lagi cemana diorang mandi. Sumber gambar dari SINI
Burung pipit. Comel, kecoh dan aktif.
Sumber gambar dari SINI.
Pipit sawah. Kepala hitam.
Sumber dari Sini
Pipit sawah kepala putih.
Sumber dari SINI
Danish gelarkan burung pipit tu, burung pakai tudung. Kadang2 tukar jadi burung pakai helmet.
Semakin ramai ahli jemaah cip-cip. Maka sila bayangkan bagaimana kecohnya mereka berkicau. Mujurla diorang berkicau waktu pagi dan petang aje. Kalau sepanjang masa, silap2 kitorang dapat arahan pindah dari Ahli Jemaah BSP pulak… haha
Gambar-gambar semua terpaksa googled. Sbb kamera canggih-ku dah jahanem. Sedih. Nak guna kamera phone, kualiti hampeh. Nak beli kamera baru, enggak ade bajet. Maka, kita gugel aje, guna gambar yang cantik2… kredit kepada pemilik gambar semua.
No comments:
Post a Comment