Pages

25 November 2011

Mencuba apps Pic Say

Antara hasilnya...



Danial suka sangat bila digayakan seperti koboi..



Budak kecik ni memang kaki lawak. Dia kentut 3 kali pun, kecoh nak bagitau semua orang. "Abang...., tadi kan Danish kentut 3 kali...!". Bengang je Danial. Terpaksa dengar pengakuan yg menjijikkan.



Danial tak suka betul gambar dia sbg lanun ni. Mummy suka sangat sakat dia, gelak kaw2 punya bila tgk gambar nih. Selalu Danial yg suka provok org, bila dia sendiri kena provok, tensen pulak....hehe.

Sekian, update ringkas.

16 November 2011

Dag dig dug

Alhamdulillah, tahun lepas hanya menonton Nadhirah khatam iqra' pada hari kecemerlangan sekolah. Insya Allah esok dapat tgk Nadhirah terima hadiah untuk matapelajaran terbaik (Feqah dan Jawi).

Terima kasih Allah.

15 November 2011

Cerita sket

 

image

Kekasih hati dah merajuk. Buat perangai. Benci. Letak bateri baru pun, still signal low-baterry akan menyala. Lepas tu off sendiri. Gila.
sumber

Sebab tu lemau je nak update blog. Terpaksa guna kamera phone yang tak berapa nak bagus nih. Sabar aje la. Mudah-mudahan ada rezeki mendapat kamera baru, samada secara percuma atau berbayar, Taknak bayar sendiri, tapi nak orang bayarkan. Bole?

Cip-cip semakin gembira. Yaya semakin gemuk. Sekarang sedang asyik bercinta dengan Lala. Eh, mulai hari ni aku nak tukar nama Lala kepada nama Ilyas. Yaya dan Ilyas, matching bukan….

yaya_ilyas
Berkepit ke hulu ke hilir. Aku bajet tak lama lagi, bertelur la si Yaya tuh.



2011-11-15 09.26.11
Yaya dan Ilyas selamba menunjukkan kemesraan mereka di khalayak ramai. Loving couple.

 

sangkar
Keadaan di dalam sangkar. Hari-hari mesti kena ada buah. Sebab si serindit tu cuma mkn buah. Mengada betul.

2011-11-15 09.17.05
Hebat la ko. Aku pun tak makan buah hari-hari.




2011-11-07 13.16.11
Abah bersama cucu kesayangan yang berbaring di peha beliau. Sape agaknya tu.



2011-11-07 13.15.54
Azim rupanya. Alololo… ni kalo awek Azim tengok, buek malu yo.

Azim memang keratif. Macam –macam idea pelik dia.

2011-11-06 11.29.54
Ini sebenarnya adalah sd card holder. Hasil imaginasi Azim, maka terhasillah…..

 


2011-11-06 11.30.36
Handphone BlackBerry. Bole menggunakan keypad ataupun touch screen.



2011-11-06 11.31.20
Jangan memain. Bateri penuh tuh… wallpaper adalah gunung everest. Sejuk tempat tu, sebab tu semua nampak biru. Hebat kan.


2011-10-23 15.41.42
Superbike di rumah kami. Fuhh.. geram je Danial dan Danish tengok. Pemilik superbike hitam tu adalah tuan rumah sewa kojek tapi tak jadi sewa tu. Baik orang nya. Dia datang direct dari Kluang semata-mata nak hantar kunci. Nak ambil balik kunci pun macam tu jugak. Macam le Kluang tu dekat Negeri Sombilan je…

 

03 November 2011

Danial sebagai wartawan

Hari ni Danial ada latihan persembahan untuk hari penyampaian sijil nanti. Danial dapat watak sebagai wartawan yang akan berbicara mengenai alam sekitar. Ala² Karam Sigh Walia, tapi versi bahasa inggeris.



Baju dah sama... mummy ajar danial, bila cakap angkat2 tangan sket. Danial pun ikut sebijik² apa yg mummy suruh... hehe.

Dialog:
People if the world!! Enough is enough! Look what we have done to our earth... we have destroyed everything that Allah gave us. Let's get together, and save the world for our future generation...!!

Bayangkan muka Danial yg serius, cakap mcm tu sambil angkat² tangan, dengan penuh perasaan....

All the best Danial. Love u.

01 November 2011

Ahli Jemaah Cip-cip

 

image
Punai Tanah. Ada sepasang.
Hadiah dari Abg. Lan. Terima kasih ye! Burung yang cantik, jinak pula… bole dibelai. Sumber gambar dari SINI.

image
Burung serindit. Tapi kami punya, warna merah di dada belum timbul lagi. Abg Lan kata bila besar nanti, warna tu muncul. Again, thanx Abg. Lan. Sumber gambar dari SINI.

image
Terkukur. Bunyinya merdu. Suka mandi di kolam yang disediakan WGS. Tapi aku belom pernah tengok lagi cemana diorang mandi.  Sumber gambar dari SINI

image
Burung pipit. Comel, kecoh dan aktif. 
Sumber gambar dari SINI.

image
Pipit sawah. Kepala hitam.
Sumber dari Sini

image
Pipit sawah kepala putih.
Sumber dari SINI

Danish gelarkan burung pipit tu, burung pakai tudung. Kadang2 tukar jadi burung pakai helmet.

Semakin ramai ahli jemaah cip-cip. Maka sila bayangkan bagaimana kecohnya mereka berkicau. Mujurla diorang berkicau waktu pagi dan petang aje. Kalau sepanjang masa, silap2 kitorang dapat arahan pindah dari Ahli Jemaah BSP pulak… haha

Gambar-gambar semua terpaksa googled. Sbb kamera canggih-ku dah jahanem. Sedih. Nak guna kamera phone, kualiti hampeh. Nak beli kamera baru, enggak ade bajet. Maka, kita gugel aje, guna gambar yang cantik2… kredit kepada pemilik gambar semua.