Banyak subjek yang masih lemah. Terutama BI dan Jawi. Cikgu cakap BI dia paham, tapi nak reply semula tak reti. Jawi pulak, masih tak kenal huruf.. tak semua, yg hujung² tu la... setakat alif ba ta dah tahu.
Rupanya, Danial sangat lah banyak cakap ketika di dalam kelas. Cikgu ngajar kat depan, dia bergosip kat belakang. Bukan guru kelas je perasan benda ni, tapi cikgu² subjek lain pun cakap benda yang sama. Ni aku tak tahu gen sape. Aku ke bapak dia. Bukan aku kot, sbb aku dulu sangatlah pendiam sampaikan org tanya bapak aku " dia ni bisu ke? Cuma tahu angguk dan geleng aje."... hahaha. Cikgu dia siap cakap, kalo hari Isnin dia mesti tanya Danial, hujung minggu lepas pergi jalan² ke mana. If ada, memang konfem Danial akan kecoh bercerita dalam kelas nanti. Andaikata ujung minggu cuma dok umah, selamattttlah... takde bahan nak gossip. Hehe.. sampai troma cikgu ko buat, Danial....
Dalam kelas, Danial dok belakang sekali. Belakang dia dinding. Penuhla dinding tu dengan hasil kerja Danial. Patutla dia taknak dok depan. Takde port dia nak curahkan bakat terendam dia tu...
Satu kelas lebih kurang 12 orang. Cuma 3 orang aje pompuan. Yg selebihnya lelaki yg perangai lebih kurang Danial. So cuba bayangkan macamana sorang cikgu nak handle 9 orang Danial dalam waktu yg sama. Aku nak handle yg sorang ni pun sampai urut² dada.... Memang tabik springla kat teacher Yan.
Budak² lelaki dalam kelas tu sangat kreatif. Diorang dah cipta satu games baru dinamakan pemadam terbang. Bila cikgu bagi bekas pensel, mulala diorang menyusun pensel. Pastu lintangkan pembaris atas tu. Letakkan pemadam di hujung pembaris... dan tepuk hujung yang satu lagi. Zasssss! Pemadam terbang ke udara. Setakat pemadam langgar kepala teacher, perkara biasa. Hebat tak hebat? Aku dulu nak tenung muka teacher pun tak berani. Bukan takut, tapi respek..hehe.
Banyakla mandat yang aku dapat dari cikgu dia hari tu. 1st step dah setel. Mulai hari ni Danial dah duduk depan. Puas jugak nak pujuk. Macam² fakta dan auta terpaksa aku bagi.... :p
Harap² Danial akan lebih fokus dalam kelas. Doakan juga Mummy dia berjaya membaiki mana² yang terkurang. Semoga teacher Yan akan terus bersemangat mengajar murid² yg aktif dan kreatif ni. Diorang ni bukan tak bole buat, tapi perlukan pendekatan yg betul.
Sekian, kisah Danial.
Published with Blogger-droid v1.7.2
2 comments:
salam,
Biasa la tu beb..si Aisyah pun sama gak aku g jumpa minggu lepas..result agak membanggakan tp lemah dlm oral english, penulisan bhs Melayu, & agama...Pening kepala aku..bila wat keja sekolah dlm bahasa melayu aku kena explain dlm english baru dia faham...
cuma yg bagus siap ajar kawan dier kat sekolah..padahal dier pun kadang2 blur...
itula kerenah anak...
ler... macam tu pulak. macam2 pesen la budak2 nih. harap2 masuk darjah satu nanti ok la.. jgn diteruskan perangai macam kat tadika. pening cikgu nak melayan. :)
Post a Comment