Pages

29 October 2008

Santai @ PD

Salam..

Cuti deepavali lepas kitorang sempat meluangkan masa di Port Dickson. Saje bawa budak2 ni berjalan. Dari rumah pukul 5.00 ptg.. sampai dah kul 6.00ptg. Tapi orang masih ramai lagi. Cuaca pun redup jer. Best kalau dapat mandi. Tapi nanti saper lak nak tolong jagakan buah hati yang 3 org tu?

Danish yang sangat excited bila nampak laut. Terus nak masuk air.. Danish ni memang fearless betul la. Lagi extreme dari abg dia, Danial.

Daddy tgh membuat tinjauan lokasi


Nadhirah cukup pantang kalo orang kata dia GEMUK. Kata bulat tak apa pulak. Siap bgtau, "Muka Nadhirah bulat mcm bola kan Mummy?? Comel..!" hehehe. Mummy gelak ajer.


Danish dah tak sabar nak masuk dalam air

Ops, seksi la pulak. Kena beli baju mandi pas ni.


"Kita tak boleh mandi kan mummy? Nanti Encik Crab sepit bontot kita.." Danial. hehehe


Payah tul nak control budak kecik ni. Nak lariii aje dia.


"Mari kita timbus kaki dia. Biar dia tak boleh lari lagi.. hahaha." Daddy gelak orang jahat


"Yess. Pandai muka dia. Idea yang sungguh bernas. Leh la rileks sikit."Mummy


"Ish, kejam betul mummy & daddy aku nih. Orang nak bersoka ria sikit pun takleh.." Danish

I lap u.. u lap me!! We are happy family..


Cantik kan gambar nie..?


28 October 2008

Serangan Kerabat diRaja Muar

Salam.



Waduh. Bz betul hujung minggu lepas. Mak mertua dan adik2 ipar datang beraya umah aku. Jumaat tu kul 12.30 aku cabut dari opis balik umah sebab nak bersihkan rumah. Rumah aku mlm sebelum tu bersepah gila. Macam kena bom. Tu sume gara2 askar terlatih yang 2 orang tu ler.. Danial dan Danish. Tulang ayam KFC bersepah2 kat lantai. Dah macam masuk rumah hantu kat funfair lah pulak.



Razak dan family dijangka sampai bih kurang kul 3.00 ptg nanti. Jadi ada masa cuma 2jam setengah nak bersihkan rumah. Giler la.. macam charlie charplin aku buat keje. Gulung tikar, Vacum rumah, mop lantai.. pastu bersihkan semua toilet. Excellent. Hasilnya membanggakan. Baru aku tau rupanya aku ada kuasa Superwoman adik beradik tiri Superman...hehe.



Ngam2 lantai kering jer, Razak pun sampai.. Fuhh, lega. Jadi diorang pun check-in dengan penuh rasa bangga sebab orang ke-1 yang sampai. Ada kuasa nak pilih bilik mana nak tidor (kecuali bilik utama tuan rumah).



Yang lain2, Kakak+Family, Noren, Ghapar, Mak, Apis sampai pada malamnya, di kala aku pun dah terlelap kerana keletihan.. hehe. Sori lah yer. Tak dapat sambut korang di muka pintu. Hari yang berikutnya pulak Ayu+Yus, dan juga Ely+Family. Total 5 biji kereta. Fuuh. Mcm ada kenduri gamaknya



Jadi aktiviti kami semua dapatlah diringkaskan seperti berikut:



1. aktiviti masak-makan-masak lagi-makan lagi- dan seterusnya sampailah waktu tido.

2. menghadiri rumah terbuka (ely & upin ipin)

3. merendamkan diri dalam swimmping pool di putrajaya

4. shopping di Nilai 3

5. berjalan2 dan makan2 di putrajaya



semua nampak happy. harap2 layanan kami ni memuaskan hati semua pihak. kalau ada yg terkurang tu mintak maaf yer. jgn le serik nak berkunjung ke rumah kami di BSP lagi.



jom layan gambar.







danish mmg over excited. Kejap je dia dok dlm pelampung tu. pastu dia nak berdiri sendiri dlm air. dah le air paras dagu dia.. ntah bape liter air pool tu dia telan. (ni mesti ikut perangai daddy masa kecik2 yg suka mandi parit...hehe)



Umairah dan kakNgah. Amboi, seronoknya.





Cheese!!





Danial.. oh Danial. Nyaris2 insiden yang lepas berulang. Berjaya diselamatkan oleh daddy. (Buang dalam air jer...!! Syyh. hehe )



my MIL di tengah2



Siti sedang bergossip dengan bibik



Ni pulak kat putrajaya, depan masjid.



Masa ni panas terik. Kesian budak2 ni sampai tak boleh nak buka mata.





Budak2 ni memang setia. Menurut cakap jurugambar..





Rombongan Cik Kiah ke putrajaya..hehe





Kunjungan pertama Abg Lan ke Putrajaya. Harus dapat sijil nih..



Razak dan 2 org puteri beliau, sedang belajar mengira jari.. satu.. dua..



Cantik gambar nih.. cuma yang baju merah kat belakang tu je bikin spoil.. ish!!





Hai.., Saya Nadhirah. Bulan depan besday saya. Maklong, kak N, Atok.. jangan lupa bagi hadiah yer.





Ada banyak lagi gambar.. tak larat nak masukkkan semua. Sape nak copy, bak sini thumbdrive. Da..











Beraya ke rumah Upin dan Ipin

Salam.

Sidek dijemput menghadiri Open House Les Copaque Production pada hari Sabtu (25/10/08). Kitorang anak beranak harus le ngikut kan.. nak jumpa Upin dan Ipin lah katakan.

Sampai sana pun dah pukul 2 lebih. Nasib la makanan masih banyak lagi, sedap2 jugak. Kami mendapat layanan khas ala2 VIP oleh staff Les Copaque.. (perasan la pulak). Malangnya digicam aku ada masalah teknikal masa hari tu, so tak dapat lah bergambar sakan kat sana.

Dapat lah jumpa adik Fathiah (pemilik suara Upin dan Ipin). Comel je dia. Adik fathiah tu pemalu, sampai masa jumpa kitorang pun dia dah takmo cakap. Agaknya dalam hati dia "Ko dengar aje lah suara Upin & Ipin tu.. dah sah2 suara aku.. hampeh." heheh

Gambar2 yang ada kat bawah ni semua aku cilok kat internet, mekasih ye penulis blog. Mintak maaf le ambik tanpa kebenaran.

Yeah, kami datang!!

Comel aje katak kuning kat atas bangunan tuh.. Ini le opis Les Copaque

Maskot Upin dan Ipin. Err, kureng comel lah. Agak menakutkan.

Aku dan Nadhirah dapat bersalam dengan Upin.. Danial takut, dia tengok dari jauh je. Danish pulak dah nangis takutkan maskot upin dan ipin.

Nadhirah memang seronok sangat dapat beraya umah Upin dan Ipin katanya. Masa dalam kereta nak balik, dia cakap" Mummy, pas ni kita pergi beraya rumah Sponge Bob pulak yer?" ... Walahwei, kene naik kapal terbang tuh Nadhirah oii.. Lgpun sponge bob tu sambut hari raya ker...?? hehehe


24 October 2008

Jamuan Raya Bhgn Latihan INFRA

Salam,

Pagi tadi di adakan pot luck sempena Hari Raya. Semua bawa juadah masing2. Mine was puding karamel dan blueberry muffin. Yummy.

Nak order? Call lah saya.. Tokei muffin BSP.


Sebelum makan wajib posing dulu


Sebahagian juadah yang ada



Patugas jamuan bertungkus lumus menyediakan hidangan 'Tembikai diRaja". Sbb tembikai tu kaler kuning.. ampun Tuanku. hehehe


Majlis dirasmikan oleh Pn. Ruby


Mana satu nak pilih ni? Sumer nampak sedap jer.. Ish. Fenin lah.


Muka kenyang..


Kredit to Kak Anis, bertungkus lumus memastikan pantry bersih dan terkawal. Tocei..



Selepas kejadian itu...

Aik? Tinggal biji jer?? Rakus betul diorang ni kalo bab makan.. hehe


Sambal ikan bilis abes licin.. sedap! Fav BOS gak ni. Tak mkn yg lain dah. Nasi lemak je dia hantam.


Sekian..

22 October 2008

Danial Oh Danial..!


Scene #1

Satu petang di taman permainan.

Danial: Mummy.......... Abang main GONCANG GONCET!!!
Mummy: Haa.....? (Kurang faham lalu berlari meluru ke arah Danial..
Mummy: La..., Ni bukan GONCANG GONCET la. Ini JONGKANG JONGKIT!!!

hehehe...


Scene #2

Di satu malam yang hening, lebih kurang kul 11.30 mlm. Berlangsunglah perbualan antara si ibu dan si anak.

Mummy: Danial makan apa kat sekolah tadi?
Danial: Makan Tom Yam.
Mummy: Sedap ke?
Danial: Sedappp! Abang (kata ganti nama Danial) suka tom yam.

Sepi seketika.

Danial: Mummy, boleh tak bagi PERUT abang makan?
Mummy: Ha ha ha.. Boleh, boleh. Jom kita bagi PERUT Abang makan. Kita masak Maggi Tom Yam yer...

20 October 2008

Thanx for Coming


Salam,

Thanks kepada anda semua yang berjaya menghadiri "Majlis Makan2 Tertutup Khas Sidek & Suhaila".. hehe. Cam poyo je pulak bunyi nyer.

First time buat makan2 utk kawan2. Gemuruh jugak le. Maklumla semuanya buat sendiri. Masak sendiri, hidang sendiri, basuh pinggan sendiri. Maaf lah kalau ada yang tak terlayan. Kalo masakan tak sedap, sori jugak. Semua tu adalah salah internet, sbb aku cilok resepi internet jer.. (cheh, sendiri yg masak tak sedap lagi nak salahkan orang lain ke? :P )

Thanks to Kak Ieja and Family. Budak2 tu nampak seronok dan tak puas main, kejap sangat. Lenkali kena overnight.. baru best!

Thanks juga kepada member2 x-UTMKL: Angah + Boboi + Ehem2, Wan, Zai + Ehem2. Juga kepada Najwa. Walaupun ko datang jauh malam tapi aku tetap hargai. Walau ko tak tolong basuh pinggan pun, aku suker... heheh.

Member2 husband yang dtg: Naza 1, Naza 2 and family, Wan Zawawi and family, Zaidi.

First trial nampaknya Ok. Lepas ni ada rezeki lebih boleh la buat lagi.. insya Allah. Kepada yang tidak dijemput, harap jangan berkecil hati yer. Sowi.. Nanti2 ada la lagi..

Jom layan gambar.

Nadhirah & Danial memang rajin tolong Mummy


Ni instant Pudding + Jelly


'Orang kuat' sedang potong nanas utk dibuat jelatah sambil diperhati oleh Supervisor Danial


"Rendang Daging Sukati Aku" namanya..heheh. Belom masak lagi nih.


Makan time...! Kak Ieja & family


Menung apa tu Aisy?? Teringat Si Dia ke?? Atau sebab aunty masak x cedap?


Sesi menghiburkan hati, jangan risau.. aunty tak marah punyer. Bilik tu kalau kemas memang pelik la.. tak logik.



Aku kah yang gumuk atau kak Ieja yang terlalu kurus...?? Tolong jawab. (Tutup telinga siap2..hehe)

Dari kiri: Ehem2, Zai, Wan, Angah, Ehem2 dan Boboi. Lupe la nama ehem2 korang tu.


Sapedek...!!!



Makaseh ya Pak, karena tolongin aku jagain anak2 sementara aku sibuk banget di dapur.. (sila baca dalam loghat Indonesia)


Sekian..

*Semlm aku g 5 open house, kesannya hari ini aku c***t b***t.. Korang ada sakit perut ke pas mkn kat umah aku??? Err...