Pages

03 April 2017

Babi Betul

Assalamualaikum. 

Seram tak baca tajuk tu? 😊 Jom tengok gambar dulu. 



Kejadian yg berlaku malam semalam. Kami dalam perjalanan balik ke Bangi, dari Kesang. Sebaik sahaja sampai di Pt. Bunga (tak jauh dari flyover ke jambatan baru Muar), kereta kami disondol babi yg sedang melintas. 

Allahu... Menggigil rasa. Yg nampak babi tu cuma aku, husband pun tak perasan. Kalau tengok dari kesan hentaman, babi tu sondol ngam2 kat bucu kereta. Means masa kitorang sampai, dia pun nak melintas. Tak tengok kiri kanan... Dah berdentum! So korang kalo melintas tak tengok kiri kanan, serupa mcm babi la ye. 😄😄😄

Husband berhenti tepi dan tengok kerosakan, nampak radiator dah pecah. Nak taknak kena patah balik ke Kesang. Mujur masih dekat. Otw nak uturn tu, kereta langsung tak bergerak.. Mujur la kami bukan di tengah jalan raya. Kami stuck di susur uturn.. 

Risau nya Allah je yg tahu. Kereta terhenti di tengah jalan, waktu malam. Dengan anak2 kat dlm kereta. Doa je dlm hati moga2 takde kereta yg nak uturn waktu ni. Lepas hidupkan signal kecemasan, aku terus turun ke belakang kereta utk bg isyarat kepada kereta yg datang.. Guna cahaya  dari skrin handphone je. 

Dari jauh nampak ada kereta datang. Tapi dia berhenti agak jauh dari kami. Rupa2nya geng tarik kereta, kebetulan diorg lalu sebaik sahaja kemalangan berlaku. Alhamdulillah, budak2 Melayu, baik budi bahasanya. Dia tawarkan utk tarik kereta ke bengkel mereka dan hantarkan husband buat report di Balai Polis. 

Kami setuju, dan terus call bapa mertua utk ambik aku anak beranak balik ke rumah Kesang. Hari ni semua terpaksa cuti kecemasan... 

Pagi ni, husband tukar fikiran. Tak jadi repair di bengkel luar, kami nak repair di Nissan. Kereta baru 9 bulan. Kalau repair diluar, warranty akan terbatal. Jika ada masalah akan datang, dah susah. Jenuh jugakla org bengkel tu pujuk husband supaya repair kat bengkel mereka. Tapi husband cakap elok2.. Lama2 diorg terpaksa terima. Kos towing malam semalam RM700. Nissan bayarkan RM600, selebihnya kitorg bayar. 

Apa aku rasa? 

Bersyukur. Itu je. Syukur sebab :

1. Tiada kemalangan jiwa. Kereta boleh repair, nyawa takde spare. 

2. Kereta kami tidak terbabas ke kiri atau kanan selepas hentaman. Masih boleh kawal stereng. Mungkin sbb kami pun tak laju. 

3. Airbag tak keluar. Kalau keluar, lagi panjang cerita. Yela, bila Airbag dah hentam muka, mcm mana kita nak nampak jalan dan kawal stereng.. 

4. Kami semua pakai seatbelt dan Adam di dalam car seat. Kalau korang masih liat nak pakai seat belt, tolonglah berubah mulai hari ini. Tak rugi apa pun jika pakai. 

5. Elok je berdentum, terkeluar kalimah ALLAHU AKBAR! dari mulut aku n Danial. Syukur disaat kecemasan macam ni kalimah agung tu yg kami sebut. 

6. Babi yg dilanggar tak masuk ke bawah kereta.. Rasanya dia melambong ke tepi jalan. Andai masuk bawah kereta, keadaan mungkin lebih buruk. Kereta kami mungkin terbalik, sbb babi tu besar.. Babi dewasa. 

Alhamdulillah. Allah masih pelihara keselamatan kami dan permudahkan urusan kami malam semalam. Syukur banyak2. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.... 

Wallahua'lam. 

02 April 2017

Mari Berkebun Bhgn 2

Assalamualaikum. 

Bersiaran secara langsung dari Taman Kesang Idaman, Tangkak. Jom tengok tanaman kat Kesang ni pulak.. 

Hampir kesemuanya ditanam oleh mak mertuaku. Sejuk tangannya, apa yg ditanam semua menjadi. Tanah kat sini pulak noleh tahan subur, gemuk2 pokoknya. 


01 April 2017

Mari Berkebun

En Suami dah siapkan kotak sayur seperti yang diidamkan. Terima kasih ya, doakan kita berjaya menikmati hasil kebun sendiri nanti. 

Untuk permulaan, aku cuba tanam jagung. Kelakar ke? Tgk kat fb kebun bandar, ramai je yg tanam jagung tepi rumah. Dalam pasu pun ada ya.. So kira aku ok lagi la kan sbb tanam atas tanah terus.. 😁.

Husband bgtau kat org nursery masa dia beli tanah,  yg aku nak tanam jagung, org nursery tu terus buat muka pelik. Choi la u uncle. Org skrg kalau boleh pokok balak tu nak tanam tepi rumah tau.. Kau apa tau.... 😆😆😆

Inilah barisan kitaa... 


Semoga membesar dengan subur dan sihat 

Jagung je yg tanam dari biji benih. Pokok herba lain semua instant. Beli kat  nursery, senang kerja mak. 


Pokol delima. Tak tahula variasi delima apa, merah ka, kuning ka.. Tapi yg pasti delima. 



Haa.. Oleh kerana ada peminat tomyam dan  siakap 3 rasa kat rumah ni, pokok ni wajib ada. Limau purut. 



Limau sambal/limau kasturi. Bahan utama sambal belacan. Eh, tomyam pun guna jugak. Buat air pun sedap.. 



Haa.. Ni pokok kari, bagi siapa yg tak kenal. Tak semestinya guna dlm masakan kari, guna juga dlm masakan lain, contohnya ketam telur masin, ayam goreng  rempah, kuih vadey.. Byk lagi kot. 



Ni fav kitorang sekeluarga. Kategori buah eksotik kot ni. Buah Nona. Abah ada tanam kat selayang, dulu punya la lebat berbuah. Manis.. Skrg dah jarang2 berbuah. Tanah dah tak subur agaknya. Mudah2an pokok ni berhasil nanti.. Dpt bagi abah rasa pulak buah nona dari bsp.😁 



Daun sup lebihan masakan. 


Beginilah rupa kotak sayurku. 

Kunyit dah tanam, belum bercambah lagi. Tinggal nak cari pokok pandan dan semai daun kesum. Cukuplah tu kot. Tanaman herba basic yg kena ada... 

Bye!