Pages

13 September 2013

Bekam Udang Galah


Masak masala @ kari kering

Beli kat pasar Banting. Ye, Banting ye adik2. Ahkak kalo nak beli byk lauk pauk stok 2 minggu, pegi nun ke Banting. Puas hati.. banyak pilihan, yg penting segar.

1st time beli udang galah ni. Selalu belek2, tanya harga lepas tu letak balik. Tak berani nak beliii.. hahhaha. Kesian. Lagipun ahkak bukanla minat sangat udang galah ni. Layankan selera anak2 aje.

Btw masakan ni terjadi pada bulan puasa yg lalu. Lagi beberapa hari nak raya. Sesekali makan memang sedap. Tak sedar suami akak belasah 5 ekor. Fuuhh.. tak perasan ke, saje2 buat tak perasan?

Hasilnya, malam itu juga kaki beliau mula terasa sengal2. Oh, lupa nak bgtau.. en suami ada gout. Ni kali ke 2 dia kena. Berlarutan sakit sehingga ke hari raya di Muar...

Maka, berayalah dalam kesakitan. Tensen je akak. Bukan apa, dia bila sakit, mood ke laut sket.. kita pun tak seronok.

Nasib baik la ada org buat bekam kat kampung. Dia datang rumah pulak tu. Dua hari berturut2 la cik abang tu berbekam. Alhamdulillah, gout pun pulih... tanpa makan apa2 ubat pun.

Oleh itu, kawan2 ku... siapa yg ada potensi kena gout tu, bawak2la ubah corak pemakanan. Kurang2kan makan seafood. Kalau dah dpt gout, cuba lah berbekam. Dapat manfaat, pahala pun dapat. Sunah nabi tuu...

Sekian adik2, cerita akak pada hari ini. Kalau rajin akak cerita lagi.

posted from Bloggeroid

Gadget

Semenjak bertukar profesion ni, gadget diminati bukan lagi berbentuk peranti elektronik. Tapi lebih kepada barangan keperluan yg dapat memudahkan kerja2 di rumah.

Almaklumla, takde bibik. Bila ada benda yang boleh memudahkan kerja, haruslah kita beli. Yela kan, kalo dah semua kerja nak harapkan tulang empat kerat ni ha.. camno?? huhu





Beli kat lazada. Tak sampai seratus pun. Memang bagus. Makanan masak dengan rata, minyak tak terpercik sana sini. Eh, ni gambar kuali ajaib Mak ET. Aku punye cap HAPPY CALL. Memang happy betul la. Harap2 husband pun happy la jugak walaupun dia yang terpaksa keluar duit nak happykan bini dia nih..




Pressure cooker. Ni memang berbaloi2 beli. 12liter, cuma RM95 kat lazada jugak. So far dah try masak ayam tua buat rendang, bubur nasi, sup tulang, bubur kacang dan juga merebus nasi impit. Sangat2 berguna. Sapa yg belum ada, boleh la beli sementara stok masih ada. Iklan ini tidak dibayar ye.


Hahahaha.. periuk kuali. Makcik2 sangat kan. Target nak beli pinggan mangkuk pulak. Kesian pinggan mangkuk kat umah ni. Bercampur aduk, milamine ada, seramik ada, yg dapat percuma pun ada...
posted from Bloggeroid

Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama betul tak update.
Perasan sibuk, mcm tu lah.

Insya Allah cuba nak cari masa untuk kembali berblogging.