Jemput makan semua…….
(menikmati laksa sambil mata terpejam)
^_________^
28 April 2011
27 April 2011
Menjawab TAG Mak ET
Bagus jugak dapat TAG. Buat modal update blog. Kesian blog ni dah terabai..
1.Bekas kekasih saya adalah seorang :
LELAKI.. Dia ni la..
saya reject dia ni dulu, sebab leceh.. ramai sgt pompuan tergila-gilakan dia. walaupun dia sangat tergila-gilakan saya waktu tu. Percaya ke?? hehe
2.Saya sedang mendengar
Desiran air mengalir dari kolam yang berlumut sebab lama tak cuci..
3.Mungkin saya patut:
Mulakan aktiviti memasak sekarang. Menu malam ini adalah ayam masak kuning (Fav Danial).
4.Saya suka :
Main game POKER. Susah betul nak kumpul 100 jota. Asyik bankrap je.
dari 1.9 jota, now cuma tinggal 300K sahaja… HUh.
5.Sahabat baik saya :
Najwa Nur. Sebab dulu masa study, dia ada motor. Saya adalah pembonceng tetap beliau. Baik ada makna tu…… hehe
6.Saya tak faham :
Apesal nasi lemak yang disalahkan?? Adakah kerana namanya yang berLemak??
Kalo ada PARU lebih umph!
7.Saya kehilangan :
kata-kata bila orang kata saya nampak muda… auwwwwww.
8.Ramai yg bertanya :
ni anak ke? iyer la... abes tu ko ingat ADIK?? hahaha..(up lagi sekali nampaknya!)
9.Makna nama saya :
Mudah, suka mengalah. Sangat tepat. Untung sape bergaduh dengan saya, dia pasti menang tanpa bertanding. Saya adalah ratu airmata. Sob….sob….sob.
Rupa saya ketika menangins lebih kurang macam ni..
10.Cinta itu adalah :
I lap u, u lap me.
11.Saya akan cuba :
Membuat PUDING TRIFFLE hujung minggu ini. Insya Allah.
12.Telefon bimbit saya :
En. Suami belikan, bila saya berhenti kerja tahun lepas. Baik kan dia? I lap u Abang. (dengan harapan esok dia belikan HP baru lagi…eheh)
13.Bila saya terjaga dari tidur :
Tengok jam dah pukul berapa.
14.Saya paling meluat apabila:
Tengok orang buang sampah merata-rata. Rasa nak je ambik sampah tu sumbat dalam mulut dia.
15.Pesta/party adalah:
Cuma 2, kalo tak parti politik, mesti parti tupperware.
16.Haiwan yg paling comel:
Semut. Comel sangat sampai muka dia pun tak nampak.
17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :
15 tahun. Malas belajar. Lari Asrama. Tapi mak dan abah saya tak marah pun. COOL…! hehe
18.Hari ini :
Hujan di awal pagi, tapi dah petang panas terik… nak tido pun tak lalu. Makan apatah lagi.. eh, lapo la. Mkn meggi best jugak ni.
19.Malam ini saya akan:
Temankan En. Suami study. Esok dia ada Final Exam. Doakan kejayaan dia ye, kawan2…
20.Esok pula saya akan :
Cari bahan2 Puding Triffle. Sape nak ikut pegi kedai barang2 kek.. Mak ET???
21.Saya betul2 inginkan :
Kerepek ubi pedas… dulu selalu beli kat makcik2 yg jual depan GLOBE SILK STORE Jln TAR tu… issk. Ngences dah ni… Eh, ada lagi ke Globe Silk Store tu?
Nak yang macam ni…
22.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pg ini :
Eh, macam Sofia Jane. Err, macam Diana Danielle pun ada gak. Tang mana yang sama tu? Telinga aje la…. hahaha
23.Siapa yg anda mahu tag?
Taknak TAG saper2. Sape nak buat silakan… Boleh camtu?
*Semua image adalah di-googled. Sila jangan marah saya kerana meminjam image anda semua. Sharing is caring… kan??
26 April 2011
Jemput Mangan
Assalamualaikum.
Menu tengahari ini adalah:
Dada pamela anderson ayam goreng kunyit
Sup sayur (sawi + cendawan) berperencah udang comel
Hari ni ada sikit rajin, pukul 10.00 pagi dah siap masak. Selalunya pukul 11.30 pagi baru mula masuk dapor. Paling hampeh, pukul 11.30 pagi tu aku dah tercongok dalam kedai makan di hadapan deretan lauk pauk yang menyelerakan menantikan untuk dibungkus…
Seronoknya rumah dikelilingi kedai makan yang sedap2 belaka… mak-et, jom la pindah BSP. Tak boring ke kat Segamat 4 beranak… ???
21 April 2011
Hello…
Assalamualaikum… Bersua kembali setelah lama menyepi. Adakala nya memang begini, takde napsu nak berblogging. Takpe kot, blog hanya untuk suka-suka. Update ke, tak update ke, sape kisah? Ada aku kisah? heh..
Hari ni Nadhirah dan Danial tak sekolah. Batuk & selsema. Terpaksa la buat lawatan ke klinik sebentar lagi. Ingatkan bulan ni dapat elak dari jumpa doktor. Tak dapek nampaknya… budak ber-3 ni alah dengan cuaca sejuk (ujan… bukan snow ye..eheh). Bila tengah2 malam hujan, esoknya mulalah hidung tersumbat, batuk… Kalau tak dirawat, kemungkinan demam akan melanda… hui, mintak dijauhkan.
Apa yang berlaku sepanjang cuti dari ber-blogging? Biasa-biasa sahaja. Rutin harian seorang Manager Rumah Tangga. Menghadiri kenduri kendara.. pulang ke kampung menjenguk orang tua dan lain2 aktiviti bersama keluarga terchenta.
Hoih, apesal aku nampak pendek haaa?
Eh, kenyataan.. bukan setakat nampak, memang real dow.
T_____T
01 April 2011
Pengalaman Yang Menyeramkan…
Kronologi kejadian:
27 Mac 2011 @ Ahad
Danish muntah2 seawal jam 3.00am, sehingga 5 kali. Doktor insert ubat punggung. Tak muntah lagi. Tapi dah mula demam.
28 Mac 2011 @ Isnin
Muntah dah takde. Tapi demam tinggi. Ubat makan tak jalan, terpaksa bagi supp-Voren. Badan dah mula keluar bintik2 halus @ ruam… seluruh badan, dari muka hingga ke kaki. Jumpa doktor sekali lagi, diberi ubat tahan gatal, antibiotik Azithromycin. Doktor kata kalau esoknya demam lagi, perlu buat ujian darah. Takut denggi.
29 Mac 2011 @ Rabu
Demam tak tinggi, cuma dedar aje. Selera makan minum macam biasa. Dah aktif semula melompat sana sini. Cuma ruam2 masih ada. Hari ni jugak, MKPJ datang buat spot-cek.. pasal ada jiran dah kena denggi.
30 Mac 2011 @ Khamis
Ke klinik utk buat ujian darah, memandangkan kes denggi dah ada. Jalan selamat, buat aje la ujian. Padahal hati memang kuat mengatakan Danish tak kena denggi. Keputusan ujian dapat petang nanti. So kitorang jalan2 ke Tesco. Habis beli belah, makan KFC.. doktor call. Bgtau yg Danish perlu dirujuk ke hospital sebab kiraan platlet cuma 89. Normal adalah 150-500. Masa ni rasa kaki dah tak jejak bumi.. antara nak percaya atau tak. Danish dah bising2 ajak pegi main bowling. Doktor lak suruh g spital… haiyo..
Balik rumah, kemas kain baju, susu, barangan mandian, nescafe 3 in 1. Juga satu beg mainan Danish. Supaya tidak keboringan di ward nanti.
Maka bergegas le kami ke KPJ Kajang malam semalam. Jumpa pakar kanak-kanak. Doktor pun pelik, sebab Danish nampak sihat walafiat. Cuma rashes yang masih ada. Jalan selamat, ambik darah sekali lagi… kalau masih rendah, terpaksa warded.. ataupun hari2 buat blood test sehingga dapat bacaan normal.
10.00 mlm, buat blood test. Keputusan dapat selepas 1 jam. Sementara tunggu keputusan, lepak dalam kereta aje. WGS yang pergi ambil result. Cer teka… cer teka.. berapa platelet???.
Syukur…. kiraan platlet 440. Semuanya ok. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Danish. Semoga Allah menbalas jasa baik kalian semua.
Now kena habiskan antibiotik baru: Zinnat (Cefuroxime). Petang ni ada appointment dengan pakar. Harap2 lepas ni Danish sihat seperi selalu.
Seram tak? Kalo korang tak seram, aku memang sangat seram. Seram menerima khabar berita yg anak sakit.. seram menunggu keputusan ujian darah. Seram melihat pesakit keluar masuk Unit Emergency Hospital… Seram… Seram.. Seram.
Apapun, pengalaman mematangkan kita. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua. Kalau anak sakit, jangan berlengah.. jumpa doktor singa cepat2… dapatkan jawapan yang pasti supaya kita tidak tertanya-tanya sendiri.
Sekian.