Pages

28 February 2010

Bestnya cuti

 

IMG_9110

Bergaya dengan cermin mata seploh ringgit. Beli kat hentian Temerloh.

*gambar sekadar hiasan

 

Seronok dapat cuti bersambung-sambung nih. Jumaat (Maulidur Rasul), dan cuti hujung minggu sabtu dan ahad.

 

Seronok mengalahkan anak yang sekolah. Sebab tak perlu berkejar-kejar, kuar umah, masuk rumah, masak, sidai baju, angkat baju.. huh. Jam memang kena melekat di tangan sepanjang masa.

 

Jumaat pagi, bersantai-santai di rumah. Sarapan roti bakar dan macaroni goreng (lebihan masakan semalam). Kemas laman yang sekangkang kera tu. Tak buat apa sangat pun, tapi dengan cuaca yang panas semacam ni, agak mencabar jugak.

 

Dengan alasan cuaca yang membahang di luar, saya jadikan alasan untuk tidak memasak. Beli kan senang?? Ayam goreng, sayur labu masak lemak, sambal udang dan keli goreng berlada. Hmm, boleh tahan sedapnya. Sendiri takmau masak, lagi mau komplen ka??

 

Selepas Maghrib, ke pasaraya Save Mo*re di BBB. Boleh tahan murah pasaraya ni. Gardenia Butterscotch tu pun diorang boleh jual RM3.70. Diskaun 30sen tu.. mana nak dapat kat tempat lain?? Maka penuhlah kembali stock barangan dapur. Terima kasih kepada pihak penaja… :)

 

En. Suami mencadangkan untuk makan malam satey Hj Samurai. On GPS, cari kedai satey Hj Samurai kat Kajang. Perut dan berkeroncong, maka dari BBB kami ke Kajang meredah kepekatan malam… Sampai di simpang ke gerai satey tersebut, kelihatan kereta berbaris masuk ke parking. Jalan masuk cuma satu. Dan jalan yang satu tu pulak kitorang terlepas.. Aduh! Pusing punya pusing, tak jumpe jalan lain. Terpaksa juga mengharungi jem sekali lagi jika nak ke situ.

 

Tukar plan, makan kat BBB je. On balik GPS, cari kedai mkn kat BBB. What the fish?? Rupa2nya ada kedai satey Hj Samurai kat BBB. Penat ajer berpusing2 kat Bandar Kajang. Cis…Cis..!!

 

Tak tahu kenapa tiada jodoh antara kami dengan Bandar Kajang nih. Tiap kali ke Kajang mesti ada aje kejadian yang tak best. Sesat, tersangkut kat jalan jammed, hampir terlanggar orang, tak jumpe Tes*co kat mana dan lain2 lagi perkara tak best. Maka dengan ini kami mengisytiharkan bahawa kami tidak akan ke Bandar Kajang lagi jika tiada apa2 yang penting untuk kami di situ…

Eh, ni baru cerita hari Jumaat.. Hari Sabtu, sambung next entry lah yer??!

Bye..

20 February 2010

Aku kah itu?

scan0006 (2)

Ohh.. masa ni zaman muda belia.

Pakai T-shirt budak2 size 10 tahun, jeans size 24.

Sekarang tidak lagi.. huwaaaaaaaaaaa!

19 February 2010

al-kisah Danial

IMG_5134

Masuk bulan ke-2 bersekolah tadika, Danial sudah menunjukkan perubahan. Tidak lagi susah seperti dulu jika suruh dia siapkan homework. Dah boleh ambil beg sekolah sendiri dan duduk di meja.

Walaubagaimanpun, perlu setia berada di sisinya ketika dia membuat kerja sekolah. Jika tidak, cikgu suruh buat mukasurat 10, dia buat mukasurat lain yang sukati dia nak pilih. Ada satu hari tu, aku tinggalkan sekejap. Bile datang semula, tengok Danial sedang rancak menconteng buku sekolahnya sambil berkata:

Mummy!!!! Abang buat gambar PUTING BELIUNG…!! Sambil tersengih seperti kerang busuk..

Aduh, istighfar panjang aku masa tu. Habis satu muka surat gambar puting beliung dia lukis. Jenuh la aku nak explain kat cikgu dia.

Di hari yang lain pulak, Danial dan Danish makan honey star. Aku perhatikan dari jauh je. Tiba2 dengar Danial kata: “Macam ni la Dik…” sambil menunjukkan sebuah adegan yang tak ingin kita lihat. Danial selitkan sebiji honeystar ke dalam lubang hidungnya. Bangga menunjukkan pencapaiannya itu. Adik pun try buat jugak. Lepas tu dua2 ketawa… dah puas ketawa, diorang keluarkan honey star dari lubang idung tu dan NGAP masuk mulut… hahahahaha. Ni aku pulak yg ketawa sambil kembang tekak…

Satu hal lagi, kat dalam toilet. Danial dan Danish mandi bersama. Happy semacam. Bil aku intai, budak berdua tu buat projek pulak. Jacuzi tapak kaki… korang nak tahu camana? Danial tarik flush toilet, pastu diorang berdua hulurkan kaki dalam toilet bowl tu.. seronok agaknya bila kaki tu kena air yang mencurah2 kat dlm bowl tu..

Huh… sorang sedas dapat penangan kat bont*t.. macam2 idea pelik2 Danial ni. Agaknya inilah hasilnya bile banyak sangat tgk cerita Mr. Bean..

Sekian.

Mari berkebun

Komplikasi eh silap, kompilasi cerita berkebun kat kampung Muar.

Jom layan.

 

 

IMG_8975

   Tujuan sebenar menggunakan gerabak ini adalah untuk mengangkut pokok-pokok yang nak di tanam. Tapi budak 2 orang ni betul2 teruja nak naik sama. Bau getah beku pun takperla. Asalkan dapat feeling naik keretapi..

 

IMG_8976

Danish dan Danial yang berdebar menanti ‘keretapi’ bergerak. Kali pertama ke kebun bukan sahaja untuk Danial dan Danish, tapi juga untuk mummy beliau. Kesian…kan?

 

IMG_8981

Dah sampai kebun… Sekejap aje. Lebih kurang sekangkang gorilla jarak kebun dengan rumah mertua.

 

IMG_9141

Ini adalah bukti air disitu hitam. Sebab tu nama kampung tu kampung Air Hitam. Mula2 susah juga nak percaya, Macam kena kelentong aje bila En. Suami cerita air kat kg dia warna hitam. Tapi sekarang saya sudah percaya seikhlas hati.. hehehe.

 

IMG_9149

Dan aktiviti penanaman pun bermula. Sila jangan ikut contoh yang tidak baik seperti di dalam gambar. Dah berkali di ingatkan, masih juga begini.. hish! Menyampah.

 

IMG_9147

Ini adalah tanaman nenas yang tidak lagi diusahakan oleh pemilik asal yang perlu dibersihkan. Hui… banyak gila weh.

 

IMG_9143

Pengikut setia daddy.

 

IMG_9158

Pekerja upahan (noren) sedang membersihkan daun2 kering. Rajin dia nih.. untung saper dapat beristerikan dia.. . Kembang la von*** cik olin.

 

IMG_9164

Dia ni kitorang hired sebagai supervisor. Boleh tahan garangnya.

Sori auntie-sarah!

IMG_9170

Tu dia.. mem besar turun padang.

Beliau secara tidak langsung menjalani rawatan Sauna di tanah gambut.

Panas dowh, abes terbakar bulu roma kaki mak…

IMG_9243

Maka dengan itu mem besar tersebut telah menghadiahkan diri sendiri sepasang kasut ala Phua Chu Kang. Hajat memiliki kasut sebijik seperti Phua Chu Kang lebur apabila tiada saiz. Huh, diorang cuma buat saiz gorilla aje ke?

 

IMG_9206

Wak Salleh sedang memerhati dari kejauhan.

Psst, Motor antik tu kalo tolak RM10K dapat tak?

IMG_9199

Bab berposing, serahkan pada yang pakar!

 

 

 

Di suatu sudut yang lain….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_9218 IMG_9209 IMG_9210 IMG_9211 IMG_9212 IMG_9213 IMG_9214

IMG_9215

IMG_9216 IMG_9217

 

Takyah letak caption ler.. korang boleh paham sendiri. Boleh diorang berkubang kat lopak air kecik macam tu?? Adehh.. anak sape la ni?

18 February 2010

Rindunya…

scan0005 Aku dah letak bedak banyak2..

Chantek tak??

 

Salam.

 

Rindu kan Mami-Sue? Rindukan cerita terkini dari Mami-Sue dan persekitarannya? Sukacita dimaklumkan bahawa Mami-Sue kini telah kembali ke arena blogging. Ribuan kemaafan kerana membuat anda semua ternanti-nanti. (Mode Perasan: ON)

 

Alhamdulillah, atas ihsan En. Suami beliau telah membelikan saya berukband yang baru. Diharap berukband bernama Alcatel ini mampu berfungsi dengan baik sampai bila-bila.

 

Oh, misi terkini saya adalah untuk men-format semula kedua-dua pc di rumah ini (desktop & notebook) agar dapat berfungsi dengan lancar. Perlu mencari kembali kemana menghilangnya recovery cd kedua2 pc itu. Aduhhh, mana nak selongkar nih..?

 

Sekian update ringkas dari saya. Sehingga ketemu lagi. Perlu membereskan beberapa kerja rumah yang tertunggak. Dan selepas itu bolehla saya kembali mengupdate anda semua dengan cerita-cerita terkini dan cerita-cerita basi saya.. hehehehe.

 

Salam kerinduan dari kejauhan… Psstt, BM saya adalah A1 ketika spm dulu. :P