Pages

24 December 2009

Melaka - Day 2

Sambung cerita percutian kami di Melaka.

Alhamdulillah, cuaca pagi Ahad sungguh cerah. Dapat le kitorang sambung berjalan di Banda Hilir.

Haruslah isi perut dulu sebelum keluar berjalan.



Abah bersama cucu kesayangan

Di dataran pahlawan...


Kanak-kanak bersama supervisor mereka


Kaklong bersama anak bujang beliau yang baru sahaja berjaya mendapat lesen "L"embu..
Itupun nak kecoh ke? :P


Susah betul nak suruh semua pandang kamera..
Danish nak lariiiiiii aje.


Istana Kesultanan Melaka.. Cantik kan?
Masa nak guide Abg Ngah ke sini, aku tanya le guard kat situ:
"Bang, ni MUZIUM apa ye??"
Sekali guard tu jawab, "NI ISTANA LER" dengan suara yang garau menunjukkan ketidakpuasan hati beliau. Kecik ati ye bang?? hehehe


Nice Pic.. tapi terang sangat pulak


Berposing di dalamnya.
Sebenarnya ada orang yang sangat tertarik dengan kerusi kayu itu.
Siapa la tu??


Bersama Hang Jebat yang sedang mengawal Istana.
Yang kat tengah tu, guard baru rekrut. Sebelah kiri dia pulak, guard yang baru bersara.
heheheh

Congkak utk pameran telah dibelasah oleh kami umpama harta sendiri.
Aku suka main congkak, tapi tak boleh nak beli.
Ditakuti guli bukan berada dalam congkak, tapi di dalam lobang hidung 2 askar aku tu.


Sila fokus pada gambar Nadhirah. Jalan berpegangan tangan dengan Azim..
Dah transfer masuk PC baru perasan.. So Sweet!

Kaklong and her happy family

Kanak-kanak yang jakun melihat anak katak / berudu bukan budu


Danial sedang mengayuh beca yang tak kesampaian..
Habis digeledahnya beca pakcik tu. Maklumla dia ni pantang nampak benda pelik sikit, mula le tangan tu gatal nak mengutil.

Danish: Abang, kenapa tak bergerak pun beca ni??
Danial: Kaki Abang tak sampai la Dik.
Mummy: Tu la, sape suruh tak makan sayur. Kan dah ketot.. (mcm mummy)


Bergambar di atas beca.. Kitorang kena split naik 2 beca.
Aku dengan Nadhirah. Daddy dgn Danial dan Danish.
Kalo semua sumbat 1 beca, aku rasa mau meletop tayar beca tu.

Ni beca yang Daddy naik. Kesian tgk pakcik tu, sepenuh kudrat mengayuh..

Berhenti sebentar di Kota Belanda.
Danial yang tension sebab Daddy tak bagi beli Jam Ben-10.
Maiiiiiiiiiiiinan aje dia tahu!! Hish!


Melaka River Cruise
Dewasa RM10. Kanak2 RM5.


Aku tak paham apa yang Nadhirah belek kat bawah badan lembu tu.
Kalo lembu betul, mau kena sepak nih..


Sekian sahaja laporan percutian di Melaka. Gambar2 lain tidak dapat dipublish dikhuatiri akan menggugat keamanan sejagat. Jaga diri korang baik2 dan selamat bercuti panjang.

Tersentuh seketika...


Saya terima email seperti di atas daripada link Hubungi Saya di header blog. Membaca isi kandungannya membuat saya tersentuh. Tak sangka ada anak murid yang mengikuti perkembangan saya di blog.

Terima kasih Anuar. Semoga apa yang telah dipelajari di Infra memberi manfaat kepada awak.

Hari ni rasa nak s.e.n.y.u.m jer.......... hehehehe. Syukur, banyak benda baik yang melingkari kehidupan saya ketika ini. Alhamdulillah.

23 December 2009

Jalan-jalan di Melaka - Day 1

Perancangan bercuti di Melaka berjaya juga Akhirnya. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi, namun kami redho. Dol redho....

Bertolak dari BSP, konvoi 3 kereta (Aku, Kaklong, A.Ngah). Kesesakan jalan raya menambah rencah serta keterujaan kami ke Melaka. Turut disertai hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Ok, bab kilat tu aku tipu.

Jem bukan sahaja di highway, malahan juga di Bandar Melaka. Tengokla tu, dah le jalan sehala. Tak dapat nak pusing ke mana-mana. Follow aje la traffic jammed tu. Dengan perut yang lapar.. hujan pulak kat luar.. isk..isk. Sadis betul.


Apa yang boleh di lakukan jika anda terperangkap dalam kesesakan jalanraya?? Tiru aksi Danish kat atas tu kalo korang berani. Nescaya abg polis trafik berfikir 2x untuk menahan korang. Aksi regangan otot di atas hanya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar dan terlatih sahaja. Harap maklum.



Target mahu ke Taman Buaya dulu. Alhamdulillah, tercapai akhirnya. Tapi hanya setakat di depan pintu masuk sahaja. Kerana tempat letak kereta semuanya penuh. Dapat ambik gambar sign-board pun jadilah.. boleh masuk blog. Misi=G.A.G.A.L.


Walaubagaimanapun, Abg D berjaya bergambar bersama SAPI milik Rajoo (Geng The Movie). Sapiiiiiiiiiiiiiii...!! Go!! Bangga sebentar Abg D kerana berjaya bergambar dengan selebriti.. hehehe



Sebelah malam pulak, secara tidak sengaja kitorang ter-singgah di Melaka River Pirate Park. Ada mainan kapal hayun2 dan menatang bulat pusing2 seperti Eye On Melaka tu. Yg ni Mini punya la..



Pernah dulu aku tanya Nadhirah, dah besar nak jadi apa? Dia kata nak jadi Veterinar. Bagus.. Aku tanya Danial pulak, dah besar nak jadi apa? Danial kata nak jadi "Lanun".. Adeh, terkujat aku. Oleh itu, aku memperkenalkan kepada beliau bagaimana rupa lanun sebenarnya. Lebih kurang gambar kat atas tu.. harap2 beliau paham..



Apa ke nama benda ni ehh??
Aku terpaksa naik sebab budak2 bertiga tu nak naik. Ish.. tak suka betul..



Pemandangan dari atas. Sumpah aku gayat. Sila lah korang gelakkan aku. Tak kisah punya. Aku siap menangis bila husband goyang2kan benda tu.. sumpah tak tipu. Scarry siot.


Cecepat cover gayat bile nak ambil gambar. Vont*t aku berada di kordinat yang sama daripada mula duduk sehinggalah turun, tanpa berganjak walau seinci. Gayat punye pasal. Yer, gelaklah lagi. Aku tahu korang sedang tersenyum simpul sekarang ni.


Budak 2 orang ni pun bersekongkol dengan Daddy diorang, menakutkan aku ketika berada di udara. Cis..cis..cis.


Kaklong sekeluarga. Rupanya Kaklong pun gayat jugak..
Aku rasa turun temurun dari Abah ler. Sebab abah langsung taknak naik..
hahahahha...

Isk.. bile le nak dapat DSLR ni??
Mesti gambar lagi cun melecun melatop kebabom punyer..


Okey, nantikan hari ke-2 di Melaka.

Mari ke Sekolah

Salam, maaf sebab lama tak update. Ada masalah teknikal dengan Live Writer. Sejak akhir2 ni sumer benda nak kena block.. benci betul la. Pasukan Keselamatan Kasukabe, adakah anda semua terlibat?? Ok, kembali ke pangkal jalan...


Tinggal hanya lebih kurang 11 hari sebelum Nadhirah mula bersekolah. Isnin lepas aku sempat pergi beli buku sekolah Nadhirah. Senarai buku yang seperti dalam senarai di bawah. Total RM66.30. Eh, terlupa lagi nak claim..hehehe



Jom tengok persekitaran sekolah Nadhirah...


Beginilah keadaan di dalam kelas. Kerusi meja plastik + besi. Zaman aku dulu semua berasaskan kayu. Siap boleh buat ukiran atas meja, pastu kerusi boleh goyang ke depan/belakang sampai tersepit vont*t.. cheh. Kenangan sungguh.

Satu kelas 48 orang murid?? Wow..!


Jalan menuju ke kelas. Tahun 1 di tingkat bawah, Alhamdulillah.


Bangunan yang menempatkan kelas.. Sekolah baru, nampak bersih suci murni jer. Tunggu la 2-3 tahun lagi.. camana rupanya.


Dewan sekolah


Bangunan pentadbiran, terletak di hadapan sekali. Bagus, senangle kalo aku nak jumpe cikgu.


Padang + gelanggang bola keranjang.
Hmm, budak sekolah rendah dah boley main bola keranjang ker? Musykil sekejap..

Bilik termenung.. yang masih lagi suci dalam debu


Sinki, modern concept. Macam kat mall pulak..


Kantin... good news, menantu makcik kantin tu adalah member aku... (K. Ryn)
Yesss.. boleh la mintak diskaun.


Peralatan sekolah Nadhirah dah hampir lengkap. Walaupun ada beberapa benda lagi yang perlu dibeli / dibuat.

Check-List untuk aku:

  1. Potong lengan baju sekolah Nadhirah yang panjang itu
  2. Basuh dulu kesemua baju sekolah
  3. Jahit lencana kat baju. Antar ke tailor…
  4. Balut semua buku..
  5. Tulis nama kat buku. Kalo aku tempah rubber stamp nama Nadhirah aci tak???
  6. Make sure semua peralatan tulis mencukupi.
  7. Beli botol air, bekas makanan.
  8. Tudung untuk sekolah agama
  9. Kain hijau untuk sekolah agama
Kepada En. Suami, sila ingat bersama-sama yer?
Sekian..

19 December 2009

Aktiviti di Tahun Baru

Pagi…

 

IMG_7893 IMG_7884 IMG_7886 IMG_7889

 

 

Lunch….

 

IMG_7903 IMG_7900

Hi-Tea…

 

IMG_7923

IMG_7918

 

 

Dinner..

 

IMG_7949

IMG_7915

IMG_7916

 

Pendokong watak…

 

IMG_7958

IMG_7983

IMG_7977

 IMG_7978

 IMG_7979

IMG_7962

IMG_7952

IMG_7984

IMG_7955

IMG_7961